Thursday, November 22, 2012

Ke Putrajaya Lagi...



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Tengelam timbul tenggelam timbul jer tuan tanah ni ya. Lama-lama nanti tenggelam tak timbul-timbul lagi agaknya. Ini cerita di awal cuti persekolahan hari tu. Sepatutnya kami pergi menjemput si anak yang belajar di SDAR tu pada petang Jumaat tu. Perancangan awalnya, hubby akan ambil cuti pada hari Jumaat tersebut dan kami bertolak awal pagi ke Senawang. Tapi hubby ada mesyuarat pulak pada hari Jumaat tersebut bermula jam 2:00 petang hingga 6:00 petang. Si anak pula dilepaskan selepas solat Jumaat. Mana sempat nak jemput...kan?

Inilah si anak tersebut...Abang Yang...Tingkatan 1.

Akhirnya saya menghubungi adik yang menetap di Presint 8, Putrajaya. Minta tolong dia untuk menjemput Abang Yang pada petang Jumaat tersebut. Alhamdulillah...dia kelapangan pada petang tu. Dia pergi ke SDAR bersama si genit di bawah ni je...berdua.

 Si genit Wawa...

Hari Sabtu berikutnya barulah kami ke Putrajaya pulak. Kami bertolak dari Pasir Gudang sekitar jam 3:30 petang. Pagi tu hubby masih bertugas. Jalanraya dah mula sesak. Agaknya masing2 nak pergi bercuti bersama anak2 bersempena cuti sekolah. Lagipun hari Selasa tu cuti umum sempena Deepavali. Hari Khamis pulak cuti umum sempena Awal Muharam. Adalah yang menyambung cuti seminggu kot... Akhirnya kami sampai ke Putrajaya sekitar jam 10:00 malam. Adui...anak2 dah kepenatan, co-pilot pun penat gak...pilot usah cakap la. Kaki dah naik bengkak sebab lama sangat duduk dan memandu. 

Si comel Atif...


Pagi Ahad tu adik saya yang lagi sorang tu sampai. Dia tinggal di Seri Kembangan. Sempat jugalah bermain2 dengan si Atif. Masa mula2 sampai tu, "enjin" Atif masih belum panas. Jadinya banyak mengimpit dengan mamanya aje. Dah diumpan dengan sebiji bola, barulah nak main2. 


Mas ini kami dah bersiap2 nak balik. Kami balik awal sikit sebab nak mengelakkan kesesakan lebuhraya. Alhamdulillah...kami selamat sampai ke rumah sekitar jam 6:30 petang.




No comments: