Meneruskan aktiviti pada hari Ahad lepas. Abang Yang ada kelas matematik di sekolah. Seawal jam 8:10 pagi dia dah mengayuh basikalnya menuju ke rumah Amirul untuk pergi bersama2. Kelasnya akan bermula sekitar jam 8:30 pagi dan dijangkakan berakhir pada jam 12:30 tengahari. Yang tak ada aktiviti pagi2 ni, masih lagi berlingkar2 dan bergolek2. Tapi hari tu memang dah ada rancangan nak ke Maxis Center di Danga Bay. Nak pulangkan modem broadband. Hari tu dapat gunakan secara percuma selama 10 hari. Coverage tak elok kat area sini. Lagipun dah ada Streamyx. Nak kata travel banyak sangat, tidak jugak. So, tak perlulah broadband tu buat masa ini. Lain kali...wallahhualam...!
Sekitar jam 10:00 pagi, kami bertolak menuju ke destinasi.....
Adik tak boleh lekang dengan bukunya. Ke mana pergi mesti bawak buku. Tak kisahlah samada buku sekolah, buku cerita ataupun buku2 aktiviti yang dibelikan untuknya. Satu tabiat yang harus diikuti oleh kakak dan abang2nya....dan juga kita semua. Membaca boleh membuka minda...
Cuaca hari itu memang amat cerah. Langit membiru...
Dalam perjalan ke destinasi, kami singgah di sini...di DD yang terletak di sebelah Petronas kat highway PG-JB tu. Hasrat dihati nak mengisi perut yang masih kosong...
Set ini untuk Adik. Adik teruja tengok telur dua biji tu. Adik memang hantu telur. Dan akhirnya memang dia makan telur tu aje...yang lain2 tu terpaksalah Ayong dan Abang Ngah tolong menghabiskannya.
Ini pulak saya punya. Biasalah...kemaruk Croissant Tuna Sandwich masih belum berakhir. Saya amik set yang ada sandwich, donut dan kopi panas. Dan saya tambah satu lagi Capuccino panas. Kopi yang datang bersama set sandwich tu saya tolak kat hubby sayang.....
Chicken Slice Sandwich menjadi pilihan hubby dan Abang Ngah. Adik pun tumpang semulut jugak tapi dia memilih Chicken Mayo Sandwich. Adik memang kuat makan!
Capuccino panas....saya punya!
Ayong pulak memilih donut. Abang Ngah pun nak donut juga. Beli lima dapat percuma satu...
Dah selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...
Maxis Center di Danga Bay. Senang nak berurusan dengan Maxis sebab hari Ahad pun bukak walaupun setakat hingga pukul 1:00 tengahari sahaja. Tapi hari tu punyalah ramainya orang kat dalam tu. Masa sampai tu tengok orang berdiri2 kat tepi dinding di bahagian dalam pusat ni. Saya masuk sorang diri je...yang lain2 tunggu dalam kereta je. Masuk jer terus ambil nombor. Dapat nombor 319. Waktu tu nombor 316 sedang berurusan. Hmmm...tidaklah lama sangat untuk menanti. Selesai aje urusan di situ, terus bertolak balik ke Pasir Gudang sebab Abang Yang akan balik sekitar jam 12:30 tengahari. Pagar rumah berkunci. Kalau dia sampai dulu ke rumah daripada kami, kesian pulak kena tunggu di luar pagar. Macam buah cempedak pulak ye...!
Dalam perjalanan balik tu, saja2 snap objek2 yang biasa2 ni...
Aiiikkk...kenapa ada gambar buah mangga ye...? Ini sebenarnya dah sampai depan rumah dah ni. Pokok mangga ni kepunyaan jiran sebelah rumah. Tengah lebat berbuah. Masih kecik2 je lagi. Rendah2 jer buahnya. Saja jer snap gambar buah mangga ni. Jangan ada yang terkecur dan terliur ye...!