Tuesday, April 20, 2010

Kek Marie Koko



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Semalam hari Isnin. Hari ini hari Selasa.  Petang semalam hujan lebat. Memang lebat. Siap dengan guruh berdentum-dentam lagi. Ikutkan hati, kalau hujan2 cam gitu, yang sedapnya ialah tidur...hehehe. Tapi Adik asyik menyuruh saya buat kuih yang ada cokelat cair tu. Saya pun tertanya2 juga sebenarnya, kuih yang mana satu. Saya pun bertanya pada Adik kuih yang mana satu. Katanya kuih tu yang ada biskut2 tu, lepas tu emak bubuh milo. Oooooooo...kuih itu!!!!  Kek Marie Koko rupanya yang menjadi idaman Adik.

Semalam Abang Ngah balik lewat dari sekolah.Ada kelas ICT. Jam 3:15 petang baru dia telefon dari telefon awam kat luar kawasan sekolah tu suruh saya jemput dia. Hari dah nak hujan masa tu. Selepas jemput Abang Ngah, saya terus singgah ke kedai. Beli biskut marie dan susu pekat manis.

Selepas makan, Adik dan Abang Ngah pergi mengaji. Masa itulah saya menggodek kuih ni. Senang jer nak buatnya. Masukkan smua bahan ke dalam periuk besar kecuali biskut marie yang telah dipatah2kan. Masak dengan api sederhana hingga agak berketul2 dan bergentel2. Masukkan biskut dan kacau hingga rata. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Biasanya saya akan alaskan loyang dengan plastik sebab nanti senang nak dikeluarkan untuk dipotong. Tak perlu dipotong di dalam loyang. Saya "sorok" kuih tu dalam petiais. Tak siapa pun jumpa kuih tu semalam.

Hari ini, Adik "menggeledah" petiais dan dia terjumpa kuih ni.

Haaaa....kuih ini la yang Adik cakap dengan emak semalam! Nak..nak...nak! Adik nak makan ye mak?"

Ya lah! Nanti emak potongkan.

Nanti Adik nak bawa bekal pergi sekolah ya!

Ya lah...!




No comments: