Bahagian 4 - Majlis Perkahwinan Mak Su
Kali ini kisah majlis perkahwinan Mak Su di Kampung Ulu Chemor...rumah pengantin perempuan ler! Majlis ini diadakan pada hari Sabtu, 23hb Mac 2013 yang lalu. Alhamdulillah...dah selesai pun majlis tersebut. Majlis bermula jam 12:00 tengahari hinggalah jam 4:00 petang.
Cenderahati yang dibawa oleh pihak pengantin lelaki selepas majlis pernikahan pada malam sebelumnya. Gula2 dan cokelat yang digubah dalam bentuk jambangan bunga, kuih baulu, beg tangan, sirih junjung, tuala dan barangan mandian dan wangian.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti oleh doa makan. Selamat menjamu selera!
Menyambut tetamu yang datang...
Jom tengok menu pulak...
Sambal belacan Sambal tempoyakJelatah Dalca Ulam-ulaman
Ayam goreng Tapai nasi Rendang Tok
Nasi Minyak Cendol pulut / kacang merah
Cendol Ikan Masin Bulu Ayam
Tembikai
Kek pengantin yang ditempah daripada Sue DSueHouse
Inilah tuan punya DSueHouse...!
Rombongan pengantin lelaki tiba selepas waktu solat Zohor. Ramai jugak ahli rombongan mereka. Ketibaan mereka diiringi dengan paluan kompang.
Terima kasih kepada tetamu jauh yang sudi hadir di majlis ini...
My BFF...Siti Rohani Aripin dan keluarga dari KL...
Junior ex-Korea Kamal Zuhdi dan keluarga dari KL...
Keluarga mertua adik saya dari Kulai, Johor...
Pasangan pengantin memotong kek perkahwinan...
Kami sekeluarga!!!
Yang ini tak cukup korum ni...! 6 orang adik-beradik lelaki bersama anak masing2 bergambar dengan pengantin.
No comments:
Post a Comment