Tuesday, August 12, 2008

Majlis Perkahwinan Sepupu

Salam....
Hujung dua minggu lepas, saya ke Puchong menghadiri majlis persandingan sepupu - anak sulung makcik saya. Selepas hantar Ayong ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang untuk ikut rombongan pasukan pancaragamnya, kami terus bertolak ke KL.

Sampai KL, terus singgah kat Putrajaya, rumah adik. Emak, abang, adik2, makcik2 dan ipar-duai dari kampung berkumpul kat rumah adik tu. Janji nak bertolak ke Puchong bersama2.

Sampai kat Putrajaya dalam pukul 10:00 pagi. Pergi ke Puchong pulak dalam pukul 11:00am. Jumpa le ramai sedara-mara. Majlisnya memang meriah. Tetamu hampir 2000 orang. Jumlah itu le yang dijemput oleh mak sedara tu..

Tema pengantin dan keluarga hari tu semuanya serba keperakan...silver color gitu!!! Baju pengantin, pelamin, baju keluarga - anak2, menantu2 dan cucu2nya - semua sama material dan kaler. Canggih!!!


Lagi gambar2 di majlis persandingan di sini.....


No comments: