Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Bulan Ogos ni jugak saya akan meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-15. Hmmm...sedar tak sedar dah 15 tahun bergelar isteri dan 14 tahun bergelar ibu. Anak yang sulung dah Form 2, yang no. 2 Standard 6 (UPSR September nanti), yg ke-3 Standard 3 dan yang kecik skali bulan 12 nanti genap 4 tahun. Yg sulung aje pompuan, yang lain semua hero2 belaka....
Hari ni dah 2hb Ogos. Esok ada sepupu kahwin kat Puchong. Ingat nak pergi ari ni tapi terpaksa cancel sebab anak ppompuan tu nak gi rombongan ke KL (World Marching Band) hari Ahad nanti. Dia nak gi ikut rombongan bas dengan kengkawan dia jugak. Bertolak pagi Ahad jam 6.30am. Rombongan ni dianjurkan oleh MPPG (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) sebab band sekolah ni di bawah naungan MPPG...Pancaragam Sekolah-Sekolah Menengah Pasir Gudang yang mana ahlinya terdiri daripada murid2 Sekolah Menengah Pasir Gudang 1, 2 dan 3. Pasukan nii baru ditubuhkan pada tahun lepas (2007) dan my daughter adalah salah seorang pioneer pasukan ini.
Adus...ngantuk la pulak. Mmmm..patutla...dah hampir 0100. Si kecik pulak asyik meragam je sebab demam. Tu tengah tidur dgn cool fever tertampal kat dahi. Nak kurangkan panas badan dia.
Jumpa lagi nanti ya!
No comments:
Post a Comment