Thursday, April 9, 2009

Jemput-jemput Pisang


Sarapan pagi tadi saya buat Jemput-Jemput Pisang. Saja nak menghabiskan stok pisang yang ada 6 biji dalam petiais tu. Lagipun ari tu lagi Abang Yang dah mintak buatkan jemput2. Disamping menunaikan hasrat dia, menyenangkan kerja saya jugak. Yalah...bukannya susah sangat nak buat jemput2 pisang ni. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend ajer. Lepas tu tuang dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung secukup rasa. Then goreng...siap!!

Saja Nak Tayang..!

Saja je nak tayang kat sini...


Magnet petiais versi Korea...



Ada private doctor duduk kat dapur nu....




Inilah hasil pengecatan semula oleh hubby di ruang dapur - siling dan dinding... putih bersih!


Yang ini projek petang tadi...kabinet dapur yang gitu2 aje!



Cuti Umum

Hari ini, 8hb. April, adalah cuti umum di Johor bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Anak2 tak sekolah tapi Ayong ada persembahan di Johor Jaya bersempena hari keputeraan tersebut. Hubby pun kena pergi kerja jugak sebab ada tugas yang perlu diselesaikan. Tapi tengahari hubby dah balik. Cuaca elok panas hari ni, so cepat2 sidai kain-baju. Then saya teringin nak mencuba Kek Pisang Bercoklat oleh Nor_67. Since stok pisang masih ada, saya pun mencubalah resepi tersebut pagi tadi. Tengah dok sibuk2 menggaul chocolate chip ke dalam adunan, telefon berbunyi. Hmmm...Ayong suruh jemput dia di stadium. Persembahan dah selesai dan mereka semua dah balik ke stadium. Alamak! Camana ni? Oven belum dipanaskan dan loyang belum dilenser lagi... Cepat2 saya menyelesaikan urusan pembakaran kek sebelum saya keluar menjemput Ayong di stadium. Resepi asal kata gunakan coklat masakan yang diparut tapi saya cuma gunakan coklat chip aje...letak banyak2!

Inilah hasilnya...Kek Pisang Bercoklat...



Balik dari ambil Ayong, saya keluarkan ikan bawal dan ikan kembung dari petiais. Sementara tunggu ikan2 tu defrost, saya berfikir nak masak apa ikan2 tersebut. Since hubby dah called kata dah nak balik, saya masak yang sempoi2 aje. Bawal goreng lada hitam, kembung goreng kunyit dan taugeh goreng sos tiram. Kurma ayam balance malam tadi masih ada sikit.

Menu makan tengahari tadi...

Malam ini ada pasar malam kat taman ni tapi disebabkan masing2 masing kekenyangan, saya minta hubby tolong belikan telur dan ikan bilis saja. Sebenarnya hubby dan saya masing2 keletihan sebab petang tadi kami mengemaskan dapur dan menukarkan kabinet dapur yang dah usang. Selepas mengemas, hubby tertidur kat depan tv tu. Kesiannya...! Selepas hubby pergi pasar malam, hubby terus ke kilang semula sebab nak pantau budak2 dia kerja. Sekarang ni mereka tengah overhaul mesin2, tu yang banyak kerja tu. Then terus ke Maybank....hehehe. Sampai aje hubby ke rumah, Abang Yang mengadu lapar pulak. Tadi kata dah kenyang, sekarang lapar pulak! Dengan pantas dan rajinnya hubby pun pegang kuali dan periuk..!!!!! Hubby masak Nasi Goreng Kicap Udang. Less than 5 minutes dan ready to be eaten. Expressssss gitu! Ingatkan Abang Yang aje yang akan makan, rupa2nya Ayong pun tumpang semangkuk. Sedap katanya...

Nasi Goreng Kicap Udang hubby...
Masa hubby nak keluar tu pesan jugak tolong belikan aiskrim. Siang tadi masa hubby belikan pisang, hubby pun teringat nak beli aiskrim tapi tak jadi sebab mengingatkan Adik yang batuk. Since Adik dah tidur awal tadi, saya suruh hubby belikan aiskrim gak. Kenapa sibuk malam2 suruh belii aiskrim??? Sebabbbbb.......nak makan Banana Split!!! Yukkk....


Banana Split...

Wednesday, April 8, 2009

Buah Melaka vs Apam Pisang

Petang semalam terasa teringin pulak nak makan Buah Melaka. Cari2 tepung pulut, ada le balance secawan lebih sikit. Cari pulak gula melaka, ada tinggal ssikit jugak. Jadilah...daripada tak ada langsung. Cari pulak paste pandan dalam petiais...tak ada la pulak! Ingat malas nak blend daun pandan tapi nampaknya kena keluar ke belakang jugaklah untuk ambil daun pandan. Masa tu cuma tinggal dengan Adik je. Biasalah, dia mesti nak tolong gentel gak. Dah siap, dapatlah dalam 20 biji rasanya. Tapi warna tak menyerlah sangat sebab cuma gunakan warna daun pandan yang asli je tanpa ditambah pewarna lain.

Buah Melaka...



Kat dalam petiais ada stok pisang nipah sesikat yang dah ranum dan kehitaman kulitnya. Simpan dalam petiais supaya tahan lama sikit. Boleh jugak dipelbagaikan nanti. Surf internet, nampak resepi Apam Pisang oleh AlongRoz. Versinya memerlukan gula dipukul bersama telur sehingga kembang. Biasa buat apam pisang yang campur semua bahan dan blend aje. Saya menggunakan 6 biji pisang nipah. Saya buat malam semalam, ingat nak dijadikan sarapan pagi tadi tapi separuh dah habis malam semalam jugak. Makan panas2 memang sedap!


Apam Pisang...

Tuesday, April 7, 2009

Berapa Punya Complex Daaaa!!


Jika ANDA ingin ke bangunan putih (yang ada biru kat atasnya tu...), dan ANDA berada di jalan yang berada di PENJURU KIRI BAWAH gambar ini, jalan yang mana satu harus ANDA ikuti dan lalui???

Penatnya Adik....!

Tidur dalam kepenatan!! Bunyi bom meletup pun dah tak dengar. Balik dari sekolah semalam, Adik mengadu penat. Apa yang dipenatkannya pun saya tak tau. Macam hari2 biasa, jam 3:30 petang Adik akan sampai ke rumah. Sampai2 aje terus bising2 dan ngomel tak sudah2. Dengan masih berstokin dan berbaju sekolah, dia dah sibuk2 bukak buku sekolah...nak buat homework katanya. Tapi tak lama rajinnya sebab dia mengadu penat. Tapi saya lengahkan dia dari nak tidur sebab 4:30 petang nanti nak gi ambik Ayong pulak. Bermula semalam, mereka dah ada kelas tambahan dari Isnin hingga Khamis, 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Selepas balik dari ambik Ayong, Adik terus baring kat atas kerusi panjang. Masa tu saya ke dapur. Bila saya ke depan je, saya tengok Adik dah terlelap kat atas kerusi tu. Saya masuk dapur semula. Tak lama selepas tu, saya terdengar macam benda jatuh. Berlari saya ke depan... Cuba teka apa yang jatuh??? Adik terjatuh dari atas kerusi ke lantai!!! Kesiannya dia! Tapi dia tak nangis dan tak bangun....instead dia terus sambung tidur!! Saya pun angkat le dia dah ubah ke tengah living room sikit...atas tikar rotan...

Selepas solat Asar, saya ke dapur semula untuk prepare makan malam. Apa nak masak ya?? Ayam? Ikan? Sotong? Udang? Sekarang ni setiap kali nak memasak mesti fikirkan apa yang hubby boleh makan. Since hubby kena gaut ni, tersekat sikit 'kebebasan' untuk memasak. Tapi kadang2 tu, hentam keromo jugak tapi kesian le tengok hubby tak boleh makan!


Ini Tauhu Kukus tapi hubby tak boleh makan. Saya dah anak2 je yang makan.


Ini ialah Ikan Bakar. Masakkan sambalnya, bungkus dalam daun pisang dan aluminium foil dan bakar. Hmmm...lazatnya hingga menjilat jari!!! Kali ini saya gunakan ikan kembung aje, 5 ekor...
Di samping itu ada juga baki gulai masam ikan selar kuning dan kari ayam. So, hubby cuma makan lauk aje tanpa sayur....


Monday, April 6, 2009

Keropok Lekor



Semalam hari Ahad. Pagi ini kami ada operasi dan projek di rumah. Operasi dan projek???? Dahsyat bunyinya tuuu...!

Gempak je yang lebihnya.... Sebenarnya, selepas sarapan semalam....errr...semalam sarapan apa ya?? Oh ya! Semalam kami sarapan dengan Puteri Ayu. Sebab Puteri Ayu tu dah ready the night before so tak le rushing sangat nak prepare breakfast. Selesai breakfast, saya mengemas rumah...menyapu dan mengemop. Lepas tu saya menyidai kain-baju. Pada masa yang sama, hubby gi belek2 ruang dapur. Hmmm...mesti hubby ada projek ni! Sebelum tu saya dah mintak tolong hubby untuk bersihkan sawang2 dan jelaga (macam guna pelita minyak tanah pulak...) yang ada kat siling dapur tu. Semasa saya mengemaskan pokok2 bunga kat depan tu, hubby menghidupkan enjin kereta. Nak gi beli cat katanya. Ooooo...nak ngecat dinding dan siling dapur!

So, hubby dan saya pun menyiapkan projek masing2 secara berasingan! Anak2...buat kerja masing2. Hampir tengahari semuanya siap....then saya sempat gak menolong hubby sikit2. Selepas saya mengemaskan dapur, saya terbaring kejap kat depan tv....menghilangkan penat!

Untuk lunch, hubby masak mee goreng aje. Bukan mee kuning...mee maggi pun bukan...mee sanggul juga bukan. Abis tu mee apa? Saya pun tak tau nama mee tu tapi mee tu dalam kategori mee kering.

Selepas Asar, gi pulak ke KipMart...beli lauk2 sikit. Adalah beli ayam, ikan, udang dan sotong. Sayur masih ada stock kat rumah so tak payah le beli dulu. Beli jugak keropok lekor mentah 5 batang. Sebatang harganya seringgit. Anak2 memang suka keropok lekor ni. Nak buat sendiri belum sampai seru agaknya! Sampai aje rumah, hubby bersihkan dan uruskan lauk-pauk tu. Saya pulak menggoreng keropok lekor untuk minum petang. Kejap jer dah abis! Lepas maghrib, hubby bawak Ayong gi ambik cermin mata yang ditempah semalam. Adik pulak tiba2 muntah2 semasa dalam tidur. Habis keluar segala apa yang dimakannya siang tadi. Agaknya dia terlebih makan... memang dia makan banyak hari ni. Sedap kot masakan abahnya!!!!

Sunday, April 5, 2009

Puteri Ayu


Dah lama tak upload gambar2 masakan kat sini. Bukannya tak memasak tapi sekarang ni sibuknya lebih sikit. Tak taulah kat mananya yang sibuk tu! Anyway, hari ni tiba2 teringin sangat nak makan kuih Puteri Ayu. Nak beli, kat mana nak beli malam2 ni? Hubby, Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang dah keluar, pergi ke Pusat Bandar. Hubby nak bawak Ayong check mata dia semula dan nak buat spec baru. Spec sekarang tu dah agak kabur kata Ayong. Kesian pulak dia...spec tu cantik lagi. Masa mereka keluar tu, saya tinggal dengan Adik je kat rumah.

Mula2 tu mengajar Adik membaca flash card. Alhamdulillah...cepat jugak dia membaca tapi yang 2 suku kata je... yang simple2. Lepas tu baru ajak dia buat Puteri Ayu. Ada special version untuk dia! Dia tak nak yang ada "putih2" tu...katanya. Apa yang "putih2" tu??? Kelapa lah!! Dai tak nak yang ada kelapa. So loyang pertama buat tanpa kelapa dan yang lain2 buat macam biasa.

Esok sarapan makan Puteri Ayu!!!! Bestnya....! Jom sama2 sarapan esok! Err...kalau nak resepinya, saya ada upload kat MyResepi dan kat sini pun ada jugak....




Jalan2 di Giant...

Malam Jumaat lepas, saya dan hubby pergi ke Giant Plentong. Tujuan utama nak hantar handset Ayong ke kedai tempat beli ari tu. Handset Ayong tak boleh nak 'on'. Dah bawak gi kedai kat area rumah tu tapi tak boleh jugak. So dia dvicekan bawak gi ke kedai tempat beli hari tu. Lagipun handset tu masih baru, still under warranty. Baru je beli pada bulan November lepas. Lepas je hantar handset tu ke kedai, kami terus masuk ke dalam Giant tu. Memang ada nak cari barang2 dapur, kebetulah dah ke Giant, cari kat situ ajelah kan... Tak payah nak pergi ke lain lagi.

Nampak je macam penuh satu troli tapi tak penuh pun sebab ada bakul besar kat dalam troli tu (pink dan hijau...)



Ini buah pear Korea. Sebiji RM3.99. Puas hati makannya...crunchy je!



Hadiah dari CikMin

I got these pink roses and pink diamond brooch (I hope so...) from Cik Min house. And the rest...I just C&P from her's. Sorry ye Cik Min...malas lak nak reka ayat2 baru! Anyway, billion thanks for the presents!




Hello, Special Lady!
You have been pinked. You are one of my top ten all-time special lady friends with a kind, warm and loving heart. Once you have been hit, you have to hit 10 more special ladies with kind, warm and loving hearts. If you get hit again you know you're really special and kind.

SEND THIS TO OTHER SPECIAL LADIES, TO BRIGHTEN THEIR DAY! REMIND LADIES TO BE INFORMED, AWARE AND BE CHECKED FOR THEIR HEALTH'S SAKE. TELL THEM THAT NO ONE WANTS TO LOSE THEM - AFTER ALL, THEY ARE SPECIAL LADIES WITH KIND, WARM LOVING HEARTS....

All you are asked to do is keep this circulating (even if to one person).

p/s pada sume teman2 tersayang...amik la bwk balik ni ye.