Tuesday, January 11, 2011

Menyampul Dan Menampal


Salam sejahtera untuk semua.

Hari ini (Selasa, 11-01-2011) merupakan cuti umum bagi negeri Johor sempena hari Hol Almarhum. Anak2 semua tak bersekolah tapi hubby tetap bekerja. Cuaca pulak mendung dan hujan rintik2 di sebelah pagi. Di sebelah petang pulak, mendung je. Tak ada pancaran cahaya matahari pun hari ni. Bila cuaca sebegini, kain-baju tak kering2 dah dua hari. Bertambah pulak dengan yang hari ini punya.

Apa projek cuti2 ni ye! Kami cuma duduk kat rumah je. Memandangkan Adik baru dapat buku teks semalam, tadi projek saya ialah menyampulkan dan menampal nama pada buku2 tersebut. Jadual pun dah dapat semalam. Bagus format jadual yang diberikan kerana disertakan nama guru yang mengajar untuk setiap mata pelajaran tersebut. Bilangan buku tulis dan jenis buku tulis yang perlu digunakan untuk setiap mata pelajaran pun disertakan bersama. Senanglah kerja saya untuk mencetak nama guru dan mata pelajaran pada setiap buku tulis. Selain daripada buku teks, ada juga buku2 aktiviti. Semua buku tersebut mengikut format KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).


 Buku2 teks dand buku2 aktiviti yang dapat semalam...

Aduiii...bukannya senang kerja2 menyampul ni. Nak menyampul butu tulis memang senang sebab saya gunakan yang ready-made aje. Tapi untuk buku2 teks dan buku2 aktiviti, saya tidak gunakan yang ready-made sebab tak ada yang sebaloh dengan buku2 tu. Serik dah nak beli yang ready-made. Saya beli yang 20meter tu, lepas tu potong sendiri dan wrapping sendiri. Semuanya dilakukan dengan tulang empat kerat ni. Sebelum menyampul, saya mencetak dulu nama, kelas, nama mata pelajaran dan nama guru. Lepas tu potong2 dan gunting2. 
Proses penyampulan mengambil masa yang amat panjang sebab banyak sangat rancangan tergendala di tengah2 proses. Masak untuk anak2...membasuh dan menyidai kain-baju, mengemas rumah, melayan kerenah anak2 dan macam2 lagi. 

Sedang asyik menyampul, perut pulak berkeroncong. Kena pulak cuaca yang suram jer sepanjang hari. Menambahkan nikmat untuk mengunyah sesuatu. Selongkar kat dapur dengan Adik. Roti sandwich ada, cheese pun ada. Ajak Adik makan Roti Bakar Chesse dulu...


Roti Bakar Cheese...

Enak dimakan masa tengah panas2...meleleh jer cis nya! Buat 3 set, kongsi dengan Adik. Adik memang suka sangat makan cis. Kadang2 tu, dia makan cis tu macam tu je...


Dah selesai tugas2 rumahtangga, sambung lagi projek menyampul. Begitulah seterusnya...berhenti kejap...sambung semula...berhenti lagi...dan sambung lagi! Dah 9:00 malam baru siap!!!

Semua dah siap!!!

Pada buku tulis tu, hari tu dah tampal nama Adik dan kelas. Bila dah tau matapelajaran mana dan siapa gurunya, saya cetak sekali lagi dan tampal semula. Masa beli buku2 dulu, dalam senarai tu menyatakan kuantiti buku tulis yang harus dibeli ialah 30buah. Tapi tadi bila tengok senarai buku tulis yang akan digunakan, cuma 15buah yang akan digunakan. Apa akan jadi dengan baki 15buah lagi??? Katakanlah ada buku tulis yang akan habis digunakan menjelang tengah tahun, takkan ler sampai 15buah akan turut digunakan. Betul tak???? 

Untuk buku2 teks pulak, saya tampal nama dan kelas dibahagian luar sampul. Bila nak pulangkan buku2 teks tersebut hujung tahun nanti, senang le nak tanggalkan nama2 tu. Buku2 aktiviti pulak saya tampalkan dulu di kulit buku2 tersebut sebelum disampulkan. Alhamdulillah...semuanya dah selesai. Kitab2 jer (sekolah agama) yang belum dapat. Dah dapat nanti, kena menyampul lagi.....!!!

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Hai, Kak Ita... anaknya baru dpt buku teks ke? Anak sy dpt last year sebelum cuti sek, sempatlah menyampulnya semua pd masa cuti semester lps. Sy pun sama, tak suka guna sampul yg ready made, mmg tak pnah mmbelinya pun. Roti cheese tu mintaklah sekeping, ya.. hik3

Azita Zain said...

Sari :
yg baru dpt buku teks tu ialah yg Tahun 1. kakaknya yg Form 5 pun baru dpt masa naik sekolah ari tu. nak tunggu students Form 5 last year pulangkan buku dulu...