Friday, August 13, 2010

Juadah Berbuka 2 Dan 3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar nak berkongsi menu berbuka semalam dan hari ini (2 dan 3 Ramadhan). Baru genap 3 hari berpuasa, dah agak pening memikirkan apa yang nak dimasak untuk berbuka dan bersahur. Menu untuk berbuka masih senang nak diselongkar tapi menu untuk bersahur tu....susah sikit. Awal2 pagi tekak tak berapa lalu nak menelan makanan. Anak2 pun asyik makan bijirin saje. Terpaksalah standby bijirin 3,4 kotak.

Menu untuk berbuka pada 2 Ramadhan - Khamis :

Ayam Goreng Berempah - bahagian kepak...

Ayam Goreng Berempah - bahagian paha...

Kangkung Goreng Sos Tiram...

Sup Sayur Campur2...


Menu untuk berbuka pada 3 Ramadhan - Jumaat :

Roti Jala Traffic Light...sebab gunakan warna2 kat traffic light...

Roti Jala banjir Kari Ayam...

Apam Comel Blueberry dan Strawberry...

Ada order untuk Apam Comel hari ini. Alang2 dah mengukus tu, buatkan sekali untuk juadah berbuka kami sekeluarga...


2 comments:

Neyna Naya said...

Apam comel akak ne canteeek

Azita Zain said...

neyna :
hehehe...tima kasih....!