Friday, March 30, 2012

Karnival Jom Masuk U


Alhamdulillah. Selepas aje result SPM diumumkan, ada pulak karnival ini diadakan di Johor Bahru. Kesempatan yang datang tidak dipersia-siakan. Jom....layannnn....!



Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 Kali Ke-8 ini bertandang ke PERSADA Johor pada 24 dan 25hb Mac 2012 yang lepas. Keputusan SPM diumumkan pada 21hb...memang elok sangat tarikh karnival ini. 

Kami pergi pada pagi Sabtu, 24hb Mac 2012. Sampai di Persada lebih kurang jam 11:00 pagi. Berpusing2 mencari tempat parkir kereta. Akhirnya saya bersama dengan Ayong, Izati dan Asna turun dulu di depan Persada. Lepas tu barulah hubby pergi mencari tempat parkir. 

3 dara pingitan...Izzati, Ayong dan Asna

MasyaAllah...ramainya orang! Berasak2 dan bersesak! Sendat...! Padat...! Terpaksalah juga mencelah2 di celah2 orangramai. 3 dara pingitan megikut rapat di belakang. Nak suruh mereka jalan di depan, bukannya mereka nak jalan...terpaksalah emaknya yang mencarikan jalan. Nak turun ke tingkat bawah menggunakan tangga bergerak pun bersesak2 jugak. Di tingkat atas ada pamiran IPTS. Karnival KPT diadakan di tingkat bawah. Akhirnya dapat juga masuk ke dalam dewan karnival.






 
 Diantara risalah2 yang kami ambil di booth2 KPT. Dapat juga cenderahati seperti pen dan bola kecil.

Aduiiii...penatnya berjalan kat dalam dewan tu. Hubby bersama Abang Ngah dan Adik tidak masuk ke dewan tu sebab sesak sangat. Lepas kami meloloskan diri ke dalam dewan karnival tu, saya telefon hubby. Saya cakap pada hubby tak perlulah masuk ke dewan tu sebab sesak sangat. Kami keluar dari dewan tersebut sekitar jam 1:00 tengahari. 2 jam berjalan dan mendapatkan informasi yang perlu. Penatnya.... 

Dalam perjalan balik, kami singgah menjamu selera di Restoran Sedap Corner di Jusco Permas Jaya. 
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati!
Tak lupa juga beli berangan bakar saiz L 2 paket! Wajib beli setiap kali ke Jusco...


No comments: