Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. InsyaAllah. Memandangkan 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, jadi sempatlah Ayong dan Abang Yang menyertai kami bersahur.
Pagi Jumaat tu hubby dan Adik telah berkejar (bukan berlari dalam erti kata sebenarnya ya...) ke SDAR. Kata Abang Yang, ada Hari Mesra (lebih kurang macam Hari Bertemu Pelanggan - istilah yang digunakan di sekolah sini) di mana ibubapa dijemput hadir untuk membincangkan prestasi anak2 di samping mengambil kad laporan mereka. Jam 7:30 pagi baru hubby bergegas ke sana. Itupun selepas Abang Yang menelefon pada sekitar jam 7:00 pagi. Saya desak hubby untuk ke SDAR juga. Selepas solat Jumaat barulah mereka bertolak balik ke Pasir Gudang.
Ayong pulak bertolak dari Klang Sentral jam 6:30 petang. Memang tepat jam 6:30 petang bas tu bergerak. Tapi tak sampai pun 100 meter bergerak, bas tu pulak rosak. Nasib baik masih di kawasan Klang Sentral. Kalau kat tengah jalan mana2, risau memikirkannya. Jam 9:30 malam barulah dapat bas ganti dan bertolak ke Johor. 3 jam lewat dari masa sebenar. Hmmm...jam 2:30 pagi baru sampai ke Pusat Bandar Pasir Gudang.
Sahur hari pertama, saya siap masak daging masak lada hitam pada sebelah malam sebelum tidur. Nasi pun dah masak siap2. Senang untuk bersahur nanti. Tak perlulah tergopoh2 nak memasak. Panaskan aje mana yang patut. Cuma saya gorengkan 2 ketul ikan tongkol untuk hubby sebab hubby tak makan daging.
Berbuka hari pertama, saya masak Ketam Lemak Cili Kering untuk anak2 dan Kari Ayam untuk hubby. Hubby tak makan ketam dan makanan laut yang lain. So kena masak special untuk hubby.
Saya sempat juga membuat kuih Puteri Ayu tapi sebab kejadiannya yang tidak berapa ayu, jadinya saya tak buat photo shoot untuknya. Dah tak ayu...kan!
Hari pertama tak ada kurma sebab kurma dah expired! Berbuka dimulakan dengan air oren sahaja. Ok jugak...kan?
Anak2 memang hantu ketam! Saya beli 5 ekor, setiap ekor dipotong dua. So dapatlah 10 bahagian. Balanya bila kena layan Adik kopek isi ketam...! Adoooiiiiii.....
No comments:
Post a Comment