Semalam AbangYang buat surprise. AbangNgah berkomplot dengan dia. Ayong tak sihat. Selepas maghrib kami bersiap2 nak ke klinik. Masa tu hanya kami bertiga di rumah. MyKanda, Ayong dan saya. AbangNgah belum balik dari kerja. Dah keluar rumah, dah kuci pintu dan gril.
Tetiba berhenti Hilux depan pagar. AbangNgah turun dari tempat pemandu. Tetiba terbuka pulak pintu sebelah pemandu. Keluar seseorang. YaAllah! Anak bertuah betul! AbangYang balik tanpa bagitau. Nasib baik kami masih belum bergerak ke klinik. Akhirnya dia kena ikut kami ke klinik sebelum singgah makan malam di restoran berhampiran klinik.
Dan hari ini, Ayong mengajak makan di K Fry ni. Pertama kali untuk kami kecuali Ayong. Dia dah selalu juga ke sini. So semua dia yang order.
Portion makanan kat sini besar. Kalau seorang order satu menu, gerenti tak habis. Kecuali dia memang kuat makan. Kami makan kongsi2 je. Sekadar nak merasa menu di sini. At least, dah sampai sini dan merasa masakannya.
On the way nak balik, sempat posing kejap dengan my two heroes ni...
Aksi spontan belaka. Ayong yang snapkan.
No comments:
Post a Comment