Thursday, March 29, 2012

Pengumuman Keputusan SPM 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah...syukur YaAllah...! Akhirnya penantian berakhir jua. Alhamdulillah! Detik yang sangat mendebarkan. 21hb Mac, 2012...hari Rabu...jam 10:00 pagi. Mendebarkan untuk saya terutamanya. Kalau dah saya sendiri berdebar2, apatah lagi yang empunya diri. Alhamdulillah! Keputusan SPM 2011 yang amat membanggakan kami sekeluarga.

Tahniah untuk puteri kami, Nur Azirah @ Ayong Eton yang telah berjaya meraih keputusan 7A2B di dalam SPM 2011. Tahniah Ayong...! Dah...tak dapat nak bayangkan kegembeiraan dengan kata2. Selepas aje slip keputusan ditunjukkan kepada saya, menitis airmata seorang ibu. Alhamdulillah Ya Allah!!!! Walaupun tidak mendapat semua A, tapi kami amat berbangga dengan keputusan yang diterimanya. Tahniah sekali lagi untuk Ayong...! Moga ianya menjadi perangsang dan motivasi untuk adik2 mengikut jejak langkah Ayong. InsyaAllah.


Senyuman melambangkan kegembiraan...




Alhamdulillah...!





Beratur untuk mengambil slip keputusan...




Sempat berbual dengan adik2 sebelum mengambil slip keputusan...

 Rakan sekelas yang mendapat semua A...



Yang inipun dapat semua A...











Kepada anak2 yang berjaya...tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, jangan lekas berputus asa. Masa depan belum berakhir. Masih banyak peluang menanti anak2 di luar sana. Ambillah keputusan yang bijak demi masa depan yang cemerlang. Banyak peluang untuk menyambungkan pelajaran di mana2 institusi awam dan swasta. Buktikan kepada semua, keputusan ini tidak melambangkan kemalapan masa depan. InsyaAllah.



2 comments:

Liza said...

salam ita...alhamdulillah, thn ni turn anak liza pulak yg amik spm..semoga diapun mendapat keputusan yg mmbanggakan...insyaallah..
tahniah ye pada ayong, teruskan usaha..

Azita Zain said...

Waalaikumussalam Liza...
InsyaAllah...anak Liza pun boleh mendapat result yang bagus dan membanggakan.