Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Andai ini takdirNya, saya terima dengan redha dan hati terbuka walaupun tetap menangisi "kehilangannya".
Kali terakhir bulan saya mengambang ialah pada akhir September lepas. Bulan seterusnya saya tetap menanti bulan saya mengambang. Yalah...bulan mengambang hanya sebulan sekali. Tapi bulan tidak muncul. Tak pa lah, tunggulah sehari dua lagi. Manalah tau kot2 bulan tu lambat sikit munculnya. Tunggu dua tiga hari...tak muncul2. Tunggu lagi dua tiga hari, tak juga muncul.
Lepas tu saya mula rasa nak makan itu dan ini. Nasib baiklah tak teringin pulak nak makan benda yang pelik2. Mana yang saya boleh buat sendiri, saya buatlah. Mana yang hubby kena cari, hubby carikan. Masa inilah yang saya teringin nak makan croissant tuna sandwichlah, capuccinolah, putu mayamlah dan yang paling susah nak cari ialah putu perak tu. Alhamdulillah, bila dah balik ke Perak, saya dapat makan semua benda2 tu.
Straight to the point lah ya. Sebenarnya saya menantikan kehadiran "orang baru" dalam keluarga kami. Ianya dah disahkan sebelum hari raya haji ari tu. Itu sebab semasa Kumpulan Yassin kami membuat aktiviti qurban di taman permainan berhampiran hari tu, saya tidak turut sama dalam aktiviti tersebut sebab tak tahan dengan bau2 daging baru tu. Bila hubby bawak balik daging2 tu pun, hubby yang bersihkan dan selesaikan semuanya. Saya cuma memandang dari jauh je...
Minggu pertama selepas tahu yang saya ni berbadan dua, kesihatan saya sedikit terganggu. Kejap2 demamlah, seram sejuk macam nak demamlah dan macam2 lagi.
Bila balik ke kampung, saya menguruskan emak saya yang tidak sihat. Bukannya susah sangat pun. Emak pun bukannya tidak boleh bangun. Emak masih macam biasa cumanya emak tak boleh buat kerja2 rumah sebab akan cepat penat dan semput. Jadinya, saya take over semua kerja2 emak. Kerja seharian emak pun bukanlah seberat dan seteruk mana pun.
Semalam, petang 1 Muharam, saya mengalami pendarahan. Ya Allah...kenapa? Saya dah mula risau. Nak kata saya makan yang pelik2...tidak sekali2. Nak kata saya ada terjatuh....pun tak ada jugak. Perkara yang sama berlarutan hingga ke pagi tadi. Balik dari hospital pagi tadi, saya singgah di klinik kesihatan di persimpangan jalan tu tapi punyalah ramai orang yang sedang menanti hingga tak muat2 ruang yang disediakan. Akhirnya petang tadi saya pergi ke klinik swasta je.
Saya pun berceritalah dengan doktor yang bertugas tu akan hal yang telah berlaku kepada saya. Ikutkan pengiraan doktor, usia kandungan saya dah berusia 10 minggu. Tapi setelah di scan, didapati kandungan saya cuma berusia 6 minggu sahaja. Gambar yang tertera di skrin tu pun menunjukkan saiz yang kecil je. Menurut kata doktor, kandungan saya itu memang tidak dapat diselamatkan. Ya Allah...berderau darah saya mendengar penjelasan doktor tu!
Apa yang patut saya buat? Kata doktor ada dua pilihan. Pertama, dia nak bagi surat untuk rujuk ke hospital unutk dicuci. Kedua, biarkan saja macam tu...ianya akan keluar dengan sendirinya. Saya kena rujuk semula ke doktor tu selepas seminggu jika ianya tidak keluar seperti yang sepatutnya. Saya pilih yang kedua.
Allah Maha Mengetahui...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada saya ni. Walaupun saya menangisi kehilangannya tapi saya kena redha dengan apa yang berlaku. Saat2 macam ini, saya amat memerlukan kehadiran seorang suami di sisi. Tapi apakan daya, hubby di Johor dan saya pulak di Perak. Lagipun sekarang ni hubby berada di Jengka, Pahang. Ayah kepada kawan sekerja yang sama2 graduate dari Korea dulu telah kembali ke rahmatullah. Takziah kepada Amir dan keluarga. Moga roh ayahnya ditempatkan bersama2 orang yang soleh.
Saat dan ketika ini saya masih menangisi kehilangannya. Ya Allah, kuatkanlah semngatku untuk menghadapi segala cubaan dan dugaanMu!!!