Friday, October 25, 2019

Kuih Bakar


KUIH BAKAR

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan jus pandan
  • 2 1/4 cawan santan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin @ mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bijan secukupnya

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan kecuali bijan dan kacau dengan menggunakan whisk hingga sebati (boleh juga diblend)
  2. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
  3. Sapukan marjerin / minyak pada loyang. Panaskan di dalam oven.
  4. Bila dah panas, keluarkan loyang.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang. Tabur bijan.
  6. Bakar pada suhu 180 degree selama 60 minit - ikut oven masing2.


Nota :
1 cawan jus pandan & 2 1/4 cawan santan boleh digantikan dengan 3 1/4 cawan santan + pandan emulco.
Boleh juga gunakan loyang / acuan kecil2. Kurangkan masa membakar.