Saturday, January 1, 2011

Cerita Tahun Baru


Assalamualaikum, salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua pengunjung.

Tak ada cerita yang menarik hari ni. Tapi hari pertama di tahun baru ni dipenuhi dengan berbagai aktiviti. Aktiviti pertama ialah pendaftran dan pembayaran yuran untuk Abang Ngah di SMK Pasir Putih. Hari ini hubby yang pergi, saya malas pulak nak pergi. Anak2 yang lain saya dah uruskan. Memandangkan hari ni hubby tak kerja, makanya biarlah hubby pulak yang bertugas....

Kereta2 terpaksa diletakkan di tepi jalan sebab kawasan di hadapan sekolah dah penuh...


Selepas selesai urusan di sekolah, kami keluar bersarapan pulak. Destinasi kami ialah ke Restoran Sasa di Pusat Bandar tu. Kat situ macam2 ada. Adik pulak awal2 lagi nak mintak roti canai. So...tempat yang paling sesuai ialah di Sasa.


Gelagat 3 hero sementara menanti Ayong bersiap sebelum keluar untuk bersarapan...


Selepas sarapan kami terus ke JB, nak jumpa dengan makcik Siti di Jalan Tebrau tu...nak bayar hutang. Sepanjang perjalanan, asyik nampak jalan2 under construction jer. Dah tu terpaksa belok sana, belok sini, potong sana, potong sini. Naik pening kepala...

Jalan2 yang masih under construction...


Sampai di rumah, kami lepak2 jer kat depan rumah tu. Hubby membaca akhbar dan anak2 pulak dengan laptop. Apa lagi...main games la! Tapi sebelum tu saya buat kerahan tenaga dulu. Adik kena susun selipar, Ayong kena sapu kat luar tu, Abang Ngah kena ampai baju dan Abang Yang siram bunga. Hubby dan saya jadi pemerhati jer....


Lepas tu hubby dan saya pulak mengemas di bahagian dalam rumah. Buang mana yang tak digunakan lagi. Selalu tu sayang2 jer nak buang barang2 tu. Kali ini tak ada pilihan sebab dah nak penuh bilik kat bawah tu dengan barang2 yang boleh diguna semula dan dikitar semula.


Lepas tu hubby dan saya ke Econsave pulak...membeli barang2 keperluan dapur. Anak2 semua tak nak ikut sebab sibuk dengan games. Dari luar rumah dah bawah ke dalam rumah...

Ni tak ada kaitan dengan cerita di atas ya...

No comments: