15hb Disember 2012 yang lepas, genaplah umur Adik 8 tahun. Dah nak habis tahun, baru genap umur dia 8 tahun. Bdan dah semakin "sihat". Susah jugak nak cari baju seluar dia. Kena cari saiz untuk orang dewasa dah. Yang tak boleh tahan tu ialah tang bahagian perut dia. Mengalahkan orang mengandung empat lima bulan rasanya. Mana tidaknya...asyik nak makan je kerjanya. Tambah2 cuti sekolah ni. Kat rumah sentiasa kena ada stok makanan. Tak kisahlah apa pun...cococrunch la, roti la. Dah tu kalau makan ayam, nak bahagian drumstick aje. Bahagian lagi tolak ke tepi.
Kek birthday dia kali ini dia tak nak kek yang kaler putih ke, kuning ke. Dia nak kek cokelat. Mula2 nak buat kek span cokelat dan hias dengan fresh cream @ butter cream aje. Tapi akhirnya saya buat Chocalate Indulgence Cake ini. Mempraktikkan skill masa belajar dengan Nina aritu. Buat saiz kecil aje. Kek tak berapa nak laku sangat kat rumah ni.
Pagi Jumaat tu Adik tolong packing goodies bag dia. Dia nak bagi pada kengkawan dia yang selalu main dengan dia waktu petang tu. Anak2 jiran ni aje. Siap kira lagi berapa orang kawannya.
Buat tak banyak pun...dalam dua dozen aje. Susu cokelat, jelly mangga, wafer zest dan cloud 9 aje...
Bila tiba waktu untuk bermain di sebelah petang, Adik pun memanggik kawan2 dia datang ke rumah. Nasib baik petang tu tak hujan.
Selepas Maghrib barulah kami meraikan ulangtahun kelahiran Adik. Ringkas aje. Sekadar potong kek aje. Hadiah pun Abang Ngah aje yang beli. Kereta kawalan jauh...
Kek Cokelat Indulgence yang dah dipotong. Kaya dengan rasa cokelat. Memang sedap!!! Sepatutnya kek tu dipotong 4 lapis tapi saya potong 3 je. Itu yang lapisan moussenya nampak kurang satu layer. Tak apa...next time boleh improve lagi. In Shaa Allah...!
No comments:
Post a Comment