Alhamdulillah. Setelah berjauhan selama 4 hari 4 malam, akhirnya hubby selamat kembali ke tanahair pada hari Jumaat lepas. Flight dari Incheon International Airport delayed selama satu jam. Sepatutnya terbang jam 7:00 malam tetapi tertunda hingga jam 8:00 malam. Jam 1:45 pagi Sabtu selamat mendarat di Chagi International Airport. Sampai rumah sekitar jam 3:30 pagi. Abang Ngah dengan Abang Yang aje yang masih belum tidur semasa hubby sampai. Itupun sebab mengadap computer games...kalau tidak mesti dah lena juga. Kami hanya melelapkan masa selepas jam 4:30 pagi...
Tak banyak buah tangan yang hubby bawa balik kali ini. Malas nak pergi shopping katanya. Lagipun masa adalah terhad. Dengan cuaca yang sejuk lagi...sekarang ni tengah musim sejuk. Lebih senang berehat2 saja di kediaman. Sempat bershopping pada petang Khamis sahaja. Itupun tergopoh-gapah sebab kesuntukan masa. Akhirnya inilah yang hubby bawak balik...
T-shirt pelbagai warna dan pelbagai saiz...
Sehelai "Ji Sung"...
Yang ini cenderahati selepas melawat salah satu kilang di sana. Hmmm...samada nak simpan aje di dalam kotak ataupun bagi saja kepada non-Muslim.
Ini juga adalah cenderahati yang diterima daripada pihak pengurusan sempena pertandingan tersebut. Sebatang pen dan sebilah pembuka surat yang juga boleh berfungsi sebagai penanda buku.
Ini juga adalah cenderahati yang diterima daripada pihak pengurusan sempena pertandingan tersebut. Sebatang pen dan sebilah pembuka surat yang juga boleh berfungsi sebagai penanda buku.
Yang ini saya yang kirim. Ada 4 buah purse. Yang sedondon tu saya yang punya!!! Satu purse panjang dan satu lagi purse pendek. Yang stripe oren tu Eikin dah ambik. Yang hijau tu akan diberi kepada seseorang. Siapakah orangnya???
Fridge magnet yang memang menjadi koleksiku!
3 comments:
salam kenal tuan rumah...follow sini..
salam kenal kak azita...sy bc kt bwh kmpg akak kt chemor yea..elok le tu...kiter sekapei..tp sy di teluk ensen..
Kakpb paling suka koleksi fridge magnet tapi bila sendiri pergi bercuti, langsong tak ingat nak membeli. Asyik beli utk org je.
Post a Comment