** PERINGATAN**
Ini adalah daripada pendapat, pandangan mata saya dan apa yang saya alami sendiri Anda boleh pergi cuba sendiri ya. Mungkin nasib anda tak sama dengan nasib saya.
--------------------------------------
Tengokkan iklan di Facebook ni memang rasa amat teruja untuk mencubanya. Wah...sekali rasa pasti di awangan! Malam tadi kami pun pergilah mencuba. Suami memang tak boleh makan daging selain daripada daging kambing. Jadinya memang teruja sangatlah. Tengoklah kat iklan tu...tebal juga potongan daging kambingnya. Presentation pun cantik dan menarik.
Lepas hantar Adik ke kelas malam di sekolah, kami terus menuju ke sana. Suami dah tau lokasinya di mana, jadi senang le nak menujunya. Masa sampai tu, ada 3 family sedang menjamu selera. 2 meja masih dipenuhi dengan segala macam pinggan, mangkuk dan cawan. Bilangan meja pun tak banyak. Rasanya ada 8 set aje.
Datang seorang pekerja perempuan mengambil order kami. Dan hanya dia seorang sahaja pelayan yang ada. Dialah yang nak ambil order, dialah yang nak kemaskan meja, dialah juga yang nak hantar makanan. Kami order 2 lamb chop, 1 sup gear box, air teh-o laici dan air oren sunquick laici. Sambil tunggu hidangan sampai, saya perhatikan keadaan sekeliling.
Ini pandangan dari tempat duduk saya. Meja tu penuh dengan segala pinggan, mangkuk, cawan dan sisa makanan yang belum dikemaskan. Ada jalan yang memisahkan tempat memasak dengan tempat duduk pelanggan. Ada 2 baris meja, setiap baris ada 4 set meja. Tempat memasak tu nampak tidak kemas sebab bunting bergayutan tidak kena tempat.
Lepas menunggu agak lama juga, sampailah lamb chop yang pertama. Dia bawak 1 set aje. Kami order 2 set lamb chop. Bila kami bagitau kami order 2, dia macam blur gitu. Ok...takpa, kita tunggu lagi 1 set lamb chop dan sup gear box sampai barulah nak makan. Tunggu punya tunggu...tak sampai2. Saya pun mula la dulu nak makan. Pegang pisau dan garfu. Mula2 kuis side dishes tu dulu. Pandangan tak jelas sebab pencahayaan tak cukup. Hanya ada lampu kalimantang pada tiang tengah tu aje. Itupun kaler pink. Adoiiii...mau tercekik kalau ada tulang ikan ni!
Ok. Mula2 makan kentang. Mak aihhh...sejuk bedi kentangnya! Kalau pun kentang tu dah digoreng awal2, paling kurang panaskanlah semula sebelum dihidangkan. Korang pun taukan camana rasa kentang goreng yang dah sejuk bedi. Coleslaw pun sama juga...sejuk bedi. Eh...coleslaw memang makan sejuk2 kan?!
Jom makan lamb chopnya pulak. Allahhuakbar! Hirisan kambing yang nipis, sedikit hangus (sebab termakan bahangian yang hangusnya), sos lada hitam pun sejuk bedi juga. Hmmmm...apa nak kata. Tegang tengkuk nak menelannya. Tak makan nanti, rugi plak sebab bayar tetap kena bayar.
Sup gear box sampai. Dalam mangkuk tu cuma ada 2 gear box comel, seketul daging dan satu sudu sup. Abis tu, nak sedut gear box camana kak oiiii??? Tak pasal2 straw minuman saya yang jadi mangsa. Oklah...kita makan je la. Cepat makan, cepat minum, cepat balik.
Ini je lampu yang menyinari makan malam kami semalam. Romantik habis youuuu!!! Dan kami bayar RM34.00 untuk semua tu.
Lamb chop - RM10 x 2 = RM20
Sup gear box - RM7
Air - RM7
Korang jangan percaya sangat ni. Korang pergilah cuba sendiri. Manalah tau...kot2 nasib korang lebih baik daripada kami. Kami pergi sebelah malam, cubalah korang try sebelah siang pulak camana. Selamat mencuba!!!
1 comment:
pergi juga mlm tadi...tapi cukupla saya cakap 1st n last saya datang situ...amat2 mengecewakan...:(
Post a Comment