Saturday, August 14, 2010

Bubur Som-Som Dan Mee Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dah 4 hari kita berpuasa. Cuaca hari ini tidak menentu. Awal pagi tadi hujan kejap, lepas tu panas. Sempat juga menjemur kain. Tapi tak lama lepas tu hujan lagi. Lepas tu panas semula. Akhirnya kain baju tu duduk bawah awning aje. Tak lalu nak berkejar dengan hujan dan panas.

Selepas Subuh tadi, saya mengadap doh kulit tat...menggentel kulit tat unutk tempahan yang saya terima untuk hari ini. Tempahan sebanyak 100 biji. Alhamdulillah...tempahan berjaya disiapkan sebelum 12 tengahari... Alhamdulillah...hubby ringan tangan menghulurkan bantuan. Kain baju hubby yang ampai. Lepas tu, semasa tengah menempa kulit tat tu, saya rasa mengantuk. Sempat juga melelapkan mata diriba hubby. Sambil tu hubby menyiapkan kulit tat tu walaupun finishingnya saya yang selesaikan. Hehehe...hubby masih gagal bab2 mengemaskinikan kulit tat tu.

Panjang pulak ceritanya ye... Ni cerita juadah berbuka tadi, 4 Ramadhan. Belek2 resepi dalam handset, nampak resepi Bubur Som-Som Pandan. Teringin pulak rasanya. Kena pulak kalau dimakan sejuk2......!


Bubur Som-Som Pandan...yang ini khas untuk hubby dan saya sendiri...hehehe...love love gitu!


Semasa saya sedang memasak Bubur Som-Som Pandan ni, saya dapat SMS dari A adik saya yang di Putrajaya tu. Katanya mereka dalam perjalanan ke rumah saya, nak berbuka bersama. Alamak...panik kejap sebab rancangannya hari ini nak masak ringkas2 je! Tengah berkira2 dengan hubby nak tambah menu apa yang patut, adik tu kata dia gurau aje!!! Masa tu dia berada di Felda Penggeli, rumah mertuanya. Hissshhhh....maina2 plak! Akhirnya hubby goreng Mee Goreng Udang ni aje.


Mee Goreng Udang...hasil gorengan hubby....

Komen dari Ayong :
"Ayong rasa mee ni macam spaghetti pulak....!"


Inilah hasil blueberi cistat tempahan dari Kak Izan tadi. Alhamdulillah...sebelum 12 tengahari Kak Izan dah datang ambil setelah diberitahu tempahan beliau dah siap. Terima kasih Kak Izan...

6 comments:

Miss Fadhilah said...

cantiknyer corak atas cheese tart yg kak ita buat ni..kbyakan cheese tart corak dia x cantik...lpas 2 cheese 2 mgecut...eiii...geramnyer tgk cheese tart kak ita,kalu dekat dh lmer tmpah...!

kakpah said...

salam ita. nampak ngancam je mee tu..

Azita Zain said...

fadhilah :
seni yg tersendiri....hehehe

kakpah :
hasil tangan suami...alhamdulillah!

Ummi Hajjah said...

Memang Tat ni sodap...Tak boleh tempah sikit.Rugi betul yg duduk jauh dari rmh Ita. Kalau nak kira akak ni entah dah berapa kali order....lupa dah. Anyway inilah tat yg jadi kegemaran kami semua....10 bintang untuk Ita .....

Azita Zain said...

Kak Izan :
alhamdulillah sebab k.izan suka tat saya tu tapi jgn puji tinggi sangat. saya buat seadanya. syukur sangat sebab ramai yg suka tat saya tu...

manbuku said...

nak tanya biasanya cheese tart nie leh simpan bpe lama ye???