Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa birthday Adik aritu, kami tak raikan beriya2 pun. Selalu tu adalah juga ayam goreng KFC ke, pizza ke, sate ke... Tapi kali ini tak ada apa2. Sekadar kek sebiji aje. Jadinya, hari Ahad lepas, selepas kami membeli baju dan seluar keperluan anak2 untuk sekolah, hubby terus membawa kami ke Tanjung Puteri Resort.
Biasalah...kalau dah ke TPR ni, mesti order air Coconut Splash. Tiga coconut splash untuk Abang Ngah, Abang Yang dan saya. Adik minta 100Plus dalam tin aje. Hubby pulak tak mintak air apa2...sekadar air kosong yang mula2 dihidangkan selepas kami duduk.
Sementara menanti makanan yang dipesan tiba, masing2 layan handset...kecuali Adik yang duduk termenung je.
Beef kuay tiaw untuk Abang Ngah...
Nasi Goreng yang siap ada sate, ayam goreng dan telur mata. untuk hubby...
Seafood tomyam bersama nasi putih untuk Abang Yang...
Chicken chop untuk Adik dan saya...
Chicken chop yang dah dicurah black pepper gravy...sedia untuk dimakan.
Kami di meja nombor 22...
Love Boat ni kami order satu je. Itupun jenuh nak menghabiskannya. Masing2 dah kekenyangan.
Ada hiasan sempena Krismas di pintu masuk utama. Sempat lagi Adik bagi pose mengancam dia...hehehe.
No comments:
Post a Comment