Assalamualaikum dan salam sejahtera. Layan dulu gambar Apam Beras ni ye. Lama dah tak buat apam beras ni. Bukannya susah sangat nak buat apam ni tapi bila M melanda...apa pun tak jadi! Apam ni memang sedap. Saya suka buat kaler pink dan ijau sebab kaler kegemaran Adik. Adik suka bebeno dengan kaler ijau. Apam ni pun dia pilih yang kaler ijau dulu. Dah tak ada kaler ijau, barulah dia ambik kaler pink.
Ini juadah sarapan Adik hari Rabu lepas. Kebetulan ada lebihan nasi yang saya simpan dalam petiais. Selepas subuh, saya siapkan adunan dan perapkan selama 2 jam. Selepas balik dari mengaji, Adik dah boleh makan apam ni. Sebelum ke sekolah kebangsaan pun Adik masih mengulang makan apam ni. Alhamdulillah...senang hari kalau air tangan mendapat sambutan.
Dah ramai yang membuat apam ini. Dan dah tentulah ramai yang tau resepinya. Walau bagaimana pun, sukalah saya untuk sama2 berkongsi sekali lagi resepinya di sini...
APAM BERAS
Bahan-bahan :
- 2 cawan nasi sejuk
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 1 paket mauripan
- Pewarna pink dan hijau secukupnya
- Acuan lompang secukupnya
Cara-cara :
- Kisar nasi bersama satu cawan air hingga nasi betul2 hancur dan menjadi halus. Tambahkan air jika perlu.
- Masukkan gula dan lebihan air dan kisar lagi hingga gula hancur.
- Dalam bekas yang besar, masukkan semua bahan2 lain dan gaul rata.
- Tuangkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan kacau bancuhan hingga rata dan sebati.
- Perapkan selama 2 jam.
- Panaskan kukusan. Balut penutup kukus untuk mengelakkan air daripada jatuh ke atas apam yang dikukus. Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (atau mengikut berapa warna yang diinginkan). Masukkan pewarna pada setiap adunan dan kacau rata.
- Susun acuan lompang di dalam pengukus. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang hingga hampir penuh.
- Kukus selama 15minit atau sehingga masak.
- Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang.
- Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
2 comments:
assalammualaikum azita...
salam p'kenalan dr sya, zura. br je jd follower awak.
kuih kegemaran zura ni...mmg nmpak sedap kuih apam beras azita ni..
izin kn zura utk share resepi ye..tq.
Waalaikumussalam Zura...
Terima kasih kerana follow saya. Salam ukhuwah. Apam ni memang sedap. Silalah nak share resepi ini. Selamat mencuba!
Post a Comment