Saturday, February 20, 2010

Sukan Tahunan SK Taman Pasir Putih


Sukan Tahunan Sek. Keb. Taman Pasir Putih telah dilangsungkan pada hari Sabtu minggu lepas (13hb. Februari). Kebetulan hari tu kena turn hubby tak kerja. Lepas hantar Abang Yang (Muhammad Azrai, Tahun 5) ke seoklah, kami terus ke Pasar Tani dulu...nak cari kuih2 je. Selepas tu baru kami ke sekolah semula. Nak bagi sokongan moral kepada Abang Ynag sebab dia masuk 2 acara - 100M Lelaki B dan 4x200M. Acara lontar peluru dia dapat tempat ke-3.

Banner di luar kawasan sekolah...

Papan tanda sekolah...

Pasukan berpakaian seragam - Puteri Islam - di dalam perbarisan...

Pasukan rumah2 sukan dalam perbarisan...

Pasukan berpakaian seragam...

Majlis dirasmikan oleh Tuan Imam Masjid Jamek Taman Pasir Putih...

Upacara menaikkan bendera kejohanan...

Murid2 dan guru2 menarikan tarian poco2 selepas tamat acara perbarisan...

Guru2 pun sama2 menarikan tarian poco2...

Cikgu ni pulak sedang menarikan Chicken Dance...sporting habis Cikgu ni!!!

Abang Yang (t-shirt putih) semasa larian 100M...dapat no.3 dari belakang...

Aduiiii...penatnya berlari!!!!

Adik pulak terjumpa kawan setadikanya. Peluk2 tiang lagi....!

Amboi...bukan main lagi Adik ni dengan anak dara orang!!!!

Sekadar hiasannnn.....

 


Kemaruk



Ini ialah buah berangan yang telah siap dibakar dan sedia untuk dimakan. Ada sesiapa yang tak pernah merasa buah ini lagi? Rugiiiiii......! Sedap sangat ni...memang kegemaran saya. Susah nak jumpa buah ni dah. Kalau dolu2....zaman budak2 duduk kat kampung dulu, buah berangan ni saya pergi kutip sendiri kat pokoknya. Lepas tu bakar dalam bara api. Makan panas2 memang sedap sangat. Sekarang ni dah susah nak jumpa. Dalam banyak2 tempat yang saya pergi, saya baru jumpa buah berangan ni di satu tempat je....di Jusco Permas Jaya. Sanggup saya ke sana semata2 untuk dapatkan buah berangan ni jer. Satu pek tu RM12...sekali beli 3 pek. Anak2 dapat makan sikit jer...selebihnya semua ke emaknya! Kejamnya saya....! Taklah...satu pek utk anak2, selebihnya kongsi2...tapi emaknya LEBIH SIKIT le! Hehehehe... Memang tengah KEMARUK!!!


Dan saya juga sekarang ni tengah KEMARUK dengan gambar yang cam gini. Semua ni saya snap gunakan kamera digital saya tu je, snap pun dari dalam kereta je...










Sunday, February 14, 2010

Kelahiran Terbaru Dan Cabutan Bertuah Cikmin.com

Ada cabutan bertuah oleh CikMin. Jom kita cuba nasib!!!! Ni copy paste dari cikmin.com....

Dengan ini juga cikmin.com ingin mengadakan Cabutan Bertuah sempena meraikan kelahiran terbaru yang amat istimewa ini.3 pemenang akan menerima hadiah istimewa dari cikmin.com.Hadiah berupa set minyak wangi PURE,Watermark istimewa(versi hitam/putih) dari Little Colour Shop dan sepasang Brooch.(akan di update gambar kemudian)

1.Apa yang anda semua perlu lakukan,cuma copypaste ayat dibawah,buat satu entry baru dan masukkan ayat dibawah sebagai enrty anda dan publish! senang kan?sticky kan entry sehingga 14hb februari 2010.

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

2.Entry anda semua mestilah menggunakan tajuk ‘Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com’.

3.Jika anda sudah menyiapkan entry sila tinggalkan komen dan link entry anda diruangan komen dibawah,cikmin akan pergi buat sport cek ok.

4.Cabutan bertuah ini akan tamat pada tengah malam pukul 12mlm 14hb februari 2010.

5.Penyertaan terbuka pada semua.

Sekali lagi cikmin.com mengucapkan Terima Kasih diatas kesudian anda semua membaca dan menyertai Cabutan Bertuah ini.

 

Friday, February 12, 2010

Kakak! Kakak!

Waktu2 pagi, saya cuma tinggal berdua dengan Adik. Hinggalah ke jam 10:30 @ 10:40 pagi sebelum Adik pulak ke tadika. Lepas tu tinggallah saya sorang2 kat rumah. Masa ni, almost semua kerja rumah dah siap kecuali memasak. Dan kalau hari Isnin hingga Khamis, jam 11:00 hingga 12:00 tengahari, time saya tengok cerita Korea. Semakin nak abis semakin menarik pulak cerita tu.

Dan time2 macam ginilah juga akan terdengar suara2 "sumbang" sebegini...

Tilam-tilam! Tukar tilam lama...beli tilam baru!  (lantang semacam suara ni...!)

Suratkhabar lama! Besi buruk...komputer...!!! (suara yang ni lembut skit...!)

Dan yang paling saya tak berkenan ialah suara yang ini :

Kakak! Kakak! Kakak! Kakak! Kakak! Kakak! Kakak! Kakak!

Time ni pintu memang bertutup, yang terbuka cuma sliding door aje, itupun sikit je. Saya pun jenguklah kat sliding door tu. Nampaklah satu mamat ni, mamat India, berdiri kat bench di luar pagar tu. Bila nampak mamat tu, awal2 lagi saya dah kata,

"Tak mau...tak mau..!". (sambil buat isyarat tak nak dengan tangan)

Tapi mamat tu masih lagi bla...bla...bla...bla...pok...pek...pok...pek...panjang bla dan pok peknya!

Kakak, ini mau tar ka? Ini kasi tar la kakak! Nanti kakak, itu air hujan kakak, tidak masuk ini lantai kakak! Murah saja kakak! Bla...bla...bla...pok...pek...pok...pek lagi dan lagi dan lagi!

Tak mau la! (dan saya menghilangkan diri ke dalam rumah)

Runsing pulak rasanya. Ini bukan kali pertama, bukan juga kali kesembilan puluh sembilan. Tak tau dah kali ke berapa. Orang yang sama juga. Saya malas nak berurusan dengan orang2 yang datang cam gini kalau tak ada hubby. Kengkadang hubby pun tak larat nak melayan kerenah mereka. Cuma sekali sekal je ada berurusan dengan "surat khabar lama".

 

Wednesday, February 10, 2010

Cuti 40 Hari

Setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat, selepas 3 orang anak ke sekolah dan hubby ke tempat kerja, tinggallah saya dengan Adik saja di rumah. Dan pagi tadi...

Mak, lepas ni Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November...lepas tu Desember kan?

Ya, kenapa?

Nanti Adik cuti 40 hari, kan?

Ya, kenapa?

Nanti mak pergi Giant, Tesco, jalan-jalan, makan-makan. Lepas tu kita naik bas 2 tingkat balik kampung Pah, ya mak?

Tak, kenapa?

Adik nak naik bas 2 tingkat tu lagi....! (dengan suara mendayu jer...)

Nanti Adik cuti 40 hari, kita nak pergi beli baju sekolah Adik, kasut sekolah Adik...(suara memujuk ni...), kan tahun 2011 (two thousand eleven) Adik sekolah kebangsaan!

Oooo...Adik sekolah Abang Yang ye? Lepas tu sekolah Abang Ngah, kan?

Ya....!!!

Adik nak pergi beli baju sekolah lah! (dah tukar fikiran....)


Adik memang dah teruja sangat2 nak ke sekolah kebangsaan.....

Monday, February 8, 2010

Anak-Anakku



Keletah anak2 semasa  makan di Sedap Corner, Jusco Permas Jaya semalam. Abang Yang yang tak ada sebab ada seminar di Hotel Selesa...

Jalan-Jalan Di Jusco Permas Jaya


Assalamualaikum dan selamat tengahari untuk semua. Saja nak cerita pasal jalan-jalan ke Jusco Permas Jaya semalam. Actually, tujuan utama bukan untuk ke sana tapi ada perancangan lain. Pagi semalam Abang Yang ada seminar di Hotel Selesa dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Selepas hubby pergi hantar Abang Yang, kami sarapan di rumah aje. Hubby masak nasi goreng campak2. Abang Ngah pulak ada perlawanan bolasepak di Selasih Pulau. Habis jam 10:30 pagi katanya. Pesan dengan dia, selepas habis terus balik rumah sebab kami nak keluar. Hampir 11:00 pagi baru dia sampai ke rumah. Dah siap masing2, kami pun bertolak. Ke mana?

Mula2 kami menuju ke Danga Bay, nak ke Maxis Center sebab Ayong nak tukar semula pelan dia ke pre-paid. Bila check dengan petugas di situ, selepas 6 bulan baru boleh tukar. Maknanya April nanti baru boleh tukar pelan tu. Selepas tu kami terus ke City Plaza, untuk bayar kad kredit di City Bank. Dah siap 2 kerja...! Masa tu dah 12:30 tengahari. Hmmm...anak2 dan mengadu kelaparan. Saya syorkan ke Jusco Permas Jaya je sebab di situ ada banyak pilihan. Sampai di sana, punyalah susah nak dapat parking. Banyak kereta yang berpusiing2 mencari ruang kosong. Alhamdulillah....ada satu kereta tu nak keluar. Zzzzzuuuuuppppp...hubby terus parking kat situ.

Melangkah ke dalam bangunan, Ayong dan Abang Ngah kata nak makan yang sedap2. Dan pilihan mereka ialah Sedap Corner. Let's go....!!! Jom tengok apa yang kami makan dan minum.

Hubby order air bandung dan cendol, Ayong pulak iced lemon tea, Adik order milo ais dan kelapa, Abang Ngah pulak mintak kelapa dan saya minum mocktail....

Makan pulak...Prawn and Chip untuk Adik, Chicken Chop untuk Abang Ngah, Fish Kuey Tiaw untuk Ayong dan Beef Kuay Tiaw untuk hubby dan saya..

 

Sunday, February 7, 2010

Puding Roti, Donut, Strawberi Dan Cubaan


Macam yang saya kata, saya ni tidaklah sepandai mana pun...tapi saya suka mencuba. Tak kisahlah dalam hal apa pun. Kadang2 setiap percubaan memerlukan perhatian yang sepenuhnya, kadang2 cukup sekadar gitu2 je. Ada juga percubaan yang memerlukan RM samada sikit ataupun banyak. Bila tiba yang ini, kena fikir banyak kali dulu. Kena timbang2kan supaya kanan sama berat dengan yang kiri...tak le senget sebelah nanti. Bila dah senget, susah dan ambil masa nak bagi tegak dan seimbang semula. Sama jugalah dengan lain2 percubaan...cuba nak jadi orang baik, cuba nak jadi orang jahat, cuba nak kaya, cuba nak pandai, cuba nak mencuba, cuba nak bershopping sakan, cuba nak menghabiskan 30 juzuk al-Quran lagi dan lagi, dan macam2 lagi. Semuanya memerlukan pengorbanan dan ketekunan tapi mestilah dengan pertimbangan akal yang betul. Kadang2 tu, tepuk dada tanya selera boleh diambil pakai. Kadang2 tu tepuk dada tanya iman lebih berkesan.

Jom tengok apa yang saya masak semalam (Sabtu)...

Puding Roti Marble ini dibawa ke majlis AMTPP semalam...

Donut yang masih bogel untuk minum petang...

Selepas balik dari AMTPP, baru pakaikan dengan cokelat dan color ball...

Yang ini pulak salut cokelat dan color rise...

Yang ni salut cokelat aje...

This is Strawberry Chocolate...

Strawberi ni saya beli semasa shopping barang dapur di Econsave Khamis lepas. Masih ada baki, salut dengan cokelat je semasa salut donut tu...


Sejuk Mata Memandang


Sejuk mata memandang...!

Makan-Makan Hari Jumaat


Kali ini dah tayang sikit menu hari Jumaat lepas. Dah tak ada baki lagi dah, jadi tak perlu le nak ngendeng2 ye...! Habuk pun dah tak ada!


Udang Goreng Lada Hitam untuk tengahari...

Sotong Goreng Lada Hitam untuk tengahari...

Keledek Goreng untuk minum petang...

Kopi-O untuk minum petang...

Ikan Merah Singgang untuk makan malam...