Saturday, July 16, 2011

Rendang Pedas Ayam Dan Asparagus Lagi



Lebih kurang sama je dengan Asparagus Udang ari tu cumanya kali ini saya gantikan udang dengan hirisan daging ayam. Ada sedikit kelainan dari segi rasa dan keceriannya. Macam pucat jer rupanya...kan? Nak kan lebih berseri, bolehlah ditambah dengan hirisan cili merah....




Ini pulak ialah lauk kegemaran saya...Rendang Pedas Ayam Perak.
Anak2 pun cukup suka dengan rendang ini. Makan dengan nasi putih panas2 memang cukup uuummpphhh....! Tapi kali ini saya tidak memasaknya sehingga betul2 kering sebaliknya saya biarkan ianya sedikit berkuah. Sikittttt jer....!

Urap Pegaga




Resepinya sama macam Urap Pucuk Ubi cumanya kali ini saya tambah dengan udang kering kisar. Lagi sedap rasanya. Ada urap @ kerabu pegaga ni, lauk2 dan sayur2 lain tak perlu lagi dah. Ratah ni je dah cukup!



Thursday, July 7, 2011

Sukan Tahunan SMK Pasir Putih 2011


Majlis Sukan Tahunan SMK Pasir Putih 2011 telahpun selamat dilangsungkan pada hari Jumaat minggu lepas, 1hb Julai 2011. Majlis tersebut merupakan majlis tertutup. Hanya dihadiri oleh pelajar2 dan tetamu jemputan sahaja. Sebenarnya saya pun tidak tersenarai sebagai tetamu jemputan tetapi saya tetap menyibukkan diri untuk menghadirinya. Nasib baik dapat masuk ke kawasan sekolah. Pintu pagar utama tu sebenarnya siap berantai dan bermangga lagi. 

Masa sampai di hadapan pintu pagar sekolah, saya macam was-was...boleh ke masuk ni...sebab pintu pagarnya berantai dan bermangga. Selepas tu saya nampak ada sebiji buah kereta yang cuba masuk juga. Kereta saya, saya parking kat luar je. Lepas tu barulah nampak pak guard datang. Nasib baik pak guard bukakan pintu pagar. Bila saya masuk ke dalam, saya tengok tak ada pun orang awam @ ibubapa lain yang hadir. Yang ada cumalah tetanu2 jemputan sahaja seperti wakil guru dari sekolah2 di sekitar Pasir Gudang dan beberapa orang AJK PIBG. Saya pun buat muka selamba jer la...

Masa saya sampai tu, majlis telah pun dirasmikan. Perasmian dilakukan oleh YB Dato' Haji Maulizan Bujang, ADUN Tiram.

 Pengetua, Cik Azizah bersama dengan Dato' Hj Maulizan dan juga YDP PIBG, En. Jasman.


Waktu tu, persembahan dah pun bermula. Masa tu persembahan senamrobik sedang berlangsung.Persembahan terpaksa dijalankan di dalam keadaan padang yang berlopak dan berair. Dah macam sawah padi pun ada...

Senamrobik oleh pelajar2 Tingkatan 2...

Selesai senamrobik, ada persembahan pancaragam oleh Pancaragam Sekolah Pasir Gudang (PGSB) yang terdiri daripada pelajar2 dari empat buah sekolah di sekitar Pasir Gudang iaitu SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3 dan juga SM Taman Nusa Damai. Ayong turut sama dalam persembahan ini.




Selepas tu ada juga persembahan silat yang digabungkan dengan persembahan taekwando dan yoyo cina. Abang Ngah pulak turut serta dalam persembahan silat ini.



Selepas tu saya sempat melihat dua acara sukan sahaja sebelum meninggalkan kawasan sekolah kerana bergegas pula ke SMK Pasir Gudang 1, ada pulak Hari Terbuka...nak ambil report card Ayong. Saya sampai di SMK PG dah hampir 10:15 pagi. Jenuh jugak mencari kelas 5 Sains 1. Rupa2nya mereka dah pindah ke bangunan baru. Cantik kelasnya. 

Wednesday, July 6, 2011

Asparagus



Asparagus...! Dah selalu sangat dengar nama sayur ni di merata2 tempat. Di telivisyen, di internet, di majalah2 dan di media2 cetak dan elektronik yang lain. Tapi baru ini kali pertama saya memasak asparagus. Sebelum ni pernah makan tapi di restoran. Masak sendiri belum pernah lagi. Hari tu masa pergi ke Maslee, saya ternampak asparagus ni yang dah diikat secekak2. Harganya tidaklah mahal sangat. Saya pun ambil seikat. Lepas tu beli udang sikit. Buat kawan dengan asparagus tu nanti.

Ini cerita dua minggu lepas. Bukan cerita hari ini, bukan juga cerita semalam dan bukan juga cerita esok. Cerita dua minggu lepas...! Teringin makan asparagus punya pasallah ni. Tengahari tu saya masak asparagus ni. Makan dengan nasi putih. Lauknya pulak ialah Ikan Kayu Manis (ni cerita lain kali ya...).


Memang sedap asparagus ni. Celur kejap dengan air panas. Sedap dimakan rangup2. Kalau terlebih celur, jadi tak rangup. Bila rangup tu, krup krap masa mengunyah. Masaknya pun simple jer. Sekadar tumis bawang putih cincang, tambah sos tiram dan air. Nakkan kuahnya pekat sikit, tambah tepung jagung + air. Kacau2...dah siap!


Sunday, July 3, 2011

Kek Untuk Abah



Hari Selasa lepas, 28hb Jun, merupakan hari ulangtahun kelahiran hubby. Dalam bulan Jun ni saja, kami meraikan tiga ulangtahun kelahiran...Ayong, saya dan hubby. Maknanya dalam bulan Jun saja kami makan kek tiga kali jugak. Tapi masa ulangtahun kelahiran Ayong yang lepas, kami tak dapat meraikan bersama2 sebab ada ada Band Camp.

Kek birthday untuk hubby kali ini adalah hasil kerastangan Ayong. Dia yang mem'baking' kek tu dengan berpandukan resepi Kek Madeira Cokelat. Kek ini memang sedap. Cuma hiasan untuk kek ini Ayong mintak tolong saya untuk mengajarnya. Hiasan dan deko yang ringkas aje. Kelam-kabut kami menyiapkannya sebelum hubby balik dari kerja. Nasib baik sempat...

Wednesday, June 29, 2011

My Mom



Ini ialah ibundaku. Berusia 67 tahun. Eeeeiiii....masih melaram dengan cermin mata gelap??? TIDAK....! Pemakaian cermin mata gelap ini ada BERSEBAB.

SEBABnya ialah emak saya baru aje menjalani pembedahan mata. Membuang katarak dan meletakkan kanta di dalamnya. Pembedahan telah berlangsung pada hari Selasa minggu lepas, 21hb Jun 2011, di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB). Emak kena admit ke HRPB pada hari Isnin, 20hb Jun. Selepas 12:00 tengah malam tidak dibenarkan makan apa2 lagi sebab emak akan dibius seluruh badan semasa pembedahan. Semuanya diuruskan oleh adik bongsu saya, Mak Su. Pagi Selasa tu emak di bawa ke Operation Theater (OT). Rasanya hampir 2 jam juga emak berada di dalam OT tu. Masa tu Mak Su sorang2 aje yang stand-by tetapi sentiasa mengemaskini berita2 terkini berkenaan pembedahan tersebut kepada saya. Selesai pembedahan, emak terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebab ada masalah pernafasan. Emak terpaksa dibantu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Emak memang ada penyakit2 lain seperti KENCING MANIS, DARAH TINGGI dan juga JANTUNG. 

Selama 2 hari emak ditempatkan di ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa. Sehari selepas itu barulah emak dibenarkan balik. Memandangkan emak memerlukan penjagaan yang rapi, saya memutuskan untuk menjaga emak. Tapi saya tak boleh balik kampung sebab saya ada keluarga sendiri. So, Mak Su menghantar emak ke Putrajaya, ke rumah adik saya yang nombor tiga. Dari Putrajaya, dia pulak menghantar emak ke Johor bersama dengan seorang lagi adik saya yang nombor empat. Mereka sampai ke rumah saya hampir tengah malam hari Sabtu lepas, 25hb Jun 2011. 

Penuh rumah saya dengan anak2 sedara, adik2 dan ipar2. Seronok rasanya bila sekali-sekala berkumpul begini. Hari Ahadlah yang paling meriah sebab anak2 sedara sibuk bermain2 dan berkejar2. Saya pulak tak menang tangan sebab menyediakan apa yang patut untuk mereka. Bermula dari sarapan pagi, makan tengahari dan juga minum petang. Juga tak lupa sedikit hasil tangan untuk mereka bawa pulang.

Alhamdulillah...sekarang emak ada bersama saya. Tinggal di sini selama mana yang emak sanggup. Banyak benda yang emak tak boleh buat. Banyak perkara yang kena jaga. Apa2pun saya gembira kerana dapat menjaga emak dan bersama2 emak  di sini. 


Wednesday, June 22, 2011

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan SATPP Kali Ke-9



Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke-9 Sekolah Agama Taman Pasir Putih telahpun dijalankan pada hari Ahad lepas, 19hb Jun 2011. 

Mengikut surat jemputan ke mesyuarat, majlis bermula sekitar jam 8:30 pagi. Tetamu jemputan yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat tersebut ialah YB Dato' Haji Maulizan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Koperasi dan Pengajian Tinggi yang juga merangkap ADUN Tiram.Pada hari tersebut juga diadakan majlis penyampaian Hadiah Cemerlang SDEA 2010 kepada 10 orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) untuk tahun lepas, 2010.

Hari tu, saya pergi seorang diri je...hubby tak pergi sama atas sebab2 tertentu. Saya pergi sekitar jam 8:10 pagi. Sampai je di depan pagar sekolah, saya tengok tak banyak pun kenderaan di situ. Hairan juga...kenapa tak ada kenderaan. Saya memakirkan kereta di dalam kawasan pagar sekolah. Kedatangan saya disambut oleh Ustazah Kalsom. Semasa mendaftar kedatangan, saya tengok di senarai kedatangan untuk kaum ibu, saya adalah tetamu yang ke-29. Mak aaaiiiihhhh...sikitnya!!! Selepas mendaftar tu, guru2 bertugas menghulurkan buku lapuran, air mineral dan bungkusan makanan sebelum saya melangkah ke dewan mesyuarat yang terletak di Tingkat 3. Uuuuiiihhhh...mengah jugak nak sampai kat atas tu...! Masuk dewan jer saya nampaklah beberapa orang sahaja ibubapa yang hadir.


Inilah diantara ibubapa yang melapangkan masa ke sekolah pada mesyuarat tersebut. Amat menyedihkan...!

Ketibaan YB Dato' Haji Maulizan disambut oleh Tuan Guru Besar dan ahli2 Badan Kebajikan serta paluan kompang...

Kumpulan kompang yang terdiri daripada murid2 SATPP, anak2 di kejiranan dan diketuai oleh suami kepada salah seorang tenaga pengajar di SATPP...

Ini adalah murid2 yang akan mempersembahkan pentomen nanti. Nampak tak 4 orang lanun tu..yang kiri sekali ialah anak saya, Azrai....2 yang kanan ialah murid perempuan.


Memandangkan kehadiran ibubapa pada hari tersebut amatlah mendukacitakan, maka mesyuarat agung tersebut tidak dapat dilangsungkan secara formal kerana tidak cukup korum. Akhirnya kami hanya berbincang isu2 semasa, menluahkan pendapat dan pandangan tanpa boleh meluluskan sebarang usul. Memandangkan Badan Kebajikan telah mengundang YB untuk merasmikan majlis, maka kami dengan setia menanti kehadiran YB walaupun pada masa tu perbincangan tidak formal kami telah pun lama tamat. Pengerusi Badan Kebajikan, Tuan Hj. Adam bin Ab. Dolah telah meminta kerjasama ibubapa yang hadir pada hari itu untuk sama2 menanti kehadiran YB Dato' Hj Maulizan. Alhamdulillah...demi untuk menjaga maruah sekolah, Badan Kebajikan dan ibubapa2 yang lain, kami akur dengan permintaan beliau.


Ucapan oleh Pengerusi Badan Kebajikan SATPP, Tuan Haji Adan bin Ab. Dolah, Guru Besar SATPP, Ustaz Salehudidin bin Noordin dan juga ucapan perasmian oleh YB Dato' Haji Maulizan bin Bujang.


Di antara kakitangan sekolah dan murid2 yang turut sama melancarkan majlis...


Kumpulan pelajar yang menjayakan Pentomen berunsurkan perjuangan...

Di akhir majlis, diadakan majlis penyampaian hadiah cemerlang kepada 10 orang pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) 2010.




Pelajar2 yang menerima Hadiah Cemerlang SDEA 2010 ialah :
Muhd. Aniq bin Halim (1.11)
Anis Safia bt. Mohd Arith (1.56)
Muhd. Fakrusy Dinie bin Juhari (1.78)
Khairunnisa bt Jeffri (1.89)
Siti Zuhairah bt Syahril (1.89)
Muhd Yazid bin Mohd Shah (2.11)
Hanis Syuhada bt Mohd Tahir (2.11)
Nurjihan Najwa bt Azahari (2.22)
Nur Ain Alia bt Samian (2.33)
Nor Azliyatul Athirah bt Tafsir (2.44)


Pelajar Terbaik Keseluruhan SDEA 2010 :
Muhd Aniq bin Halim (diwakili oelh ibunya)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR CEMERLANG...!


Monday, June 20, 2011

Program Cemerlang Bersamamu






Pada hari Sabtu lepas, 18hb Jun 2011, telah berlangsung satu program yang diberi nama PROGRAM CEMERLANG BERSAMAMU di Sekolah Kebangsaan Taman pasir Putih (SKTPP). Program tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi semangat pelajar2 harapan Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada awal September nanti. Tahun 2011 ini, SKTPP menyasarkan seramai 69 orang pelajarnya untuk mendapat keputusan cemerlang 5A.

Program tersebut dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Guru Besar, Haji Saadon bin Haji Jufrin, ucapan oleh YDP PIBG, Encik Mukri bin Harun dan ucapan oleh Penyelaras Tahun 6, Cikgu Haji Md Nor. Kemudia program diteruskan pula dengan Forum Cemerlang Bersamamu oleh bekas2 pelajar SKTPP yang telah berjaya dan juga seorang ibu kepada anak2 yang berjaya.

 Forum sedang berlangsung...


 Inilah barisan tetamu yang dijemput di dalam forum berkenaan. Dari kanan : Cikgu Nukman, Siti Aisyah binti Tumin, Jazlyn Najwa binti Abd Jalil, Puan Nurizan binti Shamsudin, Aiman bin Mukri, Muhammad Ammar Shafie bin Khanafiah, Cikgu Md Nor.

Sedikit latar belakang panel forum (dipetik daripada pamplet yang diedarkan semasa program) :

Aiman Bin Mukri

  • Pencapaian UPSR - 5A di SKTPP
  • Pencapaian PMR - 9A di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Mersing
  • Pencapaian SPM - 8A1 3A2 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Mersing
  • Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan
  • Bercita2 menjadi doktor
  • Rasulullah s.a.w. dan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai idola
  • Sedang belajar di Koleh Mara Banting dan sedang menunggu keputusan untuk melajutkan pelajaran ke luar negara


Siti Aisyah binti Tumin

  • Pencapaian UPSR - 5A di SKTPP
  • Pencapaian PMR - 9A di SMK Dato' Penggawa Timur
  • Pencapaian SPM - 10A+ di SMK Dato' Penggawa Timur
  • Pelajar Cemerlang SPM Negeri Johor
  • Tokoh Nilam Negeri Johor
  • Pidato (Puteri Islam) Peringkat Kebangsaan
  • Bercita2 menjadi pakar ekonomi
  • Akan menyambung pelajaran di Kolej Damansara pada Julai 2011
  • Mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke United Kigdom dalam bidang ekonomi


Muhammad Ammar Shafie bin Khanafiah

  • Pencapai UPSR - 5A di SKTPP
  • Pencapaian PMR - 9A di SMK Taman Pasir Putih
  • Koir dan ping-pong peringkat Daerah Pasir Gudang
  • Bercita2 untuk menjadi Jurutera
  • Sedang belajar dalam TIngkatan 4 di Sekolah Kawalan Nusa Damai


Jazlyn Najwa binti Abd Jalil

  • Pencapaian UPSR - 5A di SKTPP
  • Sedang belajar di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru


Hajjah Nurizan binti Shamsudin

  • Ibu kepada pelajar cemerlang




Di antara ibubapa2 yang hadir sedang mendengar forum...


Setelah selasai forum dan sesi bersoal jawab dengan ahli panel, ibubapa menyematkan button batch kepada anak masing2. Button batch tersebut disematkan sebagai pendorong kepada pelajar2 harapan ini untuk memotivasikan diri mereka untuk bersama mencipta kejayaan dan kecermelangan di dalam UPSR nanti.


Inilah rupa button batch tersebut...


 Hubby menyematkan button batch berkenaan kepada Azrai. Malu2 pulak si Azrai ni bila nak dipeluk oleh abahnya....!


Diantara aksi2 ibubapa bersama anak2 mereka...


 Dah selesai sesi semat-menyemat, semuanya kembali duduk untuk acara penutup.



Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada ahli panel forum sebelum majlis bersurai.



Senarai Penerima Lencana Kecermelangan :
  1. Nur Auni Nabilah bt Md Natar - mendapat 5A di dalam UPPM2
  2. Nurin Jazlina bt Jumaat
  3. Nurul Izzah Khumaira bt Md Amurad
  4. Muhammad Jazlyn Najwan bin Abd Jalil
  5. Adib Muzakkir bin Azman
  6. Muhammad Nur Aiman bin Md Asmuri
  7. Azizi Najmi bin Zuraidi
  8. Muhammad Shafiq bin Mohd Asngari
  9. Nuruk Syahiera bt Mohd Anuar
  10. Hairul Zikrie bin Ismail
  11. Arifah Fahimah bt Sulaiman
  12. Siti Nur Syuhada bt Mohamed Sham
  13. Mohamad Akmal bin Mohd Shah
  14. Nisha Eriena bt Nordin
  15. Mohamad Zaidi bin Abd Manab
  16. Nurul Amira bt Nor Amali
  17. Noor Sharisah Adha bt Mohd Latif
  18. Muhammad Azrai bin Abd. Aziz
  19. Muhammad Hafiz bin Fauzi
  20. Muhammad Danial Haikal bin Ahmad Sa
  21. Muhammad Irfan bin Khailuzman
  22. A. Adha Ibrahim bin Abdul Yatim
  23. Nur Asyikin bt Ehsan Helmi
  24. Arief Iskandar bin Mohd Harun
  25. Fahira Najiha bt Jeppry
  26. Muhammad Fikry Hakim bin Mohammad H
  27. Muhammad Adib bin Ahmad
  28. Nurul Azira bt Mahzan
  29. Muhammad Zarul Izzani bin Mohd Zain
  30. Mohamad Irfan Arif bin Irwan Syah
  31. Mohamad Nazim bin Hatta
  32. Nur Aida Muzirah bt. Mohd Murad
  33. Muhammad Zizi bin Jeffri
  34. Qistina Izzati bt Zakaria
  35. Muhammad Idham bin Rosdin
  36. Nurzulaikha bt Hamzah
  37. Nur Izyan Inani bt Saharudin
  38. Imran Taufiq bin Salahudin
  39. Muhammad Haikal bin Mohd Kamil
  40. Nur Muhammad Iqhlas bin Ismail
  41. Aiman Rusydaan bin Ahmad Riduan
  42. Nur Sherin bt Badrul Hisham
  43. Muhamad Amierul Izzudien bin Ibrahim
  44. Nur Hazimah bt Romzi
  45. Alifatul Anisa bt Azian
  46. Nur'aida bt Md Bahaman
  47. Amirul Anwar bin Mohamad Rashid
  48. Adib Hanafi bin Amin Nordin
  49. Amzar bin Azman
  50. Nuriffahfarhanah bt Sugiman
  51. Thajvina a/p Partheban
  52. Ahmad Shahzul bin Zarapi
  53. Khairunnisa Mujahidah bt Khairul A
  54. Ahmad Fathie bin Khiril Anuar
  55. Muhammad Fitri bin Abdullah
  56. Hairul Amri bin Youhanis
  57. Siti Nur Fatiha bt Zainal Abidin
  58. Hasman bin Selle
  59. Muhammad Aqil bin Mohammad Zin
  60. Jitesh a/l Ravindran
  61. Nur Nazihah bt Mazlan
  62. Nur Aslinda Nurani bt Mohaini
  63. Muhammad Akmal Hakiem bin Ismail
  64. Amirul Hakiem bin Ismail
  65. Hilman Akashah bin Sulaiman
  66. Nadiya bt Rahmat
  67. Nur Qamarina bt Kamari
  68. Muhammad Iliyas bin Abdul Haris
  69. Nur Shuhaida Fateen bt Kamarudin

    Saturday, June 18, 2011

    17th June 2011



    Lilin empat batang yang besar dan empat batang yang kecil. Maknanya empat puluh empat tahun la tu...! Kek ni bukan buat sendiri tapi hubby yang belikan semasa balik dari kerja. Tak kan ler birthday lady nak buat kek sendiri...kan? Tak happening ler.....! Kek ni adalah kek perisa kopi. Beli yang kecik je. Kalau beli yang besar, risau tak habis je. Muak makan kek selalu. Bentuk kek ni macam landak pun ada, macam durian pun ada, macam durian belanda pun ada. Mana tidaknya...siap berduri2 lagi tu.


     Jom kita main tiup2 lilin pulak. Lilin2 ni bukannya saya yang tiup tapi ada assistant kat sebelah tu yang tak sabar2 nak meniup. Setiap kali sambut birthday pun macam tu. Mesti dia yang nak tiup lilin. Kalau tak dapat tiup mesti menangis...

     Sesi memotong kek. Tengok budak kecik kat sebelah tu. Dia yang tak sabar2 sangat dah...!




     Tengoklah gaya anak2 ni. Macam2 pesen dema....!

     Ini pulak gaya seorang jurufoto professional kot... Sebab dah kamera besar, yang kecik ni boleh ler anak2 pegang pulak. Kalau tidak tu....jangan harap le ye...!


     Kad ucapan dari hubby...


     Bersama sepemeluk bunga ros merah...kemestian setiap tahun dan setiap tahun kuantiti akan bertambah sekuntum....

     Empat puluh empat kuntum bunga mawar merah. I love roses very much...!!!!


    Friday, June 17, 2011

    Getting Older


    Hehehe...hari ini 17hb Jun 2011...umurku dah meningkat lagi setahun. 


    Untuk diri sendiri...aku nak ucapkan...






    Yang ke berapa??? Ni haaa...tengok nombor besar ni.....







    Hadiah apa tahun ni ye??? Hehehe...sebenarnyakan....hadiahnyakan....sayakan...dah dapatkan...in advance...kan...

    Hadiah apa??? Jom kita tengok....


     Ini brand-nya....



    Ini kotaknya....




    Inilah isi dalam kotak tu......

     Nikon DSLR D5100 kini menjadi milikku...!


     To my dear hubby...thank you thank you thank you very very very much....!!! Muaaaahhhhhh.....!
    Tengahari Rabu lepas (15hb Jun), hubby bagi surprise ni. Macam biasalah, kalau hubby balik waktu makan tengahari, saya boleh tau dari bunyi alarm kereta. Bila dah dengar bunyi alarm tu, saya pun pergilah bukak pintu. Tiba2 saya nampak hubby berlari2 dari pagar. Ingatkan apa kenanya...manalah tau kot2 tak tak boleh tahan nak menunaikan 'natural call'nya. Dengan tersenyum2nya, hubby hulurkan satu beg plastik besar dengan jenama Fotokem. The day before tu, dia belikan Ayong hendphone baru sebab handphone Ayong dulu tu dah pening2 lalat. Dia ada juga berkata2 dengan anak2...birthday emak nanti apa pulak mak nak ya...! Dengan selamba saya kata nak DSLR. Tapi ini bukanlah hajat saya seorang. Hubby memang dah lama surf kat internet pasal DSLR ni. Dia pun memang berminat. Kiranya salah satu daripada impian kami dah tercapailah...kan!