Wednesday, December 29, 2010

Hidangan Idaman


Inilah yang saya idam2kan semasa awal kehamilan hari tu. Alhamdulillah...dah tertunai segala hajat di hati. Cumanya DIA lebih sayangkan kandungan saya. Semuanya tinggal kenangan....


 Croissant Tuna Sandwich...

Punyalah payah nak dapatkan ini. Mula2 berhenti di Dunkin Donut (DD) kat stesen Petronas sebelum tol Skudai (arah utara) tu, black-out pulak kat situ. So, tak dapat nak beli CTS ni. Then berhenti kat Hentian Pagoh (rasanyalah...ingat2 lupa dah...), croissant pulak tak ada. Yang ada cuma bun biasa saja. Biasa pun biasalah! Beli jugak. Akhir sekali berhenti di Hentian Tapah. Masuk DD jugak. Mintak CTS. Mula2 minah tu kata croissant dah abis. Tapi bila dengar saya cerita kisah perjalanan mencari CTS dari Skudai hingga ke Tapah tu, dia pun tengok baju yang saya pakai. Memang masa tu saya pakai baju mengandung saya. Baju tu ialah baju yang saya pakai semasa mengandungkan Ayong hampir 17 tahun yang lalu. Lalu minah tu pun belek2 ler laci tu. Alhamdulillah...ada 4 ketul croissant lagi. Saya pun sambar 2 biji....!

 Cappucino Panas....

Termasuk yang saya beli kat Hentian Tapah tu, dah 3 cawan saya minum sepanjang perjalanan balik ke Chemor ari tu. Puas dah rasanya!!!!

 Kuih Kasui Kak Yang...

Dalam banyak2 saya makan kuih ni, tak boleh celen (challange) yang Kak Yang buat ni. Kuihnya kalau dipegang...tergoyang2 aje! Cukup lembutnya, cukup kenyalnya, cukup kerasnya, cukup rasanya...! Boleh bagi perfect 10 kat kuih ni. Saya order 2 loyang masa kat kampung ari tu...
 Puas hati dapat makannya...

 Putu Perak versi Taman Meru...

Terima kasih banyak2 untuk adik saya sorang ni (CD) yang sanggup ke pasar malam di Taman Meru semata2 nak mencarikan putu ni. Dia belikan 4 bungkus. Setiap bungkus ada 6 biji. Sebungkus harganya RM2.50. Sapa2 yang tinggal di Taman Meru mesti pernah jumpa @ makan putu ni. Disebabkan masa dapat tu dah sejuk, jadinya saya kukus semula sebelum dimakan. Alhamdulillah...! Bukan sekali dia belikan tapi 2 kali...

 Putu Perak versi MAHA 2010 di Serdang...

Hehehe...tak cukup dengan versi Taman Meru, datang pulak versi MAHA 2010. Saya yang berpesan pada adik saya yang kerja kat UPM tu untuk carikan putu ni. Dia pulak mintak tolong kawan dia yang carikan putu ni kat MAHA tu. Dia sendiri tak pergi pun. Putu inilah yang masuk dalam suratkhabar Kosmo! tu...

 Dua versi putu sedang dikukus semula untuk dimakan...

Inilah Putu Perak keluaran Zie’s Taste Cake and Pastry tu...

Di antara putu perak keluaran Zie’s Taste Cake and Pastry dan putu perak versi pasar malam Taman Meru, saya lebih suka yang pasar malam punya. Sebabnya...teksturnya kasar sikit, tak liat dan kurang manis. Zie’s Taste Cake and Pastry punya lebih liat dan manis sangat. Dari segi bentuknya memang Zie’s Taste Cake and Pastry punya lebih cun gitu... Pada saya, Zie’s Taste Cake and Pastry punya tu tepung pulutnya banyak sangat. Kalau dikurangkan tepung pulutnya dan dikrangkan juga kemanisannya, memang teramat marvellous!!!

Apa2 pun, citarasa setiap orang itu adalah berbeza. Itu cuma pendapat saya sahaja. Kalau nak tahu suka tak suka, sedap tak sedapnya, kenalah cuba sendiri ya! Kalau Zie terbaca entri saya ni, jangan kecil hati ya. Itu pendapat saya sahaja...

2 comments:

Ctnaemah said...

kak ita..ni lebih kurang mcm putu bambu ekk cuma versi leper laa kan..kat paka ni pun susah nak jumpa putu bambu cam kat johor..apetah lagi putu piring..mmg susah nak cari..dulu ada penjual yg jual kat pasar mlm putu piring tapi rasanya kurang sedap..terlebih halba.

Azita Zain said...

Siti :
ya kot...lebih kurang mcm putu bambu. cumanya intinya bukan gula merah tapi kelapa parut + garam. tapi putu perak ni lebih kenyal berbanding dgn putu bambu..