Thursday, November 17, 2011

Keputusan UPSR 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini, 17hb November 2011, telah diumumkan keputusan peperiksaan UPSR bagi tahun 2011. Alhamdulillah...anak saya, Muhammad Azrai, telah berjaya mendapat keputusan 5A. Syukur kepadaMU! Juga tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.
Keputusan di SKTPP hanya akan diumumkan selepas jam 11:00 pagi. Tapi saya ni terlebih excited dan terlebih berdebar2. Seawal jam 9:30 pagi saya dah siap. Dalam pada bersiap2 tu, sempat jugaklah menyidai kain-baju yang dah dibasuh. Abang Ngah pulak saya larang ke sekolah hari ni. Dia kena tunggu Adik balik dari sekolah agama sekitar jam 10:30 pagi. Saya ke sekolah bersama dengan hubby. Hehehe...hubby 'lari' kejap dari tugasnya. Kami merupakan di antara ibubapa2 yang sampai awal ke sekolah. Masa tu calon2 UPSR dah berkumpul di dewan terbuka tu. Begitu juga dengan murid2 Tahun 4 dan Tahun 5. Semuanya dikumpulkan di dewan terbuka tersebut.
 Sebahagian daripada calon2 UPSR lelaki...

 Sebahagian daripada calon2 UPSR perempuan...

Majlis bermula sekitar jam 11:15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti oleh ucapan oleh Guru Besar. GB mengumumkan jumlah calon yang berjaya mendapat 5A ialah seramai 47 orang (kurang 2 orang daripada tahun 2010). Walau bagaimanapun peratusan lulus adalah meningkat berbanding tahun lepas. Saya tak dapat nak masukkan statistik yang diumumkan oleh GB tadi sebab saya tidak mencatatkannya. Main ingat2 jer...tapi yang dapat 5A tu memang betullah.

Calon2 yang mendapat 5A dan 4A telah diberikan sehelai kain pelikat sebagai cenderahati. Begitu juga untuk calon2 yang mendapat A. Satu A dapat RM10. Kalau 5A dapatlah RM50. Hadiah wang tunai ini adalah sumbangan daripada salah seorang ibubapa kepada calon UPSR. Murah hati sungguh Hamba Allah tu. Moga dilimpahkan rezeki kepadanya.

 Muhammad Azrai bin Abd. Aziz...

Masa mula Cikgu Mohd Noor mengumumkan nama2 calon yang mendapat 5A, saya punyalah berdebar2. Saya berdiri di depan pentas. Snap gambar setiap calon yang dapat 5A. Tapi bilalah nama anak sendiri nak dipanggil. Kat atas pentas tu dah ramai dah yang naik...nama Azrai masih belum dipanggil. Sejuk dah tangan saya ni (tapi tetap snap gambar gak...). Tapi bila Cikgu Mohd Noor panggil aje nama dia, terus saya bersorak sambil mengucapkan syukur kat depan tu. Tak kisah dah orang tengok ke tidak. Ehh...entah2 ada orang candid saya masa tu! Kalau ada....malunya...!!!


 5A




 4A
3A

Tuesday, November 15, 2011

Kuih Bakar aka Bingka Tepung


 Lemak2 masin sikit...lembutttt jer...!

 Ditaburi dengan bijan yang memenuhi permukaan bingka...

Dan dibakar garing...!!!!!

Tak payah nak cerita panjang2...semua orang dah tau camana nak buat Kuih Bakar aka Bingka Tepung ni kan? Kita tengok gambar je kali ni...

Sunday, November 13, 2011

SPM 2011


Esok, 14hb November 2011, bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2011. Kepad semua calon SPM...good luck, moga berjaya dengan cemerlang.



Kepada anakku, NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ, selamat menduduki peperiksaan SPM esok. Moga tenang dalam menjawab soalan, moga dipermudahkan segala urusan olehNya. InsyaAllah. Abah dan emak mendoakan yang terbaik untuk Ayong...


Saturday, November 12, 2011

Hari Raya Qurban 1432H


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Raya Aidil Adha dah lama berlalu tapi baru sekarang berkesempatan nak upload gambar2 masa korban kat kampung ari tu. 10 Zulhijjah tu ada 2 ekor lembu yang telah dikorbankan di kampung. Kat rumah mertua pulak, korban kami lakukan pada 11 Zulhijjah (Isnin, 7hb Nov 2011). Hubby and the gang berkorban di kampung mertua kali ini. Sebelum2 ni pun mereka pernah buat aktiviti korban juga tapi saling bertukar2 tempat...di rumah ataupun di kampung "ahli2" mereka. Kali ini turn di Parit Ibrahim, Parit Jawa pulak. 

Kami balik ke kampung pada hari Jumaat, 9:30 malam baru bertolak. Sampai di kampung dah lepas 12:00 tengah malam. Hari Sabtu kami berlibur (mak aihhh...ayat!). Hari Ahad, FIL, hubby dan in-laws semua join aktiviti korban kat kampung. FIL la tukang sembelih kedua2 ekor lembu tu. Malam tu (Ahad malam Isnin), 3 orang kawan hubby sampai bersama keluarga masing2. Hmmm...tak ada bilik spare, ruang tamu jadi bilik tidur. Sebelum melelapkan mata, diorang "mentong" dulu...ketupat segera and the gang!

Jom la kita layan gambar2 masa korban kat kampung ari tu...


 Jenuh juga nak menumbangkan lembu ni...!

 Sempat bergambar bersama2 lembu yang akan dikorbankan...

 Allah huakbar...Allah huakbar...Allah huakbar!




Dah selamat disembelih...

 Berpisah kepala dari badan...

 Sedia untuk dilapah...

 Ada yang dah expert, ada yang masih terkial2...!

 Tak mahu ketinggalan kaum ibu turut melapah daging...!

 Jantung...

 Yang dah siap dibungkus sekilo2...


Selepas siap proses melapah, membungkus dan membahagi daging2 dan tulang2 tersebut, kami hidangkan ketupat bersama dengan sup tulang segar. Juga diadakan doa selamat sempena ulangtahun kelahiran anak salah seorang kawan hubby.

 FIL sedang membacakan doa selamat...

 Bergambar beramai2 sebelum berangkat balik ke destinasi masing2...

 Dalam kereta masing2 ada kotak polisterin tu...penuh isi dengan daging & tulang...!

Wednesday, November 2, 2011

Gara2 Soket


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Asyik tenggelam timbul aje tuan rumah ni ya. Kejap ada...kejap tak ada. Kejap2 rajin update blog...kejap2 menyepi seribu bahasa. Menyepi kali ini bukan sebab kemalasan tapi disebabkan oleh masalah teknikal. Wiring telefon kat rumah ni ada masalah. Mula2 ari tu telefon rumah tak boleh digunakan. Bila angkat ganggang aje, tak ada dialing tone. Bila didail nombor telefon rumah tu, engage je memanjang. Kes ni dah lama dah sebenarnya tapi buat derk aje sebab jarang sekali menggunkan talian tetap ni. 3 hari lepas line internet pulak buat hal. Masa guna sebelah pagi, ok je. Bila nak guna sebelah petang dah tak boleh. Tengok kat modem tu, lina internet dan ADSL tak menyala. Dah cuba check sendiri dah tapi memang line tu yang bermasalah. 

Semalam saya ke TMPoint untuk membuat pembayaran bil air. Terus repot tentang kerosakan talian telefon tu. Selepas tu saya terus pulak ke Pusat Bandar...menuju ke BSN, bank-in kan duit emak. Bertanyakan terus tentang borang UPU. Menurut kerani yang bertugas, borong UPU hanya akan dijual bermula pada 7hb November ini. Lepas tu terus singgah ke kedai buku Pustaka Arris tu. Apa lagi, cari novel la....! Stok yang ada kat rumah dah abis semua dibaca. Hmmm...sambar 3 buah novel lagi. Lepas tu barulah saya balik. Sampai ke rumah dalam jam 3:40 petang.
Sebaik saja saya parking kereta kat porch, van TM pun sampai depan pagar. Hmmm...cepatnya mereka bertindak!!!! 2 orang technician tu pun check lah sini sana. Panjat tiang kat belakang rumah, tengok connection kat dinding luar dan juga check jointing kat dalam rumah tu. Kata mereka, wiring tu yang ada masalah...soketnya dah rosak.  Masa tu saya dah called hubby suruh dia balik kejap. Risau jugak berdua dengan Ayong aje kat rumah. Ayong pulak dah menguncikan dirinya kat dalam bilik. Tinggal saya sorang je yang deal dengan mereka. Dah hubby sampai barulah technician tu terangkan mana yang patut digantikan. Then selepas technicians tu balik, hubby terus pergi beli barang2 yang perlu. Selepas digantikan soket tersebut, alhamdulillah...semuanya berfungsi semula. 

Itu sebab dah lama tak online...hihihi. Pagi ni luangkan sedikit masa untuk berbicara. Tak boleh lama2. Kejap je. Petang2 nanti sambung semula ya....!

Friday, October 28, 2011

Jalan-Jalan Di Melaka


Ini sambungan cerita kami ke Negeri Sembilan hari Sabtu lepas...perjumpaan dengan ahli2 AGIKO di Senawang.

Malam tu kami menyewa sebuah apartment di Spanish Villa tu. Nak balik terus ke Pasir Gudang, impossible rasanya. Penat pun belum reda lagi. Seawal jam 9:00 pagi, kami dah check-out. Mana tidaknya, kat dapur tu bukannya ada apa2 pun yang boleh dimasak dan dimakan untuk sarapan. Kelengkapan memasak memang ada...ada dapur, petiais, mesin basuh, microwave....lengkaplah sebagai sebuah rumah. Selepas menyerahkan kunci, kami menyusuri jalan menghala ke tol Senawang. Dalam perjalanan tersebut, mata memerhatikan kiri kanan jalan...melilau menengok mana restoran ataupun gerai yang boleh kami singgah untuk sarapan. Akhirnya kami terlihat restoran McD berhampiran dengan Giant Hypermarket...rasanya dekat2 dengan Senawang Specialist Hospital. Kami bersarapan di McD aje.

Kami order Family Breakfast Box set A dan B...untuk 6 orang makan...

Masa saya tengah mengambil order, kawan hubby (kawan saya juga...!) menelefon hubby. Menjemput kami untuk singgah di rumahnya dulu. Zamri Abdullah...yang datang beraya bersama2 dengan ipar-duai dan ibu mertuanya ari tu. Untuk tidak menghampakan harapannya, selepas sarapan kami pun singgah di rumah Zamri (sebenarnya dia yang datang menjemput kami di hadapan Giant tu sebab kami tak tau jalan nak ke rumah dia...) di Taman Tuanku Jaafar.


 Abang Ngah dan Abang Yang melayan Adik dan Danial bermain...

Isteri Zamri ialah seorang guru yang mengajar subjek Biologi di salah sebuah sekolah menengah di sekitar Senawang. Kesempatan itu diambil oleh Ayong untuk mendapatkan tips2 menjawab dan skema jawapan. Sambil menyelam minum air...!

Terima kasih Cikgu...!

Sekitar jam 12:00 tengahari barulah kami meninggalkan kediaman mereka. Destinasi kami yang seterusnya ialah Ayer Keroh. Dah janji dengan anak2 nak singgah di Ayer Keroh...nak jalan2 di Taman Rama2. Nak masuk zoo...dah "selalu" ke sana. Ke Taman Rama2 pernah pergi sekali dulu tapi anak2 dah lupa "kenangan" di situ. So...let's fresh our memory...!!!

Gerbang di Taman Rama-Rama...

Nak masuk ke Taman Rama-Rama ni kena beli tiket dulu. Kalau tak silap, dewasa kena RM5 dan kanak2 RM3 setiap orang. Kalau bawak kamera dan nak tangkap gambar, kena bayar RM3. Kalau tak bayar RM3 tu, simpan ajelah kamera tu. Tapi kalau kita tangkap gambar pun bukannya ada orang yang memerhatikan...macam tak ada penguatkuasaan pun.

Jom layan gambar2 di Taman Rama-Rama...















Penat juga jalan2 di taman ni...tapi enjoy!!!

Selepas selesai tawaf di Taman Rama-Rama, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir pulak. Tujuannya cuma nak cari baju-T. Nak jalan2...malas rasanya. Jalan menuju ke Bandar Hilir memang sesak. Banyaknya kenderaan menuju ke sana. Kami memakirkan kereta berhampiran dengan kolam renang tu. Lepas tu terus aje kami menuju ke gerai2 yang berhampiran. Macam2 ada!




Dah dapat apa yang kami cari, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Pasir Gudang pulak. Hubby malas nak berpatah ke tol Ayer Keroh...kami ikut jalan lama menuju ke Muar sebelum memasuki lebuhraya PLUS melalui tol Pagoh. Kami singgah makan malam di R&R Pagoh. Lepas tu terus je ke Pasir Gudang. Alhamdulillah...kami selamat sampai sekitar jam 10:30 malam. Selepas berkemas sikit, kami terus zzzzzzzzzzz...penat!!!

Monday, October 24, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 Dan Malam Mesra AGIKO 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dah beberapa saya cuti bersiaran. Bukan saja suka2 ataupun malas tapi ada sebab lain. Hari Sabtu lepas, Ayong ada majlis graduasi untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 SMK Pasir Gudang 1 yang telah diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Majlis tamat sekitar jam 12:30 tengahari. Pada hari tersebut juga AGIKO (Alumni Graduan Institusi Korea) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Malam Mesra AGIKO. Program tersebut diadakan di Spanish Villa, Senanwang, Negeri Sembilan.


Selepas sahaja majlis Ayong tamat, kami terus bertolak ke Negeri Sembilan. Masa tu dah hampir jam 1:00 tengahari. Ikutkan jadual tentatif, mesyuarat akan berlangsung sekitar jam 4:30 petang. Macam tak sempat aje nak sampai ke sana sebelum mesyuarat bermula. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun tapi kami tidak dapat menghadirkan diri pada setiap tahun atas sebab2 kekangan waktu.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Spanish Villa ini sekitar jam 5:20 petang. Masa tu mesyuarat belum pun dimulakan sebab masih menanti kehadiran ahli2. Selepas selesai mendaftarkan diri, kami berdua terus masuk ke dewan mesyuarat. Anak2 saya pulak tinggal kat luar dewan. Nak tau apa yang mereka buat??? Tengok ni...

Macam2 yang mereka lakukan sementara menanti mesyuarat kami selesai....!


Suasana di dalam dewan mesyuarat semasa mesyuarat sedang dijalankan...

Selesai mesyuarat, barulah hubby dan saya mendaftar untuk mendapatkan apartment di Spanish Villa tersebut. Kami akan bermalam selepas habis jamuan makan malam nanti. Nak terus balik ke Pasir Gudang rasanya tak larat. Penat memandu semasa datang tu pun belum hilang. Dah dapat kunci apartment...tapi tak sempat pun nak mandi-manda dan bersalin baju untuk dinner.



Kek cokelat moist ini adalah sumbangan salah seorang daripada ahli AGIKO...


Majlis makan malam dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada bekas Presiden AGIKO Sesi 2009-2011, Tuan Haji Aggus Salim Halmee Haidar. Diikuti oleh ucapan ringkas oleh Presiden AGIKO Sesi 2011-2013, Dato' Basir bin Daud. Lepas tu ada juga ucapan ringkas daripada wakil Han Yang University.

 Tuan Haji Aggus Salim Halmee Haidar

Dato' Basir bin Daud

 Wakil Han Yang University...
 
Acara memotong kek...!

Dah abis potong kek barulah kami makan2...! Jom layan jer gambar2 ni ya...

Antara menu2 yang dihidangkan...

 Masing2 dah menampakkan perubahan fizikal yang ketara tapi masih ada yang maintain...!

 Berjumpa rakan2 seperjuangan yang dah lama tak jumpa...

 Menjamu selera sambil berbual2...


Dah lama tak jumpa, macam2 nak cerita...


Bergambar beramai2 di akhir majlis...



Saya bersama dengan Sharifah Mordiah (Dee). Kami pergi ke Korea batch 1990 - 1992. Mengambil kursus yang sama, tinggal dalam bilik yang sama. Lama dah tak berjumpa. Bersua di majlis ini terasa tak cukup masa nak bermesra dan bercerita panjang. InsyaAllah, lepas ni kita jumpa lagi...