Tuesday, August 24, 2010

17 Tahun Bersamamu...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.



Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana telah menyatukan kami 17 tahun yang lalu hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah...kerana kami telah dianugerahkan olehNya kebahagiaan dan kerukunan dalam berumahtangga. Juga telah dikurniakan empat orang cahayamata yang menjadi penyeri hidup kami. Alhamdulillah...keranaMu jualah kami telah bersatu. Moga mahligai yang kami telah bina akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah...!


22hb Ogos....
Tarikh keramat untuk saya dan hubby. Tarikh dimana kami telah disatukan 17 tahun yang lalu. Alhamdulillah...Dia telah mengurniakan kebahagian kepada kami dan moga2 kebahgiaan kami akan berkekalan hinggalah ke akhir hayat kami.

Tahun lepas kami meraikan ulangtahun perkahwinan dengan besama2 berpuasa bersama seluruh umat yang beragama Islam sebab ulangtahun kami jatuh pada 1 Ramadhan. Tahun ni pulak jatuh pada 12 Ramadhan. Alhamdulillah! Kali ini kami cuma raikan dengan menjamu anak2 dengan juadah dari Pizza Hut saja....disamping sebiji Chilled Bluberry Cheese Cake hasil airtangan saya. Tahun ni tak ada jambangan bunga sebab nak tukar trend sikit. Hadiah? Ada......tapi rahsia!!!


Chilled Blueberry Cheese Cake...

Pizza Hawaiian Chicken - besar punya!

Pizza Ayam Sinar Ramadhan - besar punya jugak!

Smoke Deli Chicken Wings - 2 set

Mushroom Soup - 4 mangkuk

Garlic Bread - 2 set

Alhamdulillah...kami beruka puasa dengan juadah2 di atas.


13 comments:

izahdaut said...

happy 17th aniversarry..smoga happy ever after..

Ummi Hajjah said...

Berganda2 kebahagiannya untuk Ita dan Keluarga....sebab semua kebaikan dlm bulan ramadhan ini secara automatiknya sentiasa digandakan.

Yati Ali said...

happy anniversary kak!!!semoga berkekalan hingga akhirat...

Ummi said...

Salam Ita, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 17...Moga kebahagian berkekalan dan sentiasa dirahmati...amiiinnnn

Cikmin said...

selamat ulangtahu perkahwinan ye kak ita dan suami..sori lambat wish.. :) semoga berbahagia selagi hayat dikandung badan..

roslaini saad said...

happy aniversary...
semoga kebahagian berkekalan hingga akhirnya...

Yan said...

ALHAMDULLILAH..semoga sentia diberkati dan berbahagia.

Sy lak akan menyambut nya pd Oct 22, for the 15 anni.

Azita Zain said...

izah :
thanks izah...!

kak izan :
insyaallah...moga doa kami dimakbulkan olehNYA.....

yati :
terima kasih yati...

kakummi :
terima kasih kakummi. moga doa kita dimakbulkan. insyaallah...

cikmin :
insyaallah...itulah yg diharapkan!

roslaini :
aminnnn...!

yan :
insyaallah....aminnn!

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

selamat hari ulangtahun perkahwinan yer kak ita! moga kekal bahagia ke akhirnya:)

en_me said...

hepi anniversary akak ittewww..

Jiya said...

hepi belated enibeseri... semoga bahagia donya akhirat

HomeKreation said...

Salam Ita. Belated wish dari Along.... semuga bertambah2 kebahgiaan & keberkatan rumahtangga Ita.

Azita Zain said...

mrsfarizal :
terima kasih...!

en_me :
thanks!

jiya :
thank you jiya....!

along :
amin...!