Wednesday, December 29, 2010

Putu Perak Fresh


Aikkkk...tak habis lagi cerita pasal Putu Perak??? Hehehe...jangan boring ya! Ceritanya tak panjang mana pun. Jom baca...!

12hb Disember lepas saya bertolak balik ke Pasir Gudang seawal jam 9:30 pagi. Hubby dan anak2 baru je sampai ke kampung pada pagi Sabtu tu (11hb Disember), sekitar jam 6:00 pagi. Kesian kat hubby sebab penat memandu belum hilang dah bertolak semula ke Pasir Gudang. Tujuan kami bertolak awal ialah supaya hubby sempat berehat sebelum pergi kerja pada pagi Isnin tu. Selalunya kami bertolak balik pada sebelah petang dan hanya akan sampai ke rumah di Pasir Gudang sekitar jam 3 @ 4am pagi Isnin. Hubby cuma sempat lelap 1 @ 2 jam sahaja.

Mula2 kami singgah di Hentian Simpang Pulai. Konon2 nak cari buah Mempelam Datok. Masa hubby balik dengan anak2 hari tu, sekilogram harganya RM6.00 sahaja. Tapi bila kami singgah hari Ahad tu, harganya dah naik dua kali ganda, kepada RM12.00 sekilogram. Emmmm...langsung tak jadi nak beli. Lagipun saya masih belum boleh makan yang tajam2 cam gitu.

Dalam pukul 11:30 pagi kami sampai di Hentian Ulu Bernam hala selatan. Haaaaaa....kat sinilah yang ada jual Putu Perak panas2 tu!

 Ni...kat Agro Bazaar inilah ada dijual Putu Perak panas tu...
Kalau hari2 biasa, khemah2 merah tu tak ada. Tapi hari tu ada pulak bazar tambahan. Macam2 ada dijual. Orang mengacau dodol kat situ pun ada cuma saya je yang tak snap gambar dia.


 Ada tembikar yang cantik ni...

 Tudung saji ni pun ada....


Tujuan utama kami singgah ialah nak tengok dan beli sendiri Putu Perak panas2 tu. Jom kita tengok camana Putu Perak ni dikukus...
 Inilah kukusannya...

 Lepas adunan tepung dan kelapa dimasukkan ke dalam acuan, ianya ditelangkupkan ke atas lubang2 di kukusan ni. Lepas tu baru ditutup dengan penutup yang bertangkai hitam tu.

 Dalam proses mengukus...

 Yang ni dah siap dikukus dan dibuka penutupnya...

 Lepas tu diletakkan di atas pinggan polesterin. Setiap pinggan ada 6 biji. Harganya RM3.00...

 Salah seorang pekerja di sini sedang membalut putu2 tu...

Yang ini saya makan panas2 kat situ....


2 comments:

HomeKreation said...

Salam Azita. Slmt Thn Baru. Semuga 2011 sukses & happy selalu. Wooo.... tak tahan nya tengok kuih ni...feveret ler... Nnt balik Taiping next time nak cari gak lah...tq info.

muhammad ali said...

salam..boleh tahu tak nama tempat balut pembungkusan putu perak tu??