SOLAT
Terdapat lebih daripada 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.
THUMA'NINAH
Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menajdi masa rehat dariapda aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita manjadi segar kembali.
BERDIRI
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua2 belah tapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban badan secara rutin.
TAKBIR
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru2 mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberi kesan yang sebaliknya di mana paru2 mengempis dan mengeluarkan nafas.
RUKUK
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan kepada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.
SUJUD
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih lancar dan mudah.
DUDUK IFTIRASY
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan megaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam2 yang mungkin ada pada lipatan paha.
TRANSISI
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang2nya 85 kali sehari mempengaruhi organ2 pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.
SALAM
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot2 kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
Nota :
- Semua informasi dipetik daripada buku MENGAPA RASULLULLAH TIDAK PERNAH SAKIT oleh Dr. Adi Hashman yang diterbitkan oleh PTS.
- Gambar2 adalah ihsan daripada Google
2 comments:
Salam Ita, yep...mmg informative! Akak pun ada baca dan dgr hal hal ni semasa Kursus Perlatihan Solat Khusyuk x lama dulu...tp semuanya dengan syarat, pergerakan tu secara betul...kalau x betul, x mendatangkan kesan kan..kan... :) Good entry!
Assalammualaikum Ita, walau dah bertahun kita sembahyang, kadang kala ada juga yg kita terlepas pandang.....walau kecil kesalahan tu, kena ambil kira.
Post a Comment