Friday, April 3, 2020

Roti Puri


Alhamdulillah. Ini kali kedua buat roti puri. Kali pertama ialah lima hari lepas. Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda. Kali pertama buat tuari, buat comel-comel je. Hari ini buat tak dicetak. Leperkan ikut saiz adunan yang dibulatkan. Jadinya saiz kepingan tak sama besar. Hehehee...
Hari ini ada empat jenis cicah. Kuah kari, kuah asam pedas, kuah kacang dan kuah kurma. Ini semua ada baki hari-hari yang terdahulu. Dipanaskan semula je. Musim berjimat-cermat sekarang ni.

ROTI PURI

Resepi asal : Kak Ummi Zaihadi

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar (rata) mauripan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil (rata) garam
  • 1 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan - kecuali air panas - ke dalam mangkuk besar.
  2. Gaul dengan hujung jari supaya jadi macam serbuk roti.
  3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
  4. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
  5. Leperkan seperti nak buat karipap.
  6. Goreng dalam minyak panas sambil disimbah-simbahkan minyak ke atas kepingan semasa menggoreng. Goreng hingga kekuningan.
Dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong
Dileperkan seperti nak buat karipap
Dah siap digoreng
Simbah-simbahkan minyak panas ke atas kepingan semasa menggoreng

No comments: