Thursday, September 4, 2014

Suka Duka 22 Ogos 2014

Allahhuakbar! Sesungguhnya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Maha Pencipta. Maha Pengasih. Maha Penyayang. DIAlah juga sebaik2 perancang.
22hb Ogos 2014. Hari Jumaat. Jumaat yang penuh barakah. Penghulu segala hari. Hari ini ada 3 peristiwa suka duka yang berlaku. 
Pertama : Istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17
Kedua : Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21.
Ketiga : Gotong-royong mengecat Bilik ICT1 di SKTPP
Hari inilah tibanya 20 jenazah korban tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Allahhuakbar. Mendengar saja berita "kepulangan" mereka ke tanahair sudah membuatkan airmata menitis. Bagaimana pula perasaan insan2 yang paling hampir dengan mereka? Allah...Allah...Allah! Tak dapat nak saya bayang dan gambarkan dengan kata2. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Pada hari yang sama juga, pihak SKTPP mengadakan gotong-royong mengecat Bilik ICT1 dengan kerjasama daripada Asiaflex Products S/B (Technip). Sebagai AJK PIBG, kami juga dijemput untuk bersama2 bergotong-royong. Bangun pagi je hati dah berbelah-bagi. Antara nak ke sekolah ataupun duduk di rumah dan menonton siaran langsung istiadat penghormatan jenazah ragedi MH17. Kalau duduk depan TV, gerenti teresak2 punya. Confirm!Dengar muzik sayu masa hebahan aje pun dah buatkan airmata menitis, inikan pula saat2 keluarga mereka menerima "kepulangan" ahli keluarga mereka. Akhirnya...bulatkan nekad untuk ke sekolah pada pagi tu. Join gotong-royong. 

Gotong-Royong Mengecat Bilik ICT1 SKTPP
 Seawal jam 8:00 pagi kami dah berkumpul di kantin sekolah. Kami mulakan dengan bersarapan dulu. Sarapan disediakan oleh kakitangan Technip. Alhamdulillah dan terima kasih untuk sarapan itu. Selepas tu adalah sedikit ucapan daripada Guru Besar dan juga wakil Technip. Sebelum memulakan kerja2 mengecat, kami bergambar beramai2 dulu. Hmmm...macam biasalah...camerawoman memang tak masuk dalam mana2 gambar pun!
 Lantai Bilik ICT1 telahpun dicat terlebih awal oleh guru dengan menggunakan cat minyak. Jadinya hari tu cuma mengecat bahagian dinding dan pintu serta gril sahaja.
Kerja2 dihentikan untuk guru2 dan kakitangan lelaki menunaikan solat Jumaat. Dan bersambung pada jam 2:00 petang. Sebelah petang mereka menyusun meja2 komputer dan memasang 20 unit komputer di dalam bilik tersebut. 15 buah adalah sumbangan Technip manakala selebihnya (5 buah) adalah sumbangan PIBG SKTPP. Nam Bilik ICT1 juga telah ditukar kepada Asiaflex Products (Technip) IT Lab.
*****
Semasa kerja2 mengecat sedang dijalankan, kami sempt juga menonton siaran langsung istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di komputer riba Cikgu Rosli. Tapi siarannya kurang memuaskan sebab asyik buffering je. Tak sempat nak menghayati dah buffering lagi. Adoiiiiii laaa....!
 *****
Sebelah malamnya saya dah amat kepenatan. Tapi masih sempat menyaksikan Buletin Utama di TV3 yang menyiarkan semula rakaman istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 selama 1 jam. Memang saya menangis tersedu2 masa menontonnya. Adik siap kata...mak jangan la sedih...sambil gosok2 belakang saya dan cium kepala saya. Alahaiiiii anak emak ni...lagi la mak sedih! Masa sedang menonton ni la hubby balik dari kerja dengan sejambangan bunga mawar di tangan. Huhuhuhu...suka dalam kesedihan menerima jambangan tersebut. Inilah suami saya. Tidak pernah lupa memberikan saya sejambangan bunga mawar pada hari2 keraian kami. Harijadi saya dengan bilangan kuntuman bunga mawar sebanyak umur saya, hari ulangtahun perkahwinan dengan bilangan bunga sebanyak tahun perkahwinan kami, hari ibu dengan bilangan kuntuman bunga sebanyak bilangan anak kami (yang ni bilangannya sama je tiap tahun sebab bilangan anak tidak bertambah...hahaha).
 21 kuntum mawar segar...
 Dah habis menonton Buletin Utama, barulah kami mengadap sajian yang dibeli oleh hubby untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami. Sekadar pizza Domino 2 biji, kepak ayam bakar dan sebiji kek lava cokelat. Alhamdulillah.
*****

Sambutan Raya Di SKTPP

Ini pula cerita sambutan Aidil Fitri di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SKTPP) yang telah diadakan pada 20hb Ogos 2014 yang lepas. Sambutan ini adalah untuk guru2 dan kakitangan sekolah sahaja.Sambutan untuk murid2 akan diadakan pada hari Sabtu berikutnya. Alhamdulillah. Kami sebagai AJK PIBG juga turut dijemput untuk memeriahkan suasana. Walaupun tidak semua yang dapat hadir tapi majlis tetap meriah. Wakil dari Asiaflex Products Sdn Bhd juga turut dijemput. Syarikat ini merupakan penyumbang terbesar untuk makmal komputer sekolah.
Sebelum makan2, kami bergambar dulu. Ini adalah barisan pentadbiran sekolah bersama AJK PIBG (wakil ibu & bapa) dan juga wakil Asiaflex.
Ini pula ialah barisan guru2 dan kakitangan sokongan sekolah tapi tak semua guru ada dalam gambar ini sebab ada yang bertugas menjaga kelas2.
Anggun, ayu, sopan je guru2 duduk bersimpuh.
Kami - AJK PIBG (wakil ibu) yang tak cukup korum...hehehe
Dari kanan : Puan Hasibah, Puan Siti Norlina, Puan Rossita (Azita Zain)
Guru Besar, Puan Hajah Rosyati (kanan) dan GPK Petang, Puan Masrawati
Puan Zurina, HR Manager (kiri) dan Cik Farah - dari Asiaflex (Technip)
Puan Rosyati dan Puan Zurina
GPK-GPK SKTPP
YM Ungku Shaharuddin (kiri) - AJK PIBG (wakil bapa), En Adam (tengah) - Naib YDP PIBG, Cikgu Rosli - GPK Koko
Sesi menjamu selera
Hidangan dan menu yang disediakan oleh guru2. Alhamdulillah. Sedap2 belaka.
*****

Wednesday, September 3, 2014

Cerita Sebulan Dulu Dan Kereta Pinjam

 Hahaha...ini lagi parah! Ini cerita sebulan lepas. Ngam2 sebulan lepas. Cerita ini cerita pada 3hb Ogos 2014, hari Ahad. Cerita masa menghantar Azrai balik semula ke SDAR selepas cuti raya. Lama dah tu! Tak lama lagi dah nak cuti sekolah semula.
Alhamdulillah. Cuaca pada hari tu cerah je sepanjang perjalanan. Kami pergi naik apa? Oh ya...Trajet masih belum dibaiki masa tu. Bengkel masih belum buka lagi. Saya ada juga bertanya pada rakan2 di FB di mana boleh dapatkan kereta sewa. Maklumlah, masing2 masih dalam mood cuti raya, mungkin susah sikit nak dapatkan kereta sewa. Memang kami ada kereta kedua tapi sekadar Kancil 850 je. Mana larat nak jalan jauh ke Seremban. Dan kawan hubby offer untuk guna MPV dia. Dia ada kereta syarikat. Jadinya dia bagi guna Toyota Innova dia dan dia pula gunakan kereta syarikat. Terima kasih Sam sebab bagi pinjam Innova.
 Selesa mereka tiga beradik di belakang.
Haaaa...sempat saya candid pak trafik ni. Kalau tak salah pak trafik ni duduk bawah jambatan selepas R&R Ayer Keroh. Jangan pulak Innova ni termasuk dalam kamera dia dah le...!
 Kami sampai ke SDAR dalam pukul 5:00 petang. Sebelum tu kami singgah di Terminal One dulu. Saja jalan2 cuci mata dan cuci dompet sikit. Hihihi...
Masa ini la bertembung dengan Jane Tery, kenalan saya di FB. Juga merupakan ibu kepada Danial, rakan sekelas Azrai. Ini kali kedua saya bersua dengan Jane. Kali pertama ialah pada hari pendaftaran mereka awal tahun dulu.

Kunjungan Raya Kakitangan Kilang PC

Ini pun cerita Syawal yang tertunggak juga. Kali ini kunjungan daripada kakitangan2 pejabat dan leader2 PC Factory...kilang yang hubby saya jaga. Sebelum ini hubby saya jaga bahagian penyelenggaraan (maintenance dan engineering) tapi bermula tahun 2014 ini hubby saya dah dipindahkan ke Kilang PC di Tanjung Langsat. Dia incharge Kilang PC sekarang. Tanggungjawab yang lebih besar.
Kakitangan pejabatnya tak ramai. So bajet untuk sediakan makanan pun sekitar untuk 40 orang termasuk keluarga mereka dan rakan2 rapat hubby. Alhamdulillah. Saya masak yang ringkas aje. Maklumlah...one-woman stand. Mana nak ambil dan hantar anak sekolah lagi. Mana nak memasak lagi. Mana nak siapkan benda2 lain lagi.
 Juadah saya pada malam tu ringkas sahaja. Sekadar mee kari, bluberi cistat, puding roti berkuah sos kastad, sosej cheese gulung, brownies dan buah mata kucing.

Tuesday, September 2, 2014

Marhaban Selayang 10, 12 Dan 13

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hahaha...ini semua cerita tertunggak. Bulan Syawal pun dah abis. Baru nak upload cerita pasal majlis marhaban di kejiranan. Alhamdulillah...setiap tahun kami jalankan aktiviti marhaban ini dengan kerjasama Masjid Jamek Taman Pasir Putih. Biasanya pihak pengurusan masjid akan aturkan tarikh untuk setiap lorong di sekitar masjid TPP. Kali ini kami kena pada hari Jumaat malam Sabtu. Kebanyakan jiran tetangga bekerja pada hari tersebut. Jadinya kami tidak dapat bergotong-royong untuk menyediakan makanan untuk majlis tersebut. Kali ini kami main order aje. Kami order nasi tomato bersama ayam masak merah dan jelatah. Air minuman kami bancuh sendiri. Ada tambahan buah mata kucing. Dan ada juga jiran2 yang menyumbangkan juadah lain seperti kuih-muih, biskut raya, roti canai dan lain2 lagi. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar.
Kumpulan marhaban dibahagikan kepada tiga kumpulan. Jadinya tidaklah mengambil masa yang terlalu lama untuk menghabiskan sebanyak 35 buah rumah. Jalan Selayang 10 paling ramai pengikutnya. Budak2 yang ramai. Rasanya ada dalam 40 orang budak2 yang ikut. Alhamdulillah.

 Dah abis marhaban dari rumah ke rumah, kami berkumpul di khemah yang didirikan di Selayang 12. Selepas ucapan oleh wakil2 masjid dan kejiranan, doa makan dibacakan oleh Pak Imam sebelum masing2 menjamu selera.
Dah abis makan2, tibalah masa untuk mengemas pulak. Baki makanan dibungkus untuk diagih2kan. Pinggan-mangkuk dibasuh, kerusi2 disusun dan selepas dah kemas semuanya barulah kami bersurai. Alhamdulillah. Moga ada kesempatan untuk program yang sama tahun depan. In shaa Allah.