Friday, May 25, 2012

Pankek Dan Panggang Ajaib



Assalamualaikum. Rasanya semua orang dah pernah buat pankek...kan? Bukannya susah pun nak buat pankek ni. Senang sesangat. Setiap kali buat pankek, saya tak pernah rujuk pada resepi. Semuanya main campak2 aje. Akhirnya, kejadiannya tetap sama. Tetap jadi pankek juga. Tak pernah pulak le bertukar jadi pavlova...hihihi.


Cumanya kali ini saya cuba menggunakan panggang ajaib tu. Kalau ikutkan iklan kat tv tu, macam2 boleh kita masak menggunakan panggang ajaib ni. Selain daripada memanggang, kita boleh juga membakar kek dalam panggang ajaib ni. Percaya tak?


Saya pun tak pernah mencuba membakar kek menggunakan panggang ajaib ni. Inilah pertama kali saya mencuba masak pankek menggunakan panggang ajaib tu. Memang senang. Hasilnya memang gebu dan sekata je masaknya. Kita cuma perlu panaskan dulu panggang ajaib tu, lepas tu letak sedikit marjerin dan ratakan. Pankek kali ini saya tambahkan dengan kismis. Lepas masukkan merjerin tadi, saya masukkan kismis pulak dan biarkan sekejap. Lepas tu terus saya tuangkan adunan pankek tu. Saya tuang semua sekali adunan tu. Lagipun saya buat adunan tu hanya untuk sebiji pankek je. Lepas tu terus saya tutup pemanggang tu.


Selepas 5 minit, saya terbalikkan pemanggang tu. Biarkan di atas api selama 5 minit lagi. Siap! Keluarkan dari pemanggang dan bolehlah dihidangkan. Oleh kerana saya suka makan pankek yang garing2, saya lebihkan masa memanggang supaya pankek saya lebih rangup. Sedap...!!!


1 comment:

Fezry said...

nak buatla macam2 resepi guna pemanggang ajaib. saya ada happycall jumbo grill beli melalui qoo10.my. skrg dorang offer silicon tool spatula/ spoon / brush rm12.40. ceramic pot set offer from rm220++ free shipping.