Sunday, April 17, 2011

Dating Dengan Yus Dan KFC...


Kesibukan hari Sabtu tidak berakhir selepas aktiviti di sekolah anak2 sahaja. Ianya berlarutan hingga ke malam. Itupun saya dah skip satu jemputan kahwin. Selepas ke sekolah anak2 pada waktu pagi (membawa hingga ke tengahari...), masing2 dah kepenatan. Abang Ngah pulak, dari sekolah terus ke Kg. Dato' Onn bersama2 dengan kumpulan Silat Gayong mereka...ada persembahan katanya. Jam 5 petang baru balik. Abang Yang pulak ada latihan kawad kaki dari jam 3:00 petang hingga 6:00 petang. Ayong pulak ada latihan pancaragam di Stadium Perbandaran pasir Gudang sehingga jam 5:30 petang. Sebenarnya hari Sabtu lepas ada jemputan kahwin di Bangunan Tabung Haji. Bapa pengantin lelaki adalah salah seorang pekerja di jabatan hubby. Manakala pengantin perempuan pulak ialah orang kampung saya. Punyalah kecilnya dunia ni kan...! Tapi sayang...sebab kami tidak dapat hadir bersama. Kalau tidak, bolehlah berborak2 dengan orang kampung...

Sebelah malam pulak, saya ber"dating" dengan Yusa Sari Ibrahim. Dia datang ke Pasir Gudang sebab menghantar suaminya ke stadium bola kat Pasir Gudang ni. Hubbynya seorang wartawan di Harian Metro...membuat liputan perlawanan bolasepak kat stadium tu. Kat mana kami berjumpa??? Haaa...punyalah romantiknya tempat kami bertemu. Mana tidaknya...dengan suasana yang suram2 gitu...dalam kemalapan cahaya lampu. Amboi...kat mana tu??? Hehehe...percaya tak yang kami berjumpa di depan Balai Bomba Pasir Gudang...!!! Hahaha...amat tragis sekali...!!! Tak pe...lain kali kita dating tempat lebih istimewa ya Yus...!

Yus ada bawak buah tangan unuk saya...ni ha...kat bawah ni. Jom layan...!

Korang pernah tengok tak benda-alah ni? Yus dah selalu gunakan benda-alah ni dan amat membantu dalam kerja2nya. Kata Yus la kan... So saya pun nak mencuba jugak. Selalu tu saya kena tekan2 dengan ibu jari. Kali ini harap2nya benda-alah ni dapat meringan bebab saya pulak. Benda-alah ini ialah penekan doh untuk buat kulit tat... Tunggulah hasilnya nanti ya...!


 Ini pulak ialah oleh2 dari Bandung...keychain bentuk angklong. Cantik...!

 Lagi satu oleh2 dari Bandung...brooch. Cute jer...! Thanks to Yus...!

Dalam perjalanan balik daripada berjumpa dengan Yus, kami terus ke KFC di Bukit Dahlia. Masa tu cuma Adik jer yang ikut kami...yang lain2 tinggal kat rumah je. So, kami terus masuk ke lorong Drive-Thru je. Order set Chicken Chop with mushroom topping. 6 set...!!!

 It's finger lickin' good...!

Benda2 kat dalam kotak tu...

Dah transfer masuk ke dalam pinggan. Ayam pun dah dicurah dengan mushroom topping tu. Ada potatoes wedges yang rangup dan juga jagung manis. Alhamdulillah....!

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hahaha.. tempat dating yg paling romantik.. blind date lak tu... kih3

Azita Zain said...

Yus :
memang kena bebeno....!