Pertama kali keluar anak-beranak sepanjang PKP ni. Kami ke AEON Permas Jaya. Mencari barang peribadi dan menjamu selera di Sedap Corner. Saja2 je sebab nak tengok dunia luar setelah sekian lama terkurung.
Masuk je di pintu utama, ramai juga yang beratur. Scan MySejahtera, hand sanitizer, check suhu dan tulis nama dalam buku log - bagi mereka yang tiada MySejahtera. Berjalan menuju ke pintu masuk AEON, ada satu lagi sekatan. Kena beratur dan ambil giliran untuk masuk ke dalam. Alhamdulillah, semua mengikut SOP yang telah ditetapkan. Nasib baik kami dapat masuk bersama2.
Masuk Sedap Corner. Kami sahaja pelanggan mereka. So, cepat je dapat apa yg diminta. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment