Friday, August 30, 2019

29.08.2019 - Doa Selamat 5-Dalam-1 - SNI


22.08.2019 | KHAMIS

Alhamdulillah. Selesai kelas tadarus dan tadabbur surah Al-Anbiya' ayat 58-72 tadi, kami teruskan dengan majlis doa selamat sempena ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan, anak2 yang dapat masuk IPTA/IPTS, anak2 yang menyambung pengajian ke peringkat degree dan master, dan sempena menyambut kepulangan hajjah2.
TAHNIAH KEPADA SEMUA!

Terima kasih kepada semua muslimat yang turut sama meraikan dan yang membawa juadah makanan.


Thursday, August 22, 2019

22.08.2019 - Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-26


22.08.2019

** Kisah petang tadi **

Surprise tak menjadi kali ini. Hahahahaa....!

MyKanda keluar dari kereta. Keret dipakir betul2 di depan pagar. Bukak kunci pagar. Kembali ke kereta. Bukak pintu sebelah penumpang hadapan. Bahu kiri sandang beg lappy. Tangan kanan capai jambangan bunga.

Dalam masa yang sama, HisDinda buka pintu rumah. Nak keluar angkat kain baju di ampaian. Baru je angkat sehelai kain batik. Nampak MyKanda dengan jambangan bunganya. Terus terkam MyKanda dan bunganya. Beg lappy dia bawak sendiri la...

Dah. Jom masuk rumah. Kain baju di ampaian tu nanti dululah...hahahahhaaa!

Wednesday, August 14, 2019

10 Zulhijjah 1440H - Hari Raya Aidil Adha Dan Ibadah Qurban

Ahhamdulillah. Raya kali ini kami dapat berkumpul semua. Raya Aidil Fitri aritu, Abang Yang ada final exam pada petang hari raya pertama. Raya haji ni baju Melayu tak sedondon. Pakai je apa yang muat. Hahahaa....

Abang Yang pakai baju raya 2018, ABang Ngah pakai baju raya 2017, manakala Adik dan MyKanda pakai baju raya tahun 2019. Abang Yang tu pun pakai baju Abang Ngah punya. Mereka berdua tu sama saiz bajunya.

Selesai solat sunat hari raya, kami ke Surau Nur Iman (SNI) pulak untuk sama2 menjalankan ibadah qurban. Tahun ni kami masuk dua nama. Pertama kali kami menyertai ibadah qurban di SNI. Alhamdulillah. Dapat pengalaman baru dan belajar cara2 untuk mengendalikan majlis yang melibat pengorbanan sebanyak 15 ekor lembu + kambing.
 Kami dalam kumpulan lembu ke-10
 Proses menumbangkan lembu sebelum sembelihan...
Alhamdulillah. Walaupun sebanyak 15 ekor lembu dan kambing yang diqurbankan, proses penyembelihan, melapah, menimbang dan membahagikan berjalan sangat lancar. Setiap ekor binatang sembelihan, ada ketua Adam dan Hawanya. Mereka yang memastikan semua proses berjalan lancar. Dalam pada masing2 leka dengan proses melapah, memotong, meninbang dan membahagikan daging qurban, ada Team Dapur yang menyediakan makanan tengah hari. Kami makan dalam dulang tengah hari tu. 

Bahagian qurban untuk penama2 dimasukkan ke dalam bekas khas. Kami masuk 2 nama, jadi dapat dua bekas. Setiap penama dapat 4kg daging dan 2kg tulang. Bahagian dalaman juga dibahagikan kepada 7 bahagian. Alhamdulillah...
 Kugenggam jantungnya...
Petugas2 dalam kumpulan kami - Kumpulan 10 - yang diketuai oleh KakHajjah Mardiyah (Dee). Saya ditugaskan untuk membahagikan bahgian dalaman qurban.

Monday, August 5, 2019

Hari Koperasi Dan Keusahawanan SMKA Bandar Penawar

03.08.2019 | SABTU

Seawal jam 0930 dah bergerak menyeberang Jambatan A. Alhamdulillah. Cuaca terang. Ada juga kelompok2 awan di langit. Adik dah banyak kali menelefon sepanjang minggu ini. Dia ajak mak dia datang ke sekolah sempena Hari Koperasi dan Keusahawanan. Ada gerai2 menjual berbagai2 jenis makanan. Tapi Form 3 tidak terlibat. Tingkatan yang tiada peperiksaan utama sahaja yang terlibat. 

Saya pergi berdua dengan MyKanda. Sebelum sampai ke sekolah, kami singgah membeli sedikit alat tulis dan jajan yang dipesannya. Sampai je dalam kawasan sekolah, Adik yang sedia menanti di tepi kawasan pakir tu. Alahai Adik.....!

Melangkah ke kawasan jualan, terserempak dengan Ustazah Zainab, guru kelas Adik masa di Form 2. Ustazah Zainab sempat buat promosi soto di gerainya, Gerai 2 Aisyah. Dia siap suruh Adik bawa kami ke gerainya. Kami beli 2 bekas soto.
Selepas itu kami ke gerai Form Lower 6. Ada menjual air cendol, nasi ayam danlain2 lagi. Kami beli cendol 3 cawan. Lepas tu ke gerai Ustaz Shaari pla, guru kelas Adik sekarang. Beliau dan dua orang anaknya menjual jambu batu dan epal hijau asam boi. Kami beli 2 cawan. Di gerai lain, Adik juga membeli brownies dan kek hokkaido.
Kami terus ke kantin sekolah. Menjamu selera di situ sambil berbual2. Ramai juga ibubapa yang hadir pagi tu. Masing2 menjamu selera dengan juadah yang dibeli di gerai2 yang ada.