Bahagian 3 : Sana Sini Persiapan Akhir Dan Majlis Ringkas
Rabu, 20hb Mac 2013.
Macam yang saya tulis dulu, saya balik ke kampung pada hari Selasa malam Rabu, naik bas dari Larkin Sentral jam 10:30 malam dan sampai ke kampung dalam jam 6:00 pagi hari Rabu, 20hb Mac 2013.
Mengikut perancangan awal, emak nak buat majlis doa selamat pada hari Khamis sebelum proses gantung-menggantung dijalankan. Tetapi memandangkan orang yang nak buat pelamin tu nak datang pada malam Rabu tu, jadinya majlis tersebut kami adakan pada petang Rabu tu. Selepas bersarapan, Mak Su, emak dan saya bergegas ke pekan Chemor untuk membeli barang2 keperluan untuk majlis doa selamat tu. Emak bercadang nak masak pulut kuning, rendang daging dan kuih kasui aje. Dengan pertolongan seorang emak saudara, kami memasak segala yang perlu. Dari merendam pulut hinggalah menghidang selepas waktu Asar. Alhamdulillah...selesai satu majlis. Selepas Isyak barulah orang yang nak pasang pelamin tu sampai. Saya tak buat apa...tukang tengok aje. Tegur sikit2 mana yang tak berkenan...hihi.
Khamis, 21hb Mac 2013.
Hari ini kami rilek sikit. Tak ada kerja2 penting yang perlu dilakukan. Sekadar melihat orang memasang khemah sebanyak 8 buah...2 buah untuk khemah pengantin dan 6 lagi untuk tetamu yang lain. Itu baru siap pasang khemah aje. Hiasan2 belum lagi. Kerusi dan meja pun belum susun lagi. Tapi paling tidak, kami ada tempat berteduh yang amat luas.....!
Sebelah petang kami sempat lari sekejap ke Mydin Meru. Tujuan asal nak cari baju untuk Ayong dan diri sendiri. Akhirnya, dapat untuk Ayong punya sahaja...untuk diri sendiri pulak, tiada yang berkenan di hati.
Sebelah malam pulak, kami merebus telur. Tak banyak...45 papan sahaja (45x30biji). Sama2 membasuh telur sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam air rebusan. Air rebusan tersebut pulak telah dicampurkan dengan garam dan cuka. Kononnya untuk mengelakkan telur2 tersebut daripada pecah. Alhamdulillah...petua yang bagus dan ternyata berkesan. Cubalah!
Adik2 ipar saya sedang membasuh telur...
Dah siap dibungkus dalam beg plastik sebelum direbus...
Proses merebus...
Dan pada malam yang sama juga, Mak Su dipakaikan inai oleh emak, emak saudara dan anak saudara. Amboiii...ramainya yang memkaikan Mak Su inai! Emak tu, walaupun mata tak berapa nak jelas, tetap juga nak menempekkan inai di jari Mak Su. Anak bongsu la katakan!
Jumaat, 22hb Mac 2013
Pagi2 tu kami sama2 menyiapkan goodies bag. Anak2 sedara dah cukup ramai untuk menyiapkan semuanya. Saya ni jadi supervisor sahaja...hahaha!
Dalam pada kami sibuk di atas, lembu pulak sampai dari Sauk. Alang Bidin telah bermurah hati untuk menyumbangkan seekor lembu untuk majlis kami. Terima kasih banyak2 Alang! Semuanya diuruskan oleh Alang...dari proses penyembelihan hinggalah proses membawa balik lembu yang dah di bahagi kepada 5 bahagian dan seterusnya menghantar ke rumah tukang masak.
Memandangkan lembu tersebut hanya dipotong kepada 4 bahagian, maka kami terpaksa melapahnya untuk mengasingkan tulang dan daging. Dagingnya akan dihantar ke rumah tukang masak manakala tulang2nya pula akan kami buat sup untuk majlis malam nanti.
Alhamdulillah...sempat disiapkan sebelum masuk waktu solat Jumaat / Zohor.
**********
No comments:
Post a Comment