Sunday, September 30, 2012

Selepas Bercuti Seminggu...



Ini pun cerita lama juga. Selagi tak habis cerita lama, selagi itulah tak akan muncul cerita baru. Hahaha...saja je nak menghias rumah sikit. Lama dah ditinggalkan. So kena bersihkan mana yang patut.  Selepas bercuti sekolah selama seminggu sempena Aidil Fitri, maka sampailah masanya untuk anak2 yang tinggal di asrama untuk balik semula ke asrama mereka. Termasuklah Ayong dan Abang Yang.

Abang Yang yang paliing liat sekali nak berkemas. Semua kain baju dan barang2 dan emaknya longgokkan setempat. Kain-baju pun dah siap lipat. Tinggal nak suruh dia check kut2 ada yang tertinggal. Itupun susah dia nak buat. Berat hati dia nak balik semula ke SDAR tu. Ayong pulak sempoi je...

Malam sebelum berangkat tu saya buat Vanilla Icecream Cake In A Jar. Cadangnya nak dijadikan buah tangan ke rumah adik2 nanti. Juga bercadang nak singgah beraya ke Rembau dan Senawang. Dah on the way tu...kan?


Perjalanan kami bermula seawal jam 9:00 pagi. Itu pun dah dilewat2kan oleh si Abang Yang. Dalam jam 11:00 pagi kami singgah kejap di R&R Pagoh. 

 Ada gerai buah2an dan jajan2...

 Adik dan Abang Ngah turun jalan2 jap...meluruskan kaki dan pinggang...

 Ayong syok tidur lagi...

 Abang Yang lagi best tidurnya...

Dalam perjalanan tadi, saya dah hantar khidmat pesanan ringkas kepada Kak Asmah Ngah. Bertanya kut2 dia ada kat rumah ataupun tidak. Malangnya Kak Asmah tak ada kat rumah. Kak Asmah balik ke Pahang. Hmmm...tak ada jodoh untuk berjumpa kali kedua. Lepas tu SMS Mazalia Mansor pulak yang tinggal di Batu Berendam, Melaka. Lia ada kat rumah katanya. Saya pun mintak alamat dia dan terus goggle hala menuju ke rumah dia. Lia tak percaya kami nak singgah...

Ikut je jalan menuju ke Lapangan Terbang Batu Berendam tu. Jumpa lampu isyarat...belok kiri. Lepas tu belok kanan. Ada stesen minyak. Kat belakang tu aje.

 Sampai sini jalan terus jer lagi...lepas tu jumpa stesen minyak...

 Kali pertama ke rumah family Lia. Emak dan abah serta adiknya nak ke KL dah masa tu tapi terpaksa ditunda kejap sebab kami dah sampai situ. Lia siapkan makan tengahari untuk kami. Menyusahkan Lia dan family aje...

 Sebenarnya itulah perjalanan pertama kami ke Batu Berendam. Kami main terjah je berdasarkan goggle map. Sampai di tol Ayer Keroh, adalah amoi sorang tu yang main bagi2 jajan2 kepada setiap pengguna lebuhraya yang melalui tol tersebut. Nampak tak palstik apa yang dia pegang? Haaa...dia bagi Corntoz. Dia bagi...kami ambillah. Dah dapat tu, terpulanglah nak buat apa...kan! Tapi anak2 dah alert dah terutamanya Adik. Corntoz tak boleh makan sebab ada kod yang mengandungi pig fat. So...kami tak makanlah. Simpan aje dulu. Sampai kat hentian lain barulah kami buang ke dalam tong sampah bersama sampah2 yang lain.

 Dah nak sampai ke Exit 223 dah ni. Tapi sayang...Kak Asmah tak ada kat rumah. So kami terus ajelah ke exit seterusnya.

 Ok...sampai dah exit Senawang. Inilah exit untuk ke SDAR. Hai...takkanlah awal sangat nak hantar Abang Yang ke SDAR? Mau muncung jer Abang Yang kalau hantar dia awal2 ke SDAR tu. Hehehe...! Kami singgah ke Bandar Seremban Selatan. Dekat2 je dengan SDAR tu. Ke rumah tokey katering Rohani Hanafi.

 Kami dijamu dengan mee sup udang, nasi impit, rendang ayam dan rendang daging, kuah kacang serta kuih2. Dah rumah tokey katering...tentunya ada macam2!! Lepas habis menjamu selera, anak2 dan hubby lepak kat ruang tamu. Saya pulak masih pok pek pok pek dengan Ani ditemani oleh anak sulungnya yang sebaya dengan Ayong yang sekarang ni buat Asasi si UPM. Kali kedua kami ke sini. Masih tidak berkesempatan berjumpa dengan Abang Tapa, suami Ani. Sibuk memanjang Abang Tapa ni...!

 Sempat kami berposing kat depan rumah Ani. Abang Ngah tak ada dalam gambar sebab dia yang snapkan gambar ni. Lima yang di sebelah kiri adalah anak-beranak saya dan empat yang seterusnya ialah anak-beranak Ani. Yang paling kanan ialah kawan kepada hero Ani tu...


Destinasi terakhir pada 25hb Ogos lepas ialah ke Presint 8 Putrajaya. Bermalam di sini. Dan bertemu emak, Mak Su dan bakal Pak Su jugak. Tak dapat beraya di kampung bersama emak, kami beraya bersama2 di Putrajaya. Apa2 pun boleh...!!! Saya okey aje...!


Saturday, September 29, 2012

Aidil Fitri 1433H / 2012M



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmmm...dah abis bulan Syawal dah pun. Baru nak upload gambar raya ya...! Tak kisahlah kan...nak upload jugak.

Tahun ini turn kami beraya di kampung hubby, di Parit Ibrahim, Parit Jawa, Muar, Johor. Tapi ada sedikit ketidakgembiraan yang melanda. Bila dah ada ketidakgembiraan tu, maka adalah juga ketidakceriaannya.

Kami balik ke kampung pada hari Sabtu, sehari sebelum raya. Sampai di kampung pun dah jam 6:00 petang. Dapatlah berbuka bersama2. Masa tu Mak Andak dan Pak Andak tak ada sebab mereka ke Parit Sulong untuk menghantar juadah ke rumah emak Mak Andak. Pak Tam dan Mak Tam pun tak ada jugak. Kata emak, mereka juga pergi menghantar makanan ke rumah besan emak. Hmmm....

Macam tahun2 sebelum ini, beraya di Parit Ibrahim lebih santai di waktu pagi 1 Syawal tu. Pagi2 tu cuma bersolat sunat Aidil Fitri sebelum menziarah kubur sanak-saudara. Lepas tu dah rileks je kat rumah. Budak2 pun tak ada yang datang beraya. Kebiasaan di sini ialah budak2 tidak beraya secara bersendirian. Mereka akan datang bersama2 keluarga masing2. Jadinya memang tiada tetamu yang datang sebelum Asar.

Dan kami pulak, selepas solat Zohor, barulah kami berkumpul beramai2. Masa inilah kami bermaaf2an dan bersalam2an. Biasanya dimulakan oleh anak dan menantu yang sulung dan diikuti oleh anak2 dan menantu2 yang seterusnya...mengikut turutan. Dah habis giliran anak2 dan menantu2, barulah giliran cucu2 pulak. Juga dimulai oleh cucu sulung jugak...

Keluarga bahagiaku...!

Macam anak tangga pulak ya...!

Si Luqman Hakim nak tumpang sekaki...!



Abang Din dan Kak Nor (anak dan menantu sulung), hubby dan saya (ketiga)...

Pak Teh (kelima), Pak Tam (keenam), Pak Su dan Mak Su (bongsu)...

Zul, Nana, Ika dan Haziq...cucu2 dari anak sulung.

Ayong, Adik dan Abang Ngah...(gambar Abang Yang tak ada la...)...


Selepas dah selesai bersalam2an dan bermaaf2an, barulah kami bergambar beramai2. Lepas tu kami pun bergerak menuju ke rumah adik-beradik emak dan abah. Biasanya kami tuju yang paling dekat dulu iaitu rumah abang abah, Wak Salil dan isterinya Wak Peah. Selepas tu barulah ke rumah Wak Amat dan Wak Ru.

Ini kat rumah Wak Amat dan Wak Ru. Wak Amat dah tak berapa sihat. Wak Amat ini ialah bekas Tok Kadi kawasan ini. Juga merupakan bekas guru jugak.

Ini di rumah kakak emak...Mak Lah. Mak Lah dah uzur sangat. Masih boleh berjalan tetapi dah bongkok sabut. Walaupun begitu, masih kuat menjaga cucu (kadang2...).

Lepas tu kami ke rumah abang abah...Wak Lan dan Mak Nab.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di rumah Abang Din dan Kak Nor. Sambil tengok "orang baru", ssambil makan nasi tomato. Hahaha...makan jer satu hari tu! Emah dan abah Kak Nor dah tak ada. Kak Nor adalah anak yang bongsu dan Abang Din pulak anak sulung. Raya tahun ni semua adik-beradik Kak Nor berkumpul di rumah Kak Nor. Itu yang pagi 1 Syawal tu meriah sangat di situ. Walaupun Kak Nor masih "dalam hari", persiapan raya tetap disediakan dengan bantuan suami, anak2 dan adik-beradiknya yang lain.

Hmmm...habis dah satu hari beraya. Malam tu duduk kat rumah jer. Raya kedua barulah kami menerima kunjungan balas adik-beradik, anak2 saudara dan cucu2 emak dan abah pulak.

Ini kunjungan dari keluarga Wak Amat.

Tengahari tu kami ke rumah Cikgu Nor, anak sedara abah. Rumahnya dekat je dengan rumah abah. Tak sampai pun sepelaung. Tiap2 tahun memang Cikgu Nor akan buat jamuan makan2 ni untuk sedara-maranya.

Sebelah petang pulak kami menerima kunjungan keluarga Wak Salil. Penuh satu rumah...

Di hari baik bulan yang baik ini, kami saling maaf-memaafi. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim, dapat juga kenal dengan kaum kerabat yang memang jarang2 sekali dapat berjumpa. Dua tahun sekali barulah bersua muka. Lepas tu kalau terserempak kat mana2 pun, gerenti tak kenal dah.

Tapi dalam kemeriahan hari raya ini, masih ada segelintir orang yang suka mengikut kata hati dan ego sendiri. Tidak mahu bergaul dan bertegur-sapa. Tunjuk muka pun tidak. Padahal adik-beradik lain semuanya cuma menjernihkan keadaan. Wallahhualam. Yang baik itu datangnya dari DIA, yang buruk itu semuanya dari kita. Renung2kanlah...!

SELAMAT HARI RAYA...!!!

Wednesday, September 26, 2012

Baking Class Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Inilah hasil kelas kek dalam botol yang saya ikuti pada bulan Julai lepas. Huh...dah nak abis bulan September baru nak citer!!! Empat jenis kek dalam botol dan satu fruiti tutti. Kecoh kelas aritu sebab students-nya semua mulut becok. Aritu ada seramai sepuluh orang student. Itulah kelas pertama saya yang ada ramai student. Selalu tu setakat empat orang je. Agaknya masing2 berebut nak ke kelas tu sebab dah nak masuk bulan puasa. Bulan puasa pulak, kelas semua dibatalkan sebab tokey nak buat biskut raya. Hahaha...!

Kali ini kami dibahagikan kepada dua kumpulan...lima orang setiap kumpulan. Jadinya kami bahagi2 dan kongsi2 tugas untuk mempercepat dan mempermudahkan kerja2 membaking. Tapi sebelum tu kami berkenal2an dulu. Yang bestnya tu...muka saya ni sekali lagi di cop sebagai GURU. Alhamdulillah...moga ianya menjadi pendorong saya untuk menjadi seorang GURU dalam erti kata yang berbeza. Guru tidak semestinya mnegajar di sekolah...kan?

 Ini nak buat Punch Cocktail In A Jar...

Ini pulak Strawberry Moouse Cake In A Jar...

Untuk peminat marsjmellow pulak, ini dia Melty Marsh In A jar...

 Yang bertudung hitam ini ialah tokey talam...Siti Fatimah. Yang disebelah tu pulak ialah tenaga pendidik di SK Johor Jaya...

 Bergambar beramai2 sebelum bersurai. Dah produk di atas meja dan di dalam kotak itu ialah produk saya yang saya bawa balik. Berbaloi...!

Ini ialah Bunny...hihihi...tokey talam gak ni.

 Pelanggan cilik pertama saya! Dia beli fruitti tutti tu...


Thursday, September 20, 2012

Majlis Perkahwinan Pak Tam (5)



Majlis sambut menantu telah diadakan di rumah mertuaku pada hari Ahad, 1hb Julai 2012. Majlis sambut menantu yang terakhir ini penuh dengan kontroversi. PANAS...!!!! Kesian pada emak dan abah. Tapi apa yang kami boleh buat. Susah juga nak berkompromi dengan orang yang berselera BESAR ni ya! Tapi inikan majlis kami...so kamu tu tak payah le nak menyibuk lebih2. Semuanya kamu nak control dan nak ikut citarasa kamu. Mana boleh cam gitu...!

Meja makan pengantin yang "kosong"...macam lagu Najwa Latif tu...!

Kenal tak siapa ni? Inilah Puan Sarina Abdul Rahim dari Kluang. Jauh datangnya tu...semata2 nak menghantar kek pengantin yang saya tempah. Sarina sampai bersama suaminya sekitar jam 11:00 pagi. Masa tu saya baru selesai mandi selepas menyiapkan segala menu hidangan pengantin. Nasib baik masa tu hidangan bufet yang tersedia. Bolehlah Sarina dan suaminya menjamu selera dulu. Thanks Ina sebab sudi menerima tempahan akak yang last minute ni.

Inilah kek dan cuppies yang saya tempah tu. Errr...boleh tak potong kek ni dengan parang yang digunakan untuk sembelih lembu semalam? Errkkk....

Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut...

Ketibaan pengantin... Hmmmm...busana kaler ijau, pelamin, meja makan dan hiasan lain semuanya ungu putih. Ok ke??? Citarasa BESAR ni...!

Arahan pengantin. Ikan siakap yang ditangkap sendiri diletakkan di meja utama. Ikan tu potong 2 aje. Ekor jangan buang. Haaaa...inilah jadinya! Kalau pandai2 ejas nanti, mengamuk je yang dia tau! Payah...!!!

Korang nampak tak benda yang dalam gelas berkaki tu? Haaaa...tu saya juga yang buat. Asalnya ialah Fresh Licious Fruity yang di bawah ni. Tapi tak ada buah2 yang berwarna menarik dan ceria...tu yang tak berapa nak menyerlah tu. Siap bawak whipping cream, mixer dan bowl dari Pasir Gudang lagi tu!


Triffle ni pulak saya buat di dinihari hari Ahad tu (hari majlis). Mula2 tu dah malas nak buat bila mengenangkan kontroversi yang DIA TU ciptakan tapi hubby pujuk juga suruh buat. Kata DIA TU, dessert ni untuk tetamu VIP pada sebelah petang. Iyo lah...!!! (Gambar ni gambar terbaru, gambar masa majlis tu tak ada hati nak snap...)

Majlis kali ini saya yang penat sangat sebab biras2 yang lain ada aral yang melintang. Mak Long tengah sarat sangat...so tak larat nak menolong apa. Mak Andak pulak dengan si kecik Alia tu. Alia asyik nak berkepit dengan emak dia je. Mak Su pulak tengah sakit kena "buatan orang"...pening2 lalat gitu! Mak Teh...dah bukan ahli majlis lagi dah...so dah tak boleh nak kerah2 sebarang. Harapkan Mak Ngah aje. Sebelum2 ni walaupun penat tapi happy je. Kali ini pulak, penat dan sakit hati...!!!


Dua gambar terakhir ini ialah rombongan dari pihak DIA TU. Wajah emak DIA TU tu tak senyum lansung. Sebabnya...hanya kami yang tahu!

Allah Huakbar...!!! Apa2 pun, selamat pengantin baru kepada Pak Tam. Moga Pak Tam bahagia dengan pilihan Pak Tam. Jadilah suami yang baik, yang menjadi pemimpin dalam rumahtangga...bukan sebaliknya. Pertalian suami isteri boleh dipisahkan tapi pertalian dengan adik-beradik dan emak abah akan kekal hingga ke akhir hayat. Pimpinlah isteri ke jalan yang diredhaiNYA. Renung2kan...!