28 RAMADHAN 1441H | 21.05.2020 | KHAMIS
Alhamdulillah. Selesai sudah majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang2 dan semua peserta kuiz dan hafazan anjuran Helwa SNI. Terima kasih kepada penyelaras dan para juri kuiz dan hafazan. Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta yang memberanikan diri untuk turut serta.
Pemenang2 kuiz...
Selesai majlis penyampaian hadiah, kami terus ke satu lagi majlis. Majlis penyerahan cenderahati kepada para peserta yang menyertai program bacaan Al-Quran Ramadhan. Cenderahati kali ini sangat unik dan kreatif. Terima kasih kepada Helwa SNI. Cenderahati ini tak pernah terfikir dek akal. :)
Mula2 ada yang kata suruh bawak besen la, bawak kereta la... Masing2 tertanya2 apakah cenderahati tersebut. Kalau dah kena bawak besen, korang agak2 apa bendanya?
Akhirnya terjawab juga segala persoalan pagi tadi. Sebiji besen kecil. Di dalamnya ada seekor ayam frozen Peladang, sekampit nasi impit segera Faiza dan sebungkus fucuk suhun. Dalam pada ada yang suruh bawak besen tu, rupa2nya dapat besen pulak.
"Maka yang mana satu darpada nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
: Surah Ar-Rahman
Bonet penuh dengan cenderahati. Tolong ambilkan yang kawan2 punya, yang tak dapat nak hadir sendiri.
Hadiah yang diterima sebagai johan kuiz. Hamper berisi biskut2 raya. Raya ni dah tak perlu beli atau buat biskut dah. Alhamdulillah. Dan dapat juga sebiji bekas tupperware.
No comments:
Post a Comment