Tuesday, September 2, 2014

Marhaban Selayang 10, 12 Dan 13

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hahaha...ini semua cerita tertunggak. Bulan Syawal pun dah abis. Baru nak upload cerita pasal majlis marhaban di kejiranan. Alhamdulillah...setiap tahun kami jalankan aktiviti marhaban ini dengan kerjasama Masjid Jamek Taman Pasir Putih. Biasanya pihak pengurusan masjid akan aturkan tarikh untuk setiap lorong di sekitar masjid TPP. Kali ini kami kena pada hari Jumaat malam Sabtu. Kebanyakan jiran tetangga bekerja pada hari tersebut. Jadinya kami tidak dapat bergotong-royong untuk menyediakan makanan untuk majlis tersebut. Kali ini kami main order aje. Kami order nasi tomato bersama ayam masak merah dan jelatah. Air minuman kami bancuh sendiri. Ada tambahan buah mata kucing. Dan ada juga jiran2 yang menyumbangkan juadah lain seperti kuih-muih, biskut raya, roti canai dan lain2 lagi. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar.
Kumpulan marhaban dibahagikan kepada tiga kumpulan. Jadinya tidaklah mengambil masa yang terlalu lama untuk menghabiskan sebanyak 35 buah rumah. Jalan Selayang 10 paling ramai pengikutnya. Budak2 yang ramai. Rasanya ada dalam 40 orang budak2 yang ikut. Alhamdulillah.

 Dah abis marhaban dari rumah ke rumah, kami berkumpul di khemah yang didirikan di Selayang 12. Selepas ucapan oleh wakil2 masjid dan kejiranan, doa makan dibacakan oleh Pak Imam sebelum masing2 menjamu selera.
Dah abis makan2, tibalah masa untuk mengemas pulak. Baki makanan dibungkus untuk diagih2kan. Pinggan-mangkuk dibasuh, kerusi2 disusun dan selepas dah kemas semuanya barulah kami bersurai. Alhamdulillah. Moga ada kesempatan untuk program yang sama tahun depan. In shaa Allah.

No comments: