Friday, October 25, 2019

Kuih Bakar


KUIH BAKAR

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan jus pandan
  • 2 1/4 cawan santan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin @ mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bijan secukupnya

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan kecuali bijan dan kacau dengan menggunakan whisk hingga sebati (boleh juga diblend)
  2. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
  3. Sapukan marjerin / minyak pada loyang. Panaskan di dalam oven.
  4. Bila dah panas, keluarkan loyang.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang. Tabur bijan.
  6. Bakar pada suhu 180 degree selama 60 minit - ikut oven masing2.


Nota :
1 cawan jus pandan & 2 1/4 cawan santan boleh digantikan dengan 3 1/4 cawan santan + pandan emulco.
Boleh juga gunakan loyang / acuan kecil2. Kurangkan masa membakar.

2 comments:

Sis Lin said...

Lama mencari resepi simple mudah macam ni, nanti nak cuba gak, sebab hartu beli dah acuannya hehehee

NekCik said...

askm...buka pintu..saya nak tumpang makan kuih bakar cik Ita..pasti sedap