Saturday, September 29, 2012

Aidil Fitri 1433H / 2012M



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmmm...dah abis bulan Syawal dah pun. Baru nak upload gambar raya ya...! Tak kisahlah kan...nak upload jugak.

Tahun ini turn kami beraya di kampung hubby, di Parit Ibrahim, Parit Jawa, Muar, Johor. Tapi ada sedikit ketidakgembiraan yang melanda. Bila dah ada ketidakgembiraan tu, maka adalah juga ketidakceriaannya.

Kami balik ke kampung pada hari Sabtu, sehari sebelum raya. Sampai di kampung pun dah jam 6:00 petang. Dapatlah berbuka bersama2. Masa tu Mak Andak dan Pak Andak tak ada sebab mereka ke Parit Sulong untuk menghantar juadah ke rumah emak Mak Andak. Pak Tam dan Mak Tam pun tak ada jugak. Kata emak, mereka juga pergi menghantar makanan ke rumah besan emak. Hmmm....

Macam tahun2 sebelum ini, beraya di Parit Ibrahim lebih santai di waktu pagi 1 Syawal tu. Pagi2 tu cuma bersolat sunat Aidil Fitri sebelum menziarah kubur sanak-saudara. Lepas tu dah rileks je kat rumah. Budak2 pun tak ada yang datang beraya. Kebiasaan di sini ialah budak2 tidak beraya secara bersendirian. Mereka akan datang bersama2 keluarga masing2. Jadinya memang tiada tetamu yang datang sebelum Asar.

Dan kami pulak, selepas solat Zohor, barulah kami berkumpul beramai2. Masa inilah kami bermaaf2an dan bersalam2an. Biasanya dimulakan oleh anak dan menantu yang sulung dan diikuti oleh anak2 dan menantu2 yang seterusnya...mengikut turutan. Dah habis giliran anak2 dan menantu2, barulah giliran cucu2 pulak. Juga dimulai oleh cucu sulung jugak...

Keluarga bahagiaku...!

Macam anak tangga pulak ya...!

Si Luqman Hakim nak tumpang sekaki...!



Abang Din dan Kak Nor (anak dan menantu sulung), hubby dan saya (ketiga)...

Pak Teh (kelima), Pak Tam (keenam), Pak Su dan Mak Su (bongsu)...

Zul, Nana, Ika dan Haziq...cucu2 dari anak sulung.

Ayong, Adik dan Abang Ngah...(gambar Abang Yang tak ada la...)...


Selepas dah selesai bersalam2an dan bermaaf2an, barulah kami bergambar beramai2. Lepas tu kami pun bergerak menuju ke rumah adik-beradik emak dan abah. Biasanya kami tuju yang paling dekat dulu iaitu rumah abang abah, Wak Salil dan isterinya Wak Peah. Selepas tu barulah ke rumah Wak Amat dan Wak Ru.

Ini kat rumah Wak Amat dan Wak Ru. Wak Amat dah tak berapa sihat. Wak Amat ini ialah bekas Tok Kadi kawasan ini. Juga merupakan bekas guru jugak.

Ini di rumah kakak emak...Mak Lah. Mak Lah dah uzur sangat. Masih boleh berjalan tetapi dah bongkok sabut. Walaupun begitu, masih kuat menjaga cucu (kadang2...).

Lepas tu kami ke rumah abang abah...Wak Lan dan Mak Nab.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di rumah Abang Din dan Kak Nor. Sambil tengok "orang baru", ssambil makan nasi tomato. Hahaha...makan jer satu hari tu! Emah dan abah Kak Nor dah tak ada. Kak Nor adalah anak yang bongsu dan Abang Din pulak anak sulung. Raya tahun ni semua adik-beradik Kak Nor berkumpul di rumah Kak Nor. Itu yang pagi 1 Syawal tu meriah sangat di situ. Walaupun Kak Nor masih "dalam hari", persiapan raya tetap disediakan dengan bantuan suami, anak2 dan adik-beradiknya yang lain.

Hmmm...habis dah satu hari beraya. Malam tu duduk kat rumah jer. Raya kedua barulah kami menerima kunjungan balas adik-beradik, anak2 saudara dan cucu2 emak dan abah pulak.

Ini kunjungan dari keluarga Wak Amat.

Tengahari tu kami ke rumah Cikgu Nor, anak sedara abah. Rumahnya dekat je dengan rumah abah. Tak sampai pun sepelaung. Tiap2 tahun memang Cikgu Nor akan buat jamuan makan2 ni untuk sedara-maranya.

Sebelah petang pulak kami menerima kunjungan keluarga Wak Salil. Penuh satu rumah...

Di hari baik bulan yang baik ini, kami saling maaf-memaafi. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim, dapat juga kenal dengan kaum kerabat yang memang jarang2 sekali dapat berjumpa. Dua tahun sekali barulah bersua muka. Lepas tu kalau terserempak kat mana2 pun, gerenti tak kenal dah.

Tapi dalam kemeriahan hari raya ini, masih ada segelintir orang yang suka mengikut kata hati dan ego sendiri. Tidak mahu bergaul dan bertegur-sapa. Tunjuk muka pun tidak. Padahal adik-beradik lain semuanya cuma menjernihkan keadaan. Wallahhualam. Yang baik itu datangnya dari DIA, yang buruk itu semuanya dari kita. Renung2kanlah...!

SELAMAT HARI RAYA...!!!

No comments: