Tuesday, November 11, 2008

Minggu Akhir Persekolahan 2008

Macam-macam aktiviti anak2 kat sekolah bila dah sampai ke mingu terakhir persekolahan ni.

Ayong : Minggu ni sekolah cuma 2 hari aje sebab SPM sedang berlangsung dan kelas2 digunakan. Hari Rabu dan Jumaat aje bersekolah, itupun dua2 hari tu ada jamuan. Hari Rabu jamuan kelas dan hari Jumaat jamuan untuk Kelab Pancaragam. Hari Jumaat dia kena bawak rendang - sebarang rendang. Nak masak rendang apa ya? Daging? Ayam? Ahh..nantilah!

Abang Ngah : Minggu ni menghadapai peperiksaan SDEA untuk sekolah agama, mula hari Isnin sampai hari Khamis. Sekolah kebangsaan release murid2 yang menduduki SDEA jam 12:30 tengahari. Moga2 dia akan berjaya dan dapat menjawab soalan2 yang diberikan. Kat sekolah kebangsaan pulak, dia menolong guru menyediakan borang kemasukan ke sekolah menengah. Dan yang paling penting ialah keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari Khamis ini.

Abang Yang : Isnin - dapat buku pinjaman. Selasa - ada larian "merentas lorong" instead of merentas desa. Rabu ada lawatan. Jumaat ada jamuan. Siap tanya pada emaknya, nak bawak apa pergi sekolah hari Jumaat ni untuk jamuan tu. Itu kat sekolah kebangsaan.

Monday, November 10, 2008

Tea Time

This one is for our tea time this evening. Jemput-jemput pisang berangan, keropok lekor dan milo panas. Actually, kami dah habis minum dan makan. Yang dalam piring ini disimpan untuk Abang Yang yang belum balik dari sekolah lagi.... Kalau hubby ada kan best!!


Express Muffin

Why Express?? Coz it's very easy, simple and faster to make it. Using whisk only. 10 minutes for preparing and 20 minutes for baking. Express......!!! Little bit "crunchy" at the top and very soft at the bottom...my childrens favourite!

Saturday, November 8, 2008

Banana Sundae

Ini je yang sempat disnapkan. Itupun guna kamera h/p aje. Kamera digital hubby bawak gi oversea. Order BigMc medium dan vanilla sundae. Tapi vanilla sundae ni dah dimodified jadi Banana Sundae. Dan BigMc dah masuk dalam perut.....


Aktiviti Hari Sabtu

Selepas hantar Ayong ke sekolah, ada gotong-royong sebelum ke latihan pancaragam, saya ringankan tulang untuk membasuh kereta. Mula2 basuh Kancil. Senang je sebab kecik. Bila Kancil dah siap, basuh Trajet pulak. Alamak...yang ni kena guna kerusi la. Tak sampai nak menjangkau cermin depan sepenuhnya. Bumbung apa lagi...lagi tak tercapai.

Tengahari ni (actually is petang), kita order McD aje untuk lunch. Gambarnya nanti saya uploadkan kemudian ek..


Friday, November 7, 2008

Cake for School Party

End of school season.... Each class organised their own party. This cake I made for my 2nd son' school party yesterday. Very soft cake... Click here for the recipe.

But this one is for my lovely hubby....!

Thursday, November 6, 2008

Jom Makan... (Let's Eat....)

These are for our dinner last 2 days. Triple Coloured Rice with Honey Grill Chicken....


My youngest son called this rice "Colourful Rice" (nasi warna-warna). The original recipe is from umi_e @ MyResepi.

Fly to Korea & Japan

Today is the day....hubby fly to Pusan, Korea. Korean Air from Changi Airport, depart at 10:30pm. Next morning will be arrived at Kimhae Airport, Pusan. Stayed for 2 days before fly to Nagoya, Japan on Sunday for a week. Fly back to Malaysia on Friday, 14th. November.

My son just came back from Majlis Solat Hajat Sekolah Agama Taman Pasir Putih, held at Masjid Jamek. This function is purposely organised by SATPP for their students whose will attend the SDEA exam (Sijil Darjah Enam Agama) next week.

Esok jugak Ayong ada latihan pancaragam di Stadium Perbandaran. Kebiasaannya, abahnya yang akan menghantar dan menjemput dia pergi dan balik dari latihan pancaragam. This time I have to take the responsibilty. Esok jugak kena pergi ke SATPP untuk ambil kad lapuran kemajuan untuk peperiksaan akhir tahun hari tu.
Sepi dan sunyi tanpa hubby disisi.....

Tuesday, November 4, 2008

Aktiviti Hujung Minggu...

Aktiviti hujung minggu lepas...membersihkan kawasan rumah. Kawasannya tak ler besar mana tapi pagi tu cuaca panas la pulak. Merah padam muka hubby dan Abang Yang. Kesian...!

Ini pokok kari yang ditanam di dalam pasu dan diletak dicelah2 pokok bunga kertas...

Hubby dan Abang Yang tengah operasi membersih rumput-rampai...

Bunga ni baru aje mengembang. Dah lama tak berbunga ni... Itupun setelah "diugut" dengan meletakkan bunga plastik (yg dah pudar dan kehitaman kat bahagian belakang tu...).


Adalah tanah sekangkang kera kat bahagian luar depan pagar rumah ditanam dengan pokok2 hijau...

Abang Yang ringan tulang menolong abahnya menyabut rumput-rampai dicelah2 pokok...


Minggu-minggu Akhir Persekolahan

Hari ni dah 4hb. Nov, hari Selasa. Tinggal 2 minggu aje lagi anak2 sekolah, lepas tu dah cuti panjang. Tapi sebelum cuti bermula, anak2 terpaksa menghadapi peperiksaan akhir tahun dulu.

Ayong tengah periksa minggu ni, sampai 7hb. nanti. Tingkatan 2. Abang Ngah pulak akan menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDEA) Sekolah Agama Negeri Johor dari 10hb - 13hb. Nov ni.

Hari ni jugak hari pemulangan buku2 teks untuk anak2 sekolah kebangsaan. Lepas ni tentunya dah tak belajar kat sekolah. Jamuan kelas pun akan diadakan dalam minggu ini jugak. Dan Hari Bersama Pelanggan Sekolah Agama akan diadakan pada 7hb.

Then murid2 Tahap 1 sekolah agama akan mula bercuti seminggu lebih awal sebab ada peperiksaan SDEA untuk Darjah 6. Sukanya mereka... Tapi tak boleh nak ke mana2 jugak sebab Abang Ngah ambik SDEA. Kena tunggu sampai selesai semuanya baru le boleh nak ke mana2 pun.

Hubby lak nak gi Korea dan Jepun (Nagoya) dari 6hb - 14hb ni. Ngam2 balik pada hari akhir persekolahan. Itupun kalau jadual tak bertukar. Kat Korea tu tak ada masalah le sebab kami (hubby dan saya) sebelum ni dah menetap di sana. So tak ada masalah dari segi makanan, tempat tinggal dan bahasa.

Actually we are graduated from Korea. My hubby graduated from Hanyang Universiti and me myself graduated from Seoul National University (just to promote ourselves...hahaha..) but that was 16 years ago. My hubby stayed in Korea for 6 years and myself only 2 years. After graduated we joint to Korean company in Pasir Gudang. This is our first job and my hubby still working with this Korean company but myself.... I resigned in 2007 after working for 15 years.
Alamak...out of topic la. See you again soon...