Thursday, April 29, 2010

Blueberry Cheese Tart



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah...syukur kita kepadaNya kerana diberi peluang untuk melihat dunia lagi hari ini. Dan dengan pelung ini jugalah maka terpaparlah seperti apa yang semua pengunjung dapat lihat. Saya masih berpeluang untuk menghasilkan tat yang telah saya pelajari minggu lepas. Alhamdulillah...menjadi juga hasil kerja tangan saya.



Kulit tat tu saya dah buat semalam bersama Abang Ngah. Hari ini pulak, selepas Adik ke sekolah, saya menyediakan pulak adunan kejunya. Saya juga pempraktikkan apa yang telah diajar oleh sifu ari tu. Alhamdulillah...menjadi!!!


Unutk kulit tat ini, saya menggunakan teknik untuk kulit yang "selamat", yang tidak terlalu rapuh. Menurut kata sifu, ada 2 teknik untuk membuat kulit tat ini. Samada nak hasil kulit yang rapuh ataupun nak kulit yang lebih selamat dipegang. Mestilah saya pilih yang lebih selamat...kan?


Untuk membuat coraknya pula, saya ambil sedikit adunan keju dan campurkan dengan sedikit pewarna. Kalau buat tat blueberi, gunalah warna ungu, kalau tat strawberi, gunalah pewarna merah jambu, dan seterusnya... Dengan cara ini, senanglah untuk kita melukis coraknya. Lepas tu, adunan keju ni tidak perlu dibakar terlalu lama. Kalau terlebih bakar, rupanya tidak berkilat2 cam gini.
Errr...agak2nya boleh tak lukis gambar ULTRAMAN kat atas tat ni???



Lihatlah limpahan blueberry di dasar kulit tat tu...! Itu yang sedap tu selain daripada rasa adunan keju di atasnya. Kuantiti filling tu terpulanglah kepada citarasa masing2. Filling tu pun boleh ditukar kepada lain2 filling mengikut kegemaran masing2.

Ada sesiapa yang nak rasa??? Atau nak order???


Ayam Dan Crust



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Sihat semua? Alhamdulillah....! Moga kita semua sentiasa berada di dalam lindunganNya. InsyaAllah....!

Kali ini pun tak nak bercerita dan berceloteh panjang2. Sekadar nak tayangkan menu kami semalam. Tidaklah secanggih mana pun. Biasa2 aje. Sekadar Ayam Masak Madu saja. Masa hubby pergi hantar anak2 ke sekolah pagi semalam, saya berpesan kepadanya supaya beli ayam seekor. Stok lauk dah abis dalam petiais tu. Tak kan le nak makan lauk telur atau sadin lagi. Kesian pulak anak2. Proses memasak pun cepat je. Awal2 pagi lagi dah siap msak nasi. Sementara menunggu Adik untuk ke sekolah, saya goreng ayam dulu. Selepas Adik ke sekolah, terus masak lauk ni. Siap!


Adik suka lauk ini sebab ada rasa manis2 sikit. Kalau pedas2 tu, dia tak berapa nak berkenan. Kalau nak makan pun, terpaksa "dibersihkan" ayam tu dulu. Dan macam biasalah...Adik mesti cari bahagian paha ayam.

Selepas menjemput 2 hero dari sekolah, saya merajinkan diri untuk mencuba kemahiran membuat kulit tat. Dah pergi belajar hari tu, rugi kalau tidak dipraktiskan. Saya buat satu adunan kulit tat. Sambil duduk depan tv, sambil tangan menempa kulit tat ke dalam acuannya. Abang Ngah pulak ringan tangan jugak untuk mencuba. Dialah yang menolong hingga selelsai. Tak banyak pun, satu bancuhan tu dapatlah dalam 42 biji kulit tat bersaiz 1".  Pandai pulak Abang Ngah menempa kulit tat tu. Sekali ajar je dah boleh buat.


Siap disusun ke dalam dulang sebelum dibakar...


Dah siap dibakar dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan di salam petiais. Hari ini baru bercadang nak buat intinya. Pilihan kami ialah Blueberry Cheese Tart...!


Wednesday, April 28, 2010

Ole2 Dari Kampung Dan Hasilnya


Salam sejahtera untuk semua. Tak nak cerita panjang2 kali ni. Ringkas2 jer. Hujung minggu yang lepas, hubby balik kampung bersama dua orang hero kami - Adik dan Abang Ngah. Petang Sabtu balik ke sana, hari Ahad malam balik ke sini. Hari Isnin nak kerja dan anak2 nak bersekolah. Banyak ole2 yang hubby bawak balik dari kampung. Jom kita tengok...!


Sebemban pucuk ubi...!

2 biji nenas...!

5 biji keledek ungu...!

Sebiji labu...!

6 sisir pisang...!


Semalam, hari Selasa, saya gulaikan kesemua pucuk ubi tu. Dapat seperiuk besar. Anak2 memang suka meratah Gulai Lemak Pucuk Ubi ni...emaknya pun sama! Semangkuk besar saya hantar ke rumah jiran yang berpenghuni. Ada juga jiran lain yang dekat tapi rumah mereka tidak berpenghuni sebab masing2 pergi kerja.


Gulai Lemak Pucuk Ubi...


Tuesday, April 27, 2010

Tag Dan Award Dari Yatie


Salam sejahtera semua. Adui...ni entry yang ke berapa untuk hari ni? Apahal le dengan mak budak sorang ni ya. Mabuk entry ke apa ni...?

Itulah dia...nak dijadikan cerita. Kengkadang tu, masa tak cukup masa, satu enty dalam tiga empat hari pun susah nak nampak. Tapi bila banyak cerita dan curi2 masa, haaa....berderet2 sekali entry keluar.



Kali ini pulak ialah pasal Friendship Award kat atas tu ha... Saya dapat bear tu daripada Yatie (http://yatiememories.blogspot.com/) yang tinggal kat obersee nuuunnn....!  Terima kasih banyak2 sebab ingatkan K.Ita ya Yatie...! Tapi ada le pulak syarat2nya yang kena ikut....

1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
- Ok dah buat seperti yg di minta...

2) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
- Dari kenalan maya yang jauh di sana...Nor Hayati Ramlan.

3) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?

KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....
- InsyaAllah, akan cuba menjawab sebaik dan seikhlas yang mungkin...

1) FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....
- Ita : kebanyakan kenalan memanggil saya dengan nama ringkas ini
- Kak Ita : bagi yang muda, menambahkan "KAK" sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua (tua???)
- Kak Ngah : panggilan oleh teman2 semasa belajar kat Korea dulu ( saya rindu dengan panggilan ini...)
- Ros : ada sorang je yang panggil saya dengan nama ini. Janggal bebeno rasanya. Teman sepengajian semasa di UiTM Shah Alam sekitar 1986 - 1988 dulu.
- Emak : dah tentunya panggilan oleh anak2 tersayang

2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
Banyak tarikh yang penting tapi nak 5 aje kan...
- June 17 : tarikh saya dilahirkan 42 tahun yang lampau!
- June 28 : birthday hubby
- August 22 : our anniversary
- Birthday anak2 : Jun 9th (Ayong), Apr 11th (Abg Ngah), Jan 3rd (Abg Yang), Dec 14th (Adik) 
- Biasalah...birthday emak, arwah abah dan adik-beradik yg lain. Birthday kengkawan kekadang lupa...hehehe
3) FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
- Masak nasi lemak untuk sarapan
- Membasuh & ampai kain-baju
- Menghantar Abang Yang ke sekolah agama
- Pergi kelas memasak
- Menanti kepulangan hubby dan dua heroku dari kampung

4) FIVE WAYS TO BE HAPPY....
- Jalan2 dengan family
- Dapat jumpa kawan2 lama
- Dapat meluangkan diri untuk majlis2 ilmu dan majlis2 setempat...InsyaAllah
- Memasak makanan yang menjadi kegemaran semua orang
- Layan internet...cari resepi baru, layan kawan2 kt alam maya

5) FIVE FAVOURITE MOVIES...
- Maaf le sebab tak suka tengok movie (wayang)...sekadar layan cerita2 yang ada di TV sahaja...

6) FIVE FAVOURITE HOBBIES....
- Memasak
- Berblogging
- Mencuba resepi baru
- Suka baca novel2 cinta & buku2 ilmiah
- Suka tangkap gambar...anything!

7) FIVE FAVOURITE PEOPLE....
- Suami dan anak2
- Emak, arwah abah, emak dan abah mertua
- Adik-beradik yang "tidak banyak songel"...
- Jiran2, teman2 yang ikhlas
- Dan ramai lagi...

8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
Kalaulah saya dapat bercuti...! Tapi kalau dapat bercuti, saya nak ke :
- Tempat2 yang boleh menenangkan fikiran
- Tempat2 yang indah pemandangannya - tepi laut, atas bukit, dll
- Tak ada tempat tertentu sebab lum pernah sampai...

9)  FIVE REASON YOU ANSWER THE SURVEY....
- Sebab dah kena tag dengan Yatie...
- Suka juga sebab terasa dihargai
- Sedikit sebanyak membantu memperkenalkan diri pada kawan2
- Untuk memeriahkan dunia blog
- Lepas ni boleh "kenakan" kawan2 yg lain...hahaha

10) FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...


Aduiii...berjam2 jugak nak menyiapkan benda alah ni. Penat otak. Dah siap dah. Nak tidur lak. Kepada yang kena tag tu, jangan buat2 tak nampak tau!!!!!!

Monday, April 26, 2010

Kita Minum Dulu...!



Setelah penat bertarung dengan ULTRAMAN siang tadi, saya melepaskan dahaga dengan minuman ini... Sarsi Vanilla Float!!!.Fuhhhh...leganya tekak! Alhamdulillah...!




Hasil Lukisan...


Selamat malam. Aduiii...dah malam rupanya! Patut le mata ni macam nak terpejam jer...mengantuk. Jap lagi tidurlah. Tapi sebelum tu...korang jangan ketawa tau!!! Janji....!!! Siapa ketawa...tak nak kawan!

Tapi kan...ketawa tu bagus sebenarnya. Cumanya jangan terlebih ketawa. Terlebih ketawa akan membuatkan hati kita jadi kematu...hati kita jadi mati. Ok...sapa2 yang nak ketawa tu, ketawa sopan2 tau! Jangan sampai nampak baris2 gigi yang tak berapa nak lawa tu. Jangan sampai terdengar sampai ke hujung kampung ataupun ke hujung blok...

Aduiiii....saya ni bukanlah seseorang yang mempunyai kemahiran untuk melukis. Setakat nak lukis orang lidi tu...bolehlah. Nak lukis gambar matahari pun...macam budak2 tadika melukis. Rasanya lukisan diorang lagi cantik dari lukisan saya. Tapi hari ini saya telah mendapat satu tugasan untuk melukis gambar ULTRAMAN. Betullllll....! U.L.T.R.A.M.A.N...!!!  Lukis bukan sebarang lukis tau...lukis kat atas sebiji kek!!!!

*
*
*
*
*
*

WACHAAAAA....!!!




Hasil seni lukisan saya di atas sebiji kek. Ada tak rupa ULTRAMAN????

Jenuh memerah segala tenaga (macam kerja berat bebeno...!) untuk melukis gambar katun ni. Malam semalam saya mintak tolong pakcik google untuk carikan gambar2 katun tu. Lepas tu print. Lepas tu try lukis atas kertas. Memang tak ada seni...

Anyway...Happy Birthday to Syaher Irfan!


Kek : Vanilla Sponge Cake
Deco : Buttercream
Wt : +-1.2 kg

Kelas Aneka Tat

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Alhamdulillah...selesai sudah lagi satu kelas masakan yang saya hadiri. Tapi ini sebenarnya ialah cerita semalam...cerita hari Ahad. Hari ini dah hari Isnin. Dah terlewat sehari. Tapi tak apa, nak cerita jugak!

Cerita pasal kelas aneka tat yang saya hadiri semalam. Siapa lagi gurunya kalau bukan si Nina comel tu! Masuk kali ini dah tiga kali saya berguru dengan dia. Kelas sepatutnya bermula jam 12:00 tengahari tapi jam 12:00 tengahari, saya baru bertolak ke rumah Nina. Memandangkan saya dah tahu rumahnya di mana, tidaklah menjadi satu kepayahan untuk saya mencari rumahnya. Cumanya...nak parking kereta kat area tu payah sikit sebab jalannya sempit. Terpaksa curi2 parking kat depan rumah orang.

Masa saya sampai tu, Nina baru selesai kelas steam buttercream bersama dua orang pelajarnya. Masa tu mereka tengah adakan sesi bergambar. Habis merah2 tangan mereka kerana bermain dengan pewarna.

Apa yang kami pelajari dalam kelas aneka tat semalam? Macam-macam...! Bertambah ilmu pengetahuan saya tentang selok belok tat ni. Sebelum ni pernah juga mencuba sendiri, ikut resepi kat internet tu. Tapi hasilnya kurang memberangsangkan sebab main cuba2 jer. Dah belajar sendiri ni, dengan hands-on lagi, rasanya macam kacang jer...! Empat jenis tat yang kami buat semalam. Dan sudah tentulah kami pun belajar membuat crustnya sekali.



Ini ialah Tart Crust. Yang besar tu untuk Tat Telur dan yang kecil2 tu untuk tat yang lain2 (Cheese Tart, Choc Tart ataupun Fruit Tartlet). Untuk Tat Telur, kulitnya kena tebal sikit, kalau tak...bancuhan telurnya nanti akan meresap hingga ke luar kulit. Untuk tat lain, nak buat nipis sikit pun tak apa. Ada 2 kaedah untuk membuat kulit tat ini, samada menggunakan kaedah gaul dan ramas ataupun dengan cara pukul (samada guna mixer, whisk ataupun senduk kayu). Kalau guna kaedah gaul dan ramas, kulitnya akan menjadi sedikit rapuh...senang pecah. Selepas doh dah siap, ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan. Masa ini kena ikut naluri masing2 untuk menentukan ketebalan kulit tat tu. Kalau rajin...bolehlah dicanai doh tersebut mengikut ketebalan yang diingini dan dipotong dengan acuan berbentuk bulat sebelum dimasukkan ke dalam acuan tar. Selepas tu bolehlah dibakar sehingga masak & kekuning2an. Dah masak, sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuannya. Kulit tat ni boleh dibuat "in advanced"...simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam petiais. Nak guna nanti barulah dikeluarkan semula.


Ini ialah Blueberry Cheese Tart. Tengok tu...Cik Adik tu tengah mencorakkan tat tersebut. Bahan yang digunakan untuk mencorakkan tat ini pun ada rahsia tersendiri juga yang tidak saya ketahui sebelum ini.


Adik2 sedang mencedukkan adunan telur untuk Tat Telur. Cuba tengok Cikgu Nina tu...berdiri pun dah tak berapa nak larat, kena berpaut pada petiais...!

Yang bertudung hitam berbaju merah tu ialah Shima. Asal dari Johor, orang Permas Jaya je tapi menetap di Kulim, Kedah. Dia sedang bercuti, kira balik kampung laaaa...! Esok (Selasa) dah nak balik semula ke Kulim, Kedah. Jaaaaauuuuuuhhhhh ttttuuuuuu....! Dan hari ini (Isnin) dia belajar buat cupcake pulak dengan Nina. Rajinnya dia...!

Yang bertudung hijau tu pulak ialah Norsaadah, orang Kempas jer... Masih solo. Tinggal dengan keluarga. Ada sapa2 nak berkenalan? Dia dah pandai buat macam2 jenis tat, nanti boleh rasa air tangan dia...hehehe!


Tat Telur yang dah siap untuk dibakar...!


Dah masukkan Tat Telur ke dalam oven, buat Tat Buah pulak.

Ini buah2an yang kami gunakan. Strawberi, kiwi dan anggur hitam rangup...!


Saadah tengah mengacau adunan kastad untuk dikawankan dengan Tat Buah nanti. Kacau rata2 tau! Jangan sampai berketul2 pulak kastad tu nanti...!


Bila dah masukkan kastad ke dalam kulit tat, susun ler buah2 tadi mengikut kreativiti sendiri. Lepas tu dah boleh terus di-ngap...!


Akhir sekali ialah Tat Cokelat. Kepada penggemar cokelat, mesti akan menyukai tat ini sebab memang dipenuhi dengan adunan cokelat sahaja...


Kelas Nina sekarang ada CLASS gitu...sebab dah ada sijil. Kami bersama hasil tangan dan sijil masing2. Segan pulak saya sebab saya sorang je yang MUDA kat sini...hehehe! 


Abis sememeh Tat Cokelat saya. Cokelatnya belum berapa elok keras...tu yang mengalir keluar tu. Tempat letaknya masa dalam kereta tu tak rata pulak. Abis terkeluar cokelatnya...

Saya dah terror buat tat ni. Ada sapa2 nak order? Atau nak rasa air tangan saya??


Sunday, April 25, 2010

Nasi Lemak Midnight



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari minggu begini, apa perancangan anda semua? Ke Jom Heboh di Danga Bay? Shopping? Mesyuarat?

Walau apapun yang anda lakukan, mulakan dengan niat yang betul. Dan mulakan hari anda dengan sarapan pagi...hehehe. Kenapa Nasi Lemak Midnight? Hmmm...ada sedikit cerita disebaliknya...

Semalam...hari Sabtu...Abang Ngah dan Abang Yang ada squash tournament di Tanjung Puteri Golf Resort. Hubby gi hantar mereka, kena berada di sana sebelum jam 8 pagi. Ayong pulak ada sekolah ganti. Lepas hantar mereka, hubby jemput saya pulak. Kami ke Pasar Tani. Cari apa? Adalaaaa......!

Dari situ, saya terus singgah di Masjid An-Nur hinggalah hubby datang jemput semula jam 11:00 pagi. Terus pulak ke Larkin Perdana...mencari barang2 kuih dan kek. Banyak juga memborong semalam. Nasib baik hubby sporting. Ingatkan nak bayar sendiri tapi hubby dah keluarkan dompet dulu...kita diam ajelah!

On the way balik, jalan jammed pulak sebab ada orang tengah tampal jalan2 yang berlubang2 tu. Terus pulak gi jemput 'pemain squash' balik dari tournament. Tak abis lagi...bersambung ke hari ini (Ahad). Selepas tu terus singgah makan di gerai yang berhampiran. Lepas tu hantar 'pemain squash' balik rumah. Kami pulak terus pergi shopping barang2 dapur. Hubby nak balik kampung, nak bawak sekali barang2 dapur. Nanti tak payah lagi nak gi shopping kat Parit Yusuf tu.

Abang Yang pulak terus ke sekolah agama...ada sekolah ganti. Jam 3:30 petang, hubby bersama Abang Ngah danAdik bertolak balik ke Muar. Tinggallah aku kesaorangan...! Jam 5:00 petang pergi jemput Ayong balik dari latihan pancaragam di stadium.

Sebelah malam, Abang Yang ada lagi latihan nasyid. Aduhai...dah esok (Ahad) nak buat persembahan, malam ni boleh buat latihan lagi tu...! Pergi pulak jemput dia jam 10:00 malam. Takut juga nak keluar rumah malam2 gitu tapi nekad ajelah. Alhamdulillah...semuanya selamat!

Sambil tengok cerekarama, sambil layan internet. Lepas tu Abang Yang pulak sambung internet...game lah, apa lagi! Masa itulah saya ke dapur menyediakan nasi lemak ini!

Tengah2 malam tu lah nak kopek ikan bilis, nak kisar cili kering, rebus telur, masak nasi lemak. Mesti jiran2 pun hairan...apalah yang saya kisar tengah2 malam buta tu! Lepas tu terus tumis sambal ikan bilis. Telur pun dah siap rebus tapi belum dikupas lagi. Tunggu esok ajelah!

Dah abis memasak, layan internet lagi tapi kali ini kat dalam bilik pulak. Masa tu anak2 (Ayong dan Abang Yang) dah tidur. Jam 3:45 pagi, terdengar pulak bunyi kereta berhenti kat depan rumah. Issshhhh...mulalah rasa takut. Fobia kena rompak dulu... Intai ikut celah tingkap. Memang ada kereta berhenti...nampak bontot kereta aje. Macam kereta Iswara jer... Kecut juga perut. Beranikan diri untuk turun ke tingkat bawah. Jenguk sana... jenguk sini....intai2 ikut celah2 tingkap. Senyap jer! Mana perginya kereta tadi?

Dah tak sedap hati dah. Bila hati mula berkata2, segala ayat kubaca. Kejap duduk...kejap baring kat sofa depan TV tu. Nak lelapkan mata...rasa takut. Akhirnya....terlelap juga mataku ini. Sedar2 dah jam 5:45 pagi...alarm kat handset berbunyi. Adui....senoneng rasa kepala.

Pagi ni tadi ada mesyuarat agung di sekolah agama. Abang Yang ada persembahan nasyid. Dia jadi penyanyi solonya. Tak sangka pulak saya...boleh menyanyi rupanya anak aku ni! Tapi sayang sebab saya tidak dapat menghadirkan diri. Mata ni berat sangat!

Itulah cerita di sebalik Nasi Lemak Midnight ini....!


Jemputlah makan ye...!


Pagi Nan Damai



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Pagi nan damai...! Memang amat mendamaikan. Menikmati keindahan alam ciptaanNya...Subhanallah.

Entahlah...semenjak dua menjak ni pulak, saya suka sangat menikmati dan memerhati mentari pagi di ufuk timur. Dalam beberapa minit, perubahan dan pergerakan awan dan mentari berlaku di depan mata. Allah Maha Pencipta...!



Lihat sahajalah gumpalan awan yang melindungi sinaran mentari pagi. Berbagai2 bentuk tercipta. Sukar untuk ditafsirkan segala makna yang tersirat disebalik setiap bentuk tersebut.


Agak2...macam bentuk apa???


Berteduh dari pancaran terik mentari di bawah rimbunan daun2 menghijau...


Saturday, April 24, 2010

Roses For Me




Terima kasih  untuk Zatie di atas pemberian sejambak bunga ros merah ni. Saya memang giler kalau tengok bunga2 ni terutamanya ros merah macam gini. Tak sabar pulak nak tunggu birthday sebab biasanya akan dapat sebemban bunga ros...bilangan kuntum akan mengikut angka umur! Hehehehe...meriah dengan bunga!
Anyway...sekali lagi jutaan terima kasih untuk Zatie kerana masih ingatkan K.Ita ni walaupun dengan kesihatan yang kurang menyenangkan. Moga Zatie cepat sembuh...


Juadah Semalam


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua tetamu. Kenapa juadah semalam? Kenapa bukan juadah hari ini? Sebab....ini semua adalah juadah semalam. Juadah hari ini belum lagi. Sekarang ni...waktu ini dan ketika ini, dah masuk hari baru. Hari Sabtu. Dah hampir jam 1:00 pagi. Juadah2 di bawah ini adalah juadah hari Jumaat. Itu sebabnya Juadah Semalam...



Apam Beras ataupun Apam Tepung Beras ataupun Apam Nasi. Ketiga2 adalah sama. Ketiga2nya menggunakan nasi sebagai salah satu bahan dalam adunannya. Bahan2nya mudah sangat. Nak buatnya pun senang aje. Malas ataupun rajin je persoalannya. Kalau rajin, menjadilah apam ni. Kalau kurang rajin, tengok2 ajelah kat blog orang lain...hehehe. Saya ni pun dah lama teringin nak buat apam ni tapi baru hari ini sampai angin rajinnya. Sebelum ni pun terjenguk2 kat blog orang2 yang rajin mengapam... Saya buat dengan pilihan 3 warna yang saya celorengkan serba sikit. Saja2 jer nak tunjuk terror yang tak seberapa ni....



Ini pulak ada cerita tragis disebaliknya. Semalam kan ker hari Jumaat. Jadinya segala persiapan untuk memasak perlu dilakukan cepat dari hari2 biasa. Selepas aje Adik ke sekolah, saya terus ke dapur. Menyinsing lengan baju semestinya...sebab lengan baju panjang hari ni! Kalau tak disingsing, payah pulak nak buat kerja, kan! Saya pun capai telur ayam gred B 6 biji lalu saya masukkan ke dalam periuk dan diisi dengan air secukupnya. Kemudian saya tenggekkan di atas dapur. At the same time (speaking ler pulak...!), saya menyediakan segala bahan2 lain yang perlu seperti bawang2, lada, ikan bilis, rempah-ratus. Dalam kepala ni memang dah BERNIAT nak masak KURMA TELUR. Dan terbayang2 pun! Lama dah tak pekena kurma rasanya. Jadinya segala mcam persiapan (macam ler susah sangat ye...!) dah saya sediakan. Tibalah masa untuk membancuh pes kurma.

Geledah punya geledah, cari punya carik, selongkar punya selongkar.... mana laaaaa perginya rempah kurma ni??? Aduiiiii yaiiii...tak ada stok ler pulak!! Yang ada ialah rempah sup, rempah kari ikan dan rempah kari ayam. Telur dah dah siap direbus tadi dah saya kupas dan dah digoreng bulat2. Tak kan ler nak diSUPkan telur bulat2 tu? Macam tak pernah dibuat orang jerrrr! Akhirnya....jadilah KARI TELUR BULAT2 (sebarang jer bagi nama ya...!).


Kobis goreng ikan bilis sebagai kawan kepada kari telur tadi...


Friday, April 23, 2010

Choc Chip Cookies


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Percubaan pertama untuk membuat Choc Chip Cookies ni akhirnya berjaya. Malam semalam, saya mencuba untuk membuat cookies ni. Memang tak susah nak membuatnya. Bahan2nya pun senang jer. Rasanya memang sedap. Mungkin dari segi rupanya tidaklah secantik dan setampan mana tapi dari segi rasanya memang ada kelas tersendiri.  


Percubaan pertama malam semalam, saya gunakan badam cincang di dalam adunannya. Dan juga choc chip sebagai hiasan. Adunan ini saya masukkan ke dalam piping bag. Senang sikit sebab tak perlu disudu2...dipicit2kan sahaja. Nak dapat saiz yang agak sama pun senang sikit. Choc chip tu pulak, Adik yang tukang letakkan ke atas adunan sebelum dibakar. Sebiji letak atas cookies, sebiji masuk ke mulut dia. Masak aje cookies ni, masing2 mencuba. Alhamdulillah kerana mendapat sambutan yang baik dari anak2 dan hubby. Maklumlah...tak pernah buat sebelum ini. Mcam biasalah, kalau benda2 baru ni, anak2 masing2 berebut nak bawak bekal ke sekolah. Satu adunan tu bukannya dapat banyak sangat pun. Adalah dalam 60 biji. Malam tu dah hampir seloyang habis, sebelah pagi pulak anak2 bawak bekal, Adik pun bawak bekal jugak. Adalah baki lagi dalam lebih kurang 15 biji. Nasib baik ada baki, boleh juga dibuat juadah minum dengan kopi jam 11:00 pagi tadi...



Ini pun Choc Chip Cookies jugak tapi versi lain sikit. Ini saya buat malam tadi. Selepas habis menonton Buletin Utama, barulah saya menggodak cookies ni. Ada sedikit perubahan pada bahan2nya kali ini sebab saya tambahkan serbuk koko. Yang semalam punya saya tak masukkan serbuk koko. Itu sebab warnya yang semalam punya berbeza dengan yang malam tadi punya. Kali ini juga saya gunakan badam yang kasar2 instead of badam cincang kecik2 tu. Itu yang nampak putih2 tu...badam ler tu. Dan juga saya gunakan dwi-color choc chip. Kalau gunakan yang warna cokelat tu, tak nampak ler choc chipnya sebab dah sama warna dengan adunannya.


Rasa Choc Chip Cookies yang ini lebih enak sebab ada lebih rasa cokelat dan juga lebih terasa badamnya sebab gunakan yang lebih kasar2 dengan kuantiti yang lebih banyak. Tengoklah tu!!! Baunya memang menarik perhatian bukan setakat jiran2 tetapi juga Sang Rama-Rama tu....!


Wednesday, April 21, 2010

Bun Aiskrim Dan Siakap


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Tengahari tadi tidaklah berapa nak panas. Macm nak hujan pun ada...mendung jer tapi mentari masih memancarkan sinarnya. Tapi alhamdulillah, kain-baju pusingan pertama dah kering. Pusingan kedua masih diampaian. Sempat ke kering tu? Macam tak sempat jer.....!

Jam 1:00 tengahari keluar rumah, menjemput putera2 dari sekolah. Dalam pada menanti mereka keluar dari sekolah, tiba2 saya terbayangkan sesuatu. "Sesekali...kurasa teringin....". Kena betullah dengan lirik lagu Shima tu. Memang tiba2 rasa teringin sesangat. Tak tau le kenapa. Kat kepala ni membayangkan....kalaulah dapat menikmatinya, alangkah enaknya dan puasnya!!!! Tak sabar2 rasanya nak menikmatinya. Isshhhh...lambat ler pulak bebudak ni keluar dari sekolah.

Apa yang saya teringin sangat tu? Ini haaaa.....roti ngan aiskrim ni...!!!! Terus singgah kedai, beli dinner bun (beso sikit...hehehe) dan aiskrim perisa vanilla. Balik rumah, terus belah roti bun tu dan sendukkan aiskrim ke dalamnya. Alhamdulillah...tertunailah sudah hajat dihati!!!! (pinjam tag Kak Ina KL jap...). Bun tu ada 6 biji jer. Sekarang ni tinggal 2 biji jer. Tidaklah.....bukan saya yang makan 4 biji lagi tu!!!! Saya makan DUA je....!!! Kenyang....! Alhamdulillah!!!! Dah tak payah makan nasi dah!




Siakap Masam Manis ni habuan anak2 je. Emaknya dah kenyang makan bun dengan aiskrim. Awal2 lagi saya dah gorengkan ikan siakap ni dan letak dalam pinggan hidang. Kuahnya pun dah masak awal2 juga tapi tidak dicurahkan dulu. Tunggu anak2 dah balik baru dicurahkan kuahnya ke atas ikan.



Kuahnya saya masak lebih sebab masih ada seekor ikan siakap yang belum digoreng. Cadangnya untuk juadah makan malam pulak nanti. Seekor ikan ini bolehlah dikongsi bertiga oleh anak2. Petang nanti cuma perlu goreng ikan sahaja. Kuahnya masih ada baki. Nanti tinggal nak curahkan sahaja. Senang kan???




Mentari Merah Di Ufuk Timur


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Pagi yang damai...memang mendamaikan. Dengan kedamaian yang dianugerahkan olehNya, ku abadikan dengan DC ku yang tidak secanggih mana. Namu hati ini puas menatapnya. Subhanallah...betapa hebatnya kuasaMu, betapa Engkau Maha Pencipta! Alhamdulillah...syukur ku kepadaMu kerana memanjangkan usiaku untuk menikmati satu lagi keindahan alam ciptaanMu.

Dari tabir tingkap kamar peraduanku, ku abadikan mentari merah di ufuk timur ini... Lihatlah teman! Maha besar kuasaNya menciptakan panorama sedemikian...


7:13 pagi

7:14 pagi

7:15 pagi

7:16 pagi

7:17 pagi

7:18 pagi

Menantikan kepulangan suami tersayang dari menghantar putera2 ku ke sekolah, kuubah kedudukan ke halam rumah...

7:19 pagi

7:20 pagi

7:21 pagi

7:23 pagi

7:24 pagi

7:27 pagi

7:28 pagi

Sang Gagak yang turut terpesona dengan keindahan alam...