Sunday, August 17, 2008

Sedih....!!!

Salam.
Malam tadi emak buat kenduri sambut Ramadhan kat kampung tapi saya tak boleh nak balik. Kampung saya kat Chemor, Perak. Jauh tu.....

Sedih rasanya sebab raya tahun ni pun kena turn kat kampung hubby. Awal2 raya tu tak berpeluang le nak balik ke Perak atas banyak sebab. Kalau dapat beraya ngan mak sendiri tentu best, kan?

Dalam bulan puasa nanti tak tau le dapat balik ke tak. Kalau dapat, alhamdulillah. Sekurang2nya tak beraya kat kampung sendiri pun dah terubat rindu kat kampung.

Adik kata nak datang sini ngan anak sedara. Samada esok ataupun lusa. Mesti mak kirim bermacam2 barang. Emak memang cam gitu. Kalau nak datang ke sini mesti ada je benda yang dibawanya. Biasanya yang tak pernah tinggal ialah roti gomboi dan roti masin @ roti osborne.

Nak tau camana rupa kedua2 roti tu? Nanti bila adik saya dah sampai sini, saya uploadkan gambarnya. Kat sini mungkin orang panggil biskut dengan nama lain.

Cuti sekolah dah bermula. Anak kedua ada kelas tambahan sepanjang cuti ni sebab dia bakal menduduki UPSR September nanti. Tu yang tak ke mana2 cuti ni. Setakat bawak anak2 jalan dekat2 sini je, tak jadi masalah. Tak le mereka boring sangat sepanjang cuti duduk kat rumah je.

OK. Jumpa lagi!!

No comments: