Monday, July 16, 2012

Majlis Perkahwinan Pak Tam (1)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Majlis perkahwinan Pak Tam dah pun selamat diadakan pada penghujung bulan lepas. Tapi baru sekarang tersa nak bercerita sikit tentang persediaan dan majlis yang berlangsung.

Dua minggu sebelum berlangsung, kami balik ke kampung. Sekadar ingin meninjau persiapan yang perlu dan yang telah disediakan. Hubby bersetuju untuk menyumbangkan tuala untuk jiran2 yang rewang. Juga muffin untuk dimasukkan ke dalam beg berkat untuk tetamu yang hadir. Anggaran tetamu yang dijemput ialah sekitar 700 ke 800 orang....tidak termasuk jemputan khas pengantin. Yang itu diorang sediakan sendiri. 

Hmmm...nak menyiapkan 700 biji muffin untuk majlis tu bukannya kerja mudah. Kalau ada heavy duty oven, lain ceritalah. Sekali baker boleh 200 biji ke. Ini...saya bakar cuma dalam 25 biji sekali bakar. Maklumlah...home use oven je. Jadi projek terpaksalah dimulakan lebih awal. Saya mulakan projek muffin ni hari Rabu tengahari. Sebelah siangnya saya siapkan muffin blueberry dan pandan. Sebelah malam sambung pulak muffin oren dan cokelat. Esok paginya sambung pulak dengan muffin strawberry. Muffin pisang cokelat pulak saya tempah dengan AmFlora...dalam 200 biji. Tak sanggup rasanya nak mengadap sorang2 muffin tu. Awal petang Khamis mulalah kerja packing-memacking. Tengah2 packing, habis pulak kertas apcking. Berlari ke kedai dulu. Sebelah petang pergi pulak pick-up muffin kat Flora Height. First time pergi ke rumah Amnurain. Nasib baik tak sesat. Main redah jer...

 Muffin blueberry, strawberry, oren dan pandan yang dah siap dipacking...

 Muffin pisang choc chip sedang dipacking...

Mengikut perancangan awal, kami nak balik ke Muar pada hari Khamis malam Jumaat tu selepas hubby balik dari kerja dan anak2 balik dari sekolah dan kelas tuisyen. Tapi disebabkab kerja2 membungkus siap hampir tengah malam, kami tunda perancangan tersebut. Setelah siap kerja2 pembungkusan, kami terus terlelap di ruang tamu sahaja. Jam 3:00 pagi kami terjaga. Jam 5:00 pagi hari Jumaat barulah kami bertolak balik ke Muar. Dalam perjalanan, kami singgah solat di R&R Machap. Kami sampai di kampung seawa jam 8:00 pagi. Sempatlah bersarapan bersama keluarga. Kami balik hanya berempat sahaja. Ayong di UiTM Puncak Alam. Abang Yang pulak di SDAR Seremban.

Pagi Jumaat tu jiran2 terdekat dah datang rewang. Pagi tu kami merebus 1300 biji telur. Telur2 tu dibasuh dahulu untuk membuang segala kekotoran sebelum dimasukkan ke dalam raga khas untuk merebus. Air pulak didididhkan dahulu di dalam periuk besar sebelum dimasukkan raga untuk merebus. Api tak bolah besar sangat sebab nanti telur2 tu akan pecah.

 Telur2 yang dah siap direbus baru je diangkat dari periuk. Masih panas2 lagi ni...

 Kain dibentangkan di atas balai. Telur2 tersebut dikeluarkan dan diletakkan di atas kain yang telah dibentangkan tadi. Tujuannya supaya cepat sejuk.

 Kerja2 memasukkan telur ke dalam kelongsong sedang dijalankan oleh orang2 kuat rewang. Mak Nab, Wak Peah, Wak Lan, Wak Salil...

 Bubuh dalam kelongsong yang begini memudahkan kerja2 memasukkan telur. Kalau guna kotak, mau sampai ke petang belum siap.

 Abang Ngah memindahkan telur2 yang dah siap dipacking ke dalam besen besar sebelum dibawa masuk ke dalam rumah untuk proses seterusnya.

 Inilah berkat2 yang sedang dipacking untuk para tetamu. Apa ada di dalamnya? Air kotak, muffin, telur dan kerepek untuk tetamu lelaki dan tambahan nasi + lauk untuk tetamu perempuan.

Inilah pelamin di rumah MIL.

Bersambung di episod akan datang...

2 comments:

Ctnaemah said...

kak ita..bestnya rewang kenduri kawen ...last join rewang bulan 2 aritu..kenduri kawen anak jiran sebelah umah mak..Ni ntah bila ada kenduri kendara segini lagi.Tahun depan pula rasanya ;)

Azita Zain said...

Ct :
Ini majlis kenduri terakhir kat umah MIL. Memang tradisi rewang masih diteruskan...