Tuesday, November 26, 2013

Adik Dah Selamat...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ni cerita di pagi Ahad lepas, 24hb November 2013. Majlis berkhatan beramai2 telah diadakan di Dewan Serbaguna MPPG Taman Pasir Putih. Ikut pada borang penyertaan tu, peserta dihadkan kepada 100 orang pertama je. Ramainya! Dan setiap peserta dikenakan bayaran RM100. Ok tak bayaran tu? Kalau dulu, masa Abang Ngah dan Abang Yang, kena dalam lebih kurang RM60 seorang tapi buat kat klinik. Tak kisah la kan...asalkan Adik nak join majlis ni.

Jumlah peserta yang turut sama dalam majlis hari tu ialah seramai 43 orang dan 2 orang adalah dari kalangan bukan Muslim. Ramai gak tu...! Aturcara pada hari tu agak kelam-kabut sikit...macam tak berapa nak teratur dan terurus. Mungkin pembahagian tugas yang kurang lancar ataupun petugas tidak berapa komited. Urusan pendaftaran pun dah ada masalah sikit. Ada yang borang pendaftaran tidak ditemui...terpaksa tulis semula atas kertas lain. Dah tu takde pulak disediakan borang tambahan. Sama juga masa nak berarak. Lintang-pukang budak2 tu berbaris. Saya pulak macam tak puashati lalu turut sama memberi arahan. Haaa...amek kaw! Suara saya yang lebih lantang dari mereka...

Majlis bermula dengan berkumpul di dalam dewan. Lepas tu pengacara suruh budak2 beratur kat luar sebab nak berarak. Berarak dari lot pakir sebelah gelanggang futsal, lalu ikut jalan besar dan masuk ke kawasan dewan. Masuk semula ke dalam dewan untuk majlis perasmian. Dimulakan dengan doa selamat, diikuti oleh ucapan penaja dan akhir sekali ucapan dan perasmian oleh tetamu jemputan. Lepas tu ada bagi cenderahati kepada tetamu jemputan dan juga kepada anak2 yang mengambil bahagian. Mereka diberikan goodies bag yang mengandungi senaskah al-Quran, sebotol air mineral, sepokok bunga telur dan juga jajan. Yang bukan Muslim tu tak dapat la naskah al-Quran tu.
 Pendafataran dan ambil nombor giliran...
 Sebahagian ibubapa dan anak2 yang hadir...
 Berarak dengan iringan paluan kompang...


 Bacaan doa selamat, ucapan dan perasmian
Cenderahati untuk para peserta...

Lepas tu barulah mereka dikumpulkan diluar dewan, berhampiran dengan jentera bomba. Apa lagi...nak kena sembur dengan air la...! Kan main suka lagi diorang tu. Ada yang siap bersamping pun ada. Lama jugak diorang disiram. 

Lepas diorang salin baju yang basah lencun tu, diorang dikumpulkan mengikut kumpulan dan nombor giliran di dalam dewan. Haaaa...tunggu turn nak kena sunat la!

Masing2 menanti di dalam debaran...!

Lepas tu peserta pertama bagi setiap kumpulan dipanggil untuk memulakan operasi menyunat. Hahaha...walaupun dah diberi nombor giliran, ada juga yang nak tukar di saat akhir. Takut kot...! Adik sepatutnya yang ke-2 tapi orang pertama tu menolak untuk disunatkan dulu, so Adik dengan beraninya menerima cabaran sebagai orang pertama. Cayalah Adik!!!
Hihihi...ditemani oleh abahnya melangkah ke bilik operasi di belakang pentas utama. Tengok, gelak jer Adik! Abah pun layankan ajer supaya Adik tak gentar dan takut2...
 Takut2 berani...berani2 takut...ditenangkan oleh abahnya. Dan dalam masa yang sama, 1001 persolan ditanyanya pada abahnya. Jenuh abahnya nak menjawab.
Dah siap. Jom balik!!!

Dalam bilik ada 4 buah katil tapi cuma 3 je yang digunakan sebab sorang doktor tak dapat datang. Sepatutnya ada 4 orang doktor bertugas. Adik Katil 1, sebelah dia Katil 2. Di sebelah sana Katil 3 dan 4. Katil 3 kosong. Katil 4 tu kawan Adik tapi Tahun 4. Dia punya jeritan...YaAllah...satu kampung boleh dengar! "Tak nak...tak nak...berhenti...jangan buat..." dan macam2 lagi. Tentu budak2 yang tengah tunggu giliran tu takut dengar dia menjerit...
Apa2 pun, semua dah selamat! Abis je Adik disunatkan, kami terus balik rumah.

Friday, September 13, 2013

Al-Fatihah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Dengan cuaca yang gerimis di waktu pagi tadi dan sekarang baru menampakkan sinaran mentarinya. Alhamdulillah...diberi kesempatan olehNYA untuk menghirup udara pagi.

Dalam pada kita diberi kesempatan olehNYA untuk menikmati hari2 seterusnya, ada juga insan2 tersayang yang meninggalkan kita. Itu janjiNya. Daripada Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita akan kembali.

Al-Fatihah kepada semua saudara seIslamku yang telah pergi menemuiNya. Moga kalian semua akan ditempatkan bersama dengan mereka yang beriman dan aman di sana.


Pagi ini, sekitar jam 10:45 pagi, saya mendapat pesanan ringkas dari jiran sebelah rumah saya, Cikgu Shikin, yang baru kehilangan ayahanda tersayang di pagi Jumaat (13hb September, 6 Zulkaedah) yang penuh barakah ini. Qaluinnalillahhiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah untuk arwah Haji Johari bin Hashim. Beliau pergi menemui penciptaNya pada usia 77 tahun setelah bertarung nyawa hampir sebulan di wad ICU dan CCU di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Saya dan hubby sempat menziarah arwah semasa di CCU pada hari Ahad lepas. Kebetulan hujung minggu lepas kami balik ke kampung hubby di Muar.
Al-Fatihah...

Friday, September 6, 2013

Singgah Di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi


1hb September 2013, Ahad.
Alhamdulillah. Proses mendaftar Ayong di UKM Bangi dah pun selesai. Jam 2:00 petang tu diorang kena berkumpul sebab program Minggu Mesra Pelajar (MPP) akan bermula. Selepas meninggalkan kawasan UKM, kami singgah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi (BBB). Kami singgah di rumah Kak Siti Halimah dan Abang Misri. Mereka merupakan senior kami semasa belajar di Korea dulu. Kami singgah kejap je sebab masih ada destinasi lain yang perlu kami pergi. Tapi sempat jugalah kami menjamu selera seadanya. 

Terima kasih Kak Halimah dan Abang Misri sebab sudi menerima kehadiran kami yang tidak dirancang. Tak berani nak plan awal2 sebab takut tak jadi. Akhirnya, terjah aje. Tapi sebelum keluar dar UKM ari tu, sempat jugalah hantar SMS pada Kak Halimah...bagitau kami nak singgah. Maaf Kak Halimah...buat akak sekeluarga kelam-kabut sikit.

 Abang Misri... Dulu kerja di MMU. Sekarang dah jadi kontraktor dalam bidang building maintenance. Alhamdulillah.
 Diorang pun bertemu jodoh semasa di Korea...macam kami jugak! Tak nikah kat sana la...balik Malaysia baru nikah.
 Ini adik saya, Rosrizal, yang duduk di Presint 8 Putrajaya tu. Dialah yang jadi "pemandu pelancung" kami hari tu. Terima kasih Eje sebab banyak menolong dalam segala segi.
 Yang tengah tu adalah anak kedua Kak Halimah. Tahun pertama buat medic di Mesir tapi kena balik sebab pergolakan di Mesir tu. Masih menanti keputusan dari pihak MARA samada balik semula ke Mesir, sambung di Malaysia, Indonesia ataupun Russia. Russia tuuuu....!!!
 Sambil mengunyah...sambil berbual. Pendek sangat rasanya masa. Tak puas berbual lagi dah kena beredar. Masa ni pun dah hampir jam 3:30 petang. Lepas ni nak balik semula ke Putrajaya sebelum bertolak ke Senawang dan akhirnya balik ke Pasir Gudang. 
 Hahaha...tengok iklan2 ni. Ada yang berminat? 


Wednesday, September 4, 2013

Pendaftaran di Kolej Keris Mas, UKM Bangi

Alhamdulillah. Selesai sudah pendaftaran Ayong di Kolej Keris Mas, UKM Bangi pada hari Ahad lepas, 1hb September 2013. Senang dan cepat je proses pendaftarannya, asalkan dokumen2 yang diperlukan cukup lengkap.
Kami bertolak ke Putrajaya pada hari Sabtu, 31hb Ogos 2013. Sampai ke Presint 8 dalam pukul 8:15 malam. Emak, Mak Su, Fitery dan Alia turut datang dari kampung. Mereka sampai lewat sikit daripada kami sebab mereka bertolak lebih lewat.
 Wajah kesayangan hamba...
Kami bertolak ke UKM dari Presint 8 sekitar jam 10:00 pagi. Dekat je kata adik saya. Kami pergi satu kereta je. Adik saya yang memandu. Hubby jadi penumpang...duduk kat belakang lagi tu! Saya jadi co-pilot (**kengkononnya**). 
Salam dulu dengan semua sebelum berangkat...
 Pintu masuk utama ke UKM.
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Tapi untuk mendaftar di Kolej Keris Mas, kami tidak menggunakan pintu utama. Sebaliknya kami diarahkan masuk melalui pintu kedua yang berhampiran dengan padang ragbi. Kawasan di sekitar jalan utama sedang dalam pembinaan. So jalannya jadi satu lorong je. Koleh Keris Mas ni pulak terletak nun jauh di belakang...merupakan kolej yang paling jauh sekali. 
 Inilah dia keris masnya. Agak2 kalau digadai ni laku tak?
Terpacak megah di hadapan bangunan pentadbiran kolej...

 Adik dan Wawa...
Inilah bilik kediaman Ayong. Terletak di tingkat 2. Satu bilik dua orang. Yang sebelah tu dah bertuan tapi tuannya tak ada dalam bilik semasa kami sampai. Mungkin dia datang lebih awal.
 Susun mana yang sempat je sebelum jam 2 petang kerana program mereka bermula jam 2 petang. 
Adik dan Abang Ngah. Moga diorang akan menurut jejak Ayong di masa akan datang. In shaa Allah...
 Adik saya bersama Wawa dan Adik...
 Abah dengan anak...bincang apa entah.
 Pak Anjangnya menjadi waris terdekat...

Inilah roommate Ayong...yang memegang beg kuning tu. Yang saya tahu namanya Mai. Mengambil kursus yang sama dengan Ayong. Orang Kelantan. Yang berdiri tu emaknya. Moga ada keserasian di antara mereka nanti. In shaa Allah.

Menjelang jam 2 petang, masa untuk berpisah. 
Selamat tinggal Ayong. Jaga diri baik2. Jaga tingkah-laku. Jaga solat. Belajar rajin2. Kami sentiasa doakan kejayaan Ayong. Sayang Ayong!!!

Tuesday, September 3, 2013

Tat Buah

 Buat untuk makan sendiri. Nak tempah? Boleh... 



Berkemas Pulak!

Dah abis menggoreng ayam, dah abis majlis, dah kemas semuanya...tinggal kuali, periuk dan perkakas lain je yang perlu dibasuh. Adoiii...sakit pinggang mengadap benda alah ni. Kualai tu kena rendam dulu sebab dasarnya dah berkerak tebal masa menggoreng ayam berempah tu.



Nasib baik ada ruang yang besar. Senang nak meniarapkan periuk2 dan perkakas2 yang lain. Kena pulak cuaca elok panas. Kejap je dah kering.


Hahaha...kuali yang dah dibasuh digantngkan pada pagar. Tengok montot kuali tu...berkilat dah kena gosok dengan tulang empat kerat saya ni! Siapa punya kuali ni meh datang calim cepat...!

Bangun pagi Isnin...Ya Allahhhhh...sakitnya satu badan!!!! Tegang semacam di bawah kedua2 betis. Belum lagi di bahagian2 lain. Nasib baik hubby sentiasa ringan tulang...