Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung.

Sekadar ingin mengucapkan :


SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU



Roti Dan Agar-Agar


Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2010. Dah tercapai ke segala azam tahun 2010?? Tercapai ke...tidak ke...hidup dan perjuangan harus diteruskan. Jangan pulak disebabkan azam tidak tercapai sampai mogok makan pulak! Jom kita makan dulu....


 Roti Pattaya...

Dapat idea nak buat Roti Pattaya ni selepas makan sarapan di kafe kat Pusat Bandar tu. Tapi kafe tu punya Roti Pattaya tidaklah semeriah yang saya buat ni. Roti ni saya buat untuk sarapan pagi tadi. Nak resepinya...masuklah ke dapur saya ya...



Agar-Agar Karamel 2 versi...

Hmmm...lagi2 agar2 ni! Anak2 suka makan Agar-Agar Karamel yang ni. Nak buatnya pun senang jer. Tak payah tengok resepi pun dah boleh buat. Kali ini saya buat dua versi. Satu...versi yang tak ada karamel dan satu lagu yang ada karamel. Mula2 saya buat yang ada karamel dulu...yang bentuk love tu... Bakinya barulah saya masukkan dalam acuan biasa. Dapatlah 4 biji bentuk cam gitu. Masa hubby balik dari solat Jumaat, saya sajikan dengan agar2 ni. Tengahari tadi hubby tak makan di rumah. Walaupun hari ni dah diisytiharkan cuti umum, tapi hubby pergi gak kerja sebab ada stock-take. Makan tengahari disediakan. Tu yang tak balik makan tu. Cuma balik untuk solat Jumaat jer...


Wednesday, December 29, 2010

Pencuci Mulut


Hari Selasa lepas (21hb Disember), Ayong ada Jamuan KRK 1st Batch (2007 ~ 2009) di rumah Cikgu Masrawati. Saya cuma buatkan Agar-Agar Karamel 2 loyang je. Ayong bawak dengan loyang2nya sekali. Tapi pesan dengan dia jangan ditinggalkan pulak loyang tu kat rumah cikgu.

Untuk anak2 yang kat rumah pulak, saya buatkan agar2 ni jugak tapi tanpa karamelnya sebab ada yang suka tanpa karamel. Sekejap jer dah abis. Lepas tu masing2 berebut nak kan bunganya...




Lain kali kena warnakan bunga, daun dan batangnya dengan warna2 yang sepatutnya. Barulah cantik....kan?


Happy 6th Birthday To Adik


Sekitar tiup2 lilin dan potong2 kek masa birthday Adik pada 14hb Disember lepas. Tahun 2011 ni dah masuk Tahun 1 tapi umur baru genap 6 tahun. Saya tak prepare apa2pun sebab keadaan tidak mengizinkan. Takpelah...tahun depan kita buat kek besar ya...!

 Kek ni hubby beli kat SDS...

 Tiga dah padam...tinggal lagi 3...

 Tersenyum sambil potong kek...

Adik tengah waaacchaaa dengan kek tu...

HAPPY BELATED BIRTHDAY UNTUK ADIK....!


Putu Perak Fresh


Aikkkk...tak habis lagi cerita pasal Putu Perak??? Hehehe...jangan boring ya! Ceritanya tak panjang mana pun. Jom baca...!

12hb Disember lepas saya bertolak balik ke Pasir Gudang seawal jam 9:30 pagi. Hubby dan anak2 baru je sampai ke kampung pada pagi Sabtu tu (11hb Disember), sekitar jam 6:00 pagi. Kesian kat hubby sebab penat memandu belum hilang dah bertolak semula ke Pasir Gudang. Tujuan kami bertolak awal ialah supaya hubby sempat berehat sebelum pergi kerja pada pagi Isnin tu. Selalunya kami bertolak balik pada sebelah petang dan hanya akan sampai ke rumah di Pasir Gudang sekitar jam 3 @ 4am pagi Isnin. Hubby cuma sempat lelap 1 @ 2 jam sahaja.

Mula2 kami singgah di Hentian Simpang Pulai. Konon2 nak cari buah Mempelam Datok. Masa hubby balik dengan anak2 hari tu, sekilogram harganya RM6.00 sahaja. Tapi bila kami singgah hari Ahad tu, harganya dah naik dua kali ganda, kepada RM12.00 sekilogram. Emmmm...langsung tak jadi nak beli. Lagipun saya masih belum boleh makan yang tajam2 cam gitu.

Dalam pukul 11:30 pagi kami sampai di Hentian Ulu Bernam hala selatan. Haaaaaa....kat sinilah yang ada jual Putu Perak panas2 tu!

 Ni...kat Agro Bazaar inilah ada dijual Putu Perak panas tu...
Kalau hari2 biasa, khemah2 merah tu tak ada. Tapi hari tu ada pulak bazar tambahan. Macam2 ada dijual. Orang mengacau dodol kat situ pun ada cuma saya je yang tak snap gambar dia.


 Ada tembikar yang cantik ni...

 Tudung saji ni pun ada....


Tujuan utama kami singgah ialah nak tengok dan beli sendiri Putu Perak panas2 tu. Jom kita tengok camana Putu Perak ni dikukus...
 Inilah kukusannya...

 Lepas adunan tepung dan kelapa dimasukkan ke dalam acuan, ianya ditelangkupkan ke atas lubang2 di kukusan ni. Lepas tu baru ditutup dengan penutup yang bertangkai hitam tu.

 Dalam proses mengukus...

 Yang ni dah siap dikukus dan dibuka penutupnya...

 Lepas tu diletakkan di atas pinggan polesterin. Setiap pinggan ada 6 biji. Harganya RM3.00...

 Salah seorang pekerja di sini sedang membalut putu2 tu...

Yang ini saya makan panas2 kat situ....


Cendawan Busut


Masa kat kampung ari tu, kebetulan hari asyik hujan je. Bila dah selalu hujan, maka keluarlah cendawan2 ni. Walaupun namanya Cendawan Busut tapi tidaklah semestinya terdapat di busut2 sahaja. Adik saya berkerja sebagai peraih getah2 buku. Bila pergi ke kebun2 getah tu (semasa mengambil getah2 buku pelanggan), memang banyak terdapat cendawan2 ni. Apa lagi...kutip ajelah!


 Yang belum berkembang ni memang amat sedap. Kenyal jer bila menggigitnya...

 Versi yang dah mengembang...

Nak masak apa dengan cendawan ni? Macam2 boleh buat. Masak bening cicah dengan sambal belacan, mak rendang dengan udang (atau tanpa udang)...terpulang pada citarasa masing2!

Makan-Makan Kat Kampung


Antara menu2 semasa di kampung ari tu...

 Rendang Cendawan Busut Bersama Udang...
(Lagi sedap kalau kuahnya dikurangkan...)

 Acar Ikan Tongkol...

 Gulai Masam Ikan Kembung...

 Tumis Kucai Dan Taugeh...

 Ulam Silom...

Urap Silom...

Hidangan Idaman


Inilah yang saya idam2kan semasa awal kehamilan hari tu. Alhamdulillah...dah tertunai segala hajat di hati. Cumanya DIA lebih sayangkan kandungan saya. Semuanya tinggal kenangan....


 Croissant Tuna Sandwich...

Punyalah payah nak dapatkan ini. Mula2 berhenti di Dunkin Donut (DD) kat stesen Petronas sebelum tol Skudai (arah utara) tu, black-out pulak kat situ. So, tak dapat nak beli CTS ni. Then berhenti kat Hentian Pagoh (rasanyalah...ingat2 lupa dah...), croissant pulak tak ada. Yang ada cuma bun biasa saja. Biasa pun biasalah! Beli jugak. Akhir sekali berhenti di Hentian Tapah. Masuk DD jugak. Mintak CTS. Mula2 minah tu kata croissant dah abis. Tapi bila dengar saya cerita kisah perjalanan mencari CTS dari Skudai hingga ke Tapah tu, dia pun tengok baju yang saya pakai. Memang masa tu saya pakai baju mengandung saya. Baju tu ialah baju yang saya pakai semasa mengandungkan Ayong hampir 17 tahun yang lalu. Lalu minah tu pun belek2 ler laci tu. Alhamdulillah...ada 4 ketul croissant lagi. Saya pun sambar 2 biji....!

 Cappucino Panas....

Termasuk yang saya beli kat Hentian Tapah tu, dah 3 cawan saya minum sepanjang perjalanan balik ke Chemor ari tu. Puas dah rasanya!!!!

 Kuih Kasui Kak Yang...

Dalam banyak2 saya makan kuih ni, tak boleh celen (challange) yang Kak Yang buat ni. Kuihnya kalau dipegang...tergoyang2 aje! Cukup lembutnya, cukup kenyalnya, cukup kerasnya, cukup rasanya...! Boleh bagi perfect 10 kat kuih ni. Saya order 2 loyang masa kat kampung ari tu...
 Puas hati dapat makannya...

 Putu Perak versi Taman Meru...

Terima kasih banyak2 untuk adik saya sorang ni (CD) yang sanggup ke pasar malam di Taman Meru semata2 nak mencarikan putu ni. Dia belikan 4 bungkus. Setiap bungkus ada 6 biji. Sebungkus harganya RM2.50. Sapa2 yang tinggal di Taman Meru mesti pernah jumpa @ makan putu ni. Disebabkan masa dapat tu dah sejuk, jadinya saya kukus semula sebelum dimakan. Alhamdulillah...! Bukan sekali dia belikan tapi 2 kali...

 Putu Perak versi MAHA 2010 di Serdang...

Hehehe...tak cukup dengan versi Taman Meru, datang pulak versi MAHA 2010. Saya yang berpesan pada adik saya yang kerja kat UPM tu untuk carikan putu ni. Dia pulak mintak tolong kawan dia yang carikan putu ni kat MAHA tu. Dia sendiri tak pergi pun. Putu inilah yang masuk dalam suratkhabar Kosmo! tu...

 Dua versi putu sedang dikukus semula untuk dimakan...

Inilah Putu Perak keluaran Zie’s Taste Cake and Pastry tu...

Di antara putu perak keluaran Zie’s Taste Cake and Pastry dan putu perak versi pasar malam Taman Meru, saya lebih suka yang pasar malam punya. Sebabnya...teksturnya kasar sikit, tak liat dan kurang manis. Zie’s Taste Cake and Pastry punya lebih liat dan manis sangat. Dari segi bentuknya memang Zie’s Taste Cake and Pastry punya lebih cun gitu... Pada saya, Zie’s Taste Cake and Pastry punya tu tepung pulutnya banyak sangat. Kalau dikurangkan tepung pulutnya dan dikrangkan juga kemanisannya, memang teramat marvellous!!!

Apa2 pun, citarasa setiap orang itu adalah berbeza. Itu cuma pendapat saya sahaja. Kalau nak tahu suka tak suka, sedap tak sedapnya, kenalah cuba sendiri ya! Kalau Zie terbaca entri saya ni, jangan kecil hati ya. Itu pendapat saya sahaja...

Tuesday, December 28, 2010

Abok-Abok



Abok-Abok...salah satu kuih lama yang masih diminati ramai. Asalnya dibungkus dalam daun pisang. Tapi zaman kini merubah segalanya. Tak ada daun pisang pun tak apa. Kita boleh guna berbagai jenis acuan dan bekas yang ada. Nak buat comel lote...guna aje bekas2 yang comel2. Yang saya buat kali ini bukan dalam kategori comel lote ye... Kali ini saya gunakan bekas transparent yang selalu saya gunakan untuk buat Triffles tu. Nak resepi? Boleh dapatkan di sini..

Macam yang saya katakan dalam entri yang lepas...cerita ni bukan cerita terkini, sebaliknya adalah cerita2 saya yang tertunggak...hehehe. Pada sesiapa yang nak kuih ni, maaflah ya. Dah abis bulan lepas lagi dah!!!

 

Kembali Bersiaran...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung...

Alhamdulillah...masih ada pengunjung walaupun dah lama sangat saya tidak mengemaskini blog saya ni. Keadaan dan kesihatan saya tidak membenarkannya. InsyaAllah, lepas ni akan terus bersiaran. Banyak cerita yang dah tertangguh ni. 

Nak tau apa cerita2 tertangguh tu? Tungguuuuu....! Lepas ni saya akan kemaskinikan satu persatu...InsyaAllah. Jumpa lagi ya...!

Wednesday, December 8, 2010

Andai Ini TakdirNya...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Andai ini takdirNya, saya terima dengan redha dan hati terbuka walaupun tetap menangisi "kehilangannya".
Kali terakhir bulan saya mengambang ialah pada akhir September lepas. Bulan seterusnya saya tetap menanti bulan saya mengambang. Yalah...bulan mengambang hanya sebulan sekali. Tapi bulan tidak muncul. Tak pa lah, tunggulah sehari dua lagi. Manalah tau kot2 bulan tu lambat sikit munculnya. Tunggu dua tiga hari...tak muncul2. Tunggu lagi dua tiga hari, tak juga muncul.

Lepas tu saya mula rasa nak makan itu dan ini. Nasib baiklah tak teringin pulak nak makan benda yang pelik2. Mana yang saya boleh buat sendiri, saya buatlah. Mana yang hubby kena cari, hubby carikan. Masa inilah yang saya teringin nak makan croissant tuna sandwichlah, capuccinolah, putu mayamlah dan yang paling susah nak cari ialah putu perak tu. Alhamdulillah, bila dah balik ke Perak, saya dapat makan semua benda2 tu.

Straight to the point lah ya. Sebenarnya saya menantikan kehadiran "orang baru" dalam keluarga kami. Ianya dah disahkan sebelum hari raya haji ari tu. Itu sebab semasa Kumpulan Yassin kami membuat aktiviti qurban di taman permainan berhampiran hari tu, saya tidak turut sama dalam aktiviti tersebut sebab tak tahan dengan bau2 daging baru tu. Bila hubby bawak balik daging2 tu pun, hubby yang bersihkan dan selesaikan semuanya. Saya cuma memandang dari jauh je...

Minggu pertama selepas tahu yang saya ni berbadan dua, kesihatan  saya sedikit terganggu. Kejap2 demamlah, seram sejuk macam nak demamlah dan macam2 lagi. 

Bila balik ke kampung, saya menguruskan emak saya yang tidak sihat. Bukannya susah sangat pun. Emak pun bukannya tidak boleh bangun. Emak masih macam biasa cumanya emak tak boleh buat kerja2 rumah sebab akan cepat penat dan semput. Jadinya, saya take over semua kerja2 emak. Kerja seharian emak pun bukanlah seberat dan seteruk mana pun.

Semalam, petang 1 Muharam, saya mengalami pendarahan. Ya Allah...kenapa?  Saya dah mula risau. Nak kata saya makan yang pelik2...tidak sekali2. Nak kata saya ada terjatuh....pun tak ada jugak. Perkara yang sama berlarutan hingga ke pagi tadi. Balik dari hospital pagi tadi, saya singgah di klinik kesihatan di persimpangan jalan tu tapi punyalah ramai orang yang sedang menanti hingga tak muat2 ruang yang disediakan. Akhirnya petang tadi saya pergi ke klinik swasta je.

Saya pun berceritalah dengan doktor yang bertugas tu akan hal yang telah berlaku kepada saya. Ikutkan pengiraan doktor, usia kandungan saya dah berusia 10 minggu. Tapi setelah di scan, didapati kandungan saya cuma berusia 6 minggu sahaja. Gambar yang tertera di skrin tu pun menunjukkan saiz yang kecil je. Menurut kata doktor, kandungan saya itu memang tidak dapat diselamatkan. Ya Allah...berderau darah saya mendengar penjelasan doktor tu!

Apa yang patut saya buat? Kata doktor ada dua pilihan. Pertama, dia nak bagi surat untuk rujuk ke hospital unutk dicuci. Kedua, biarkan saja macam tu...ianya akan keluar dengan sendirinya. Saya kena rujuk semula ke doktor tu selepas seminggu jika ianya tidak keluar seperti yang sepatutnya. Saya pilih yang kedua.

Allah Maha Mengetahui...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada saya ni. Walaupun saya menangisi kehilangannya tapi saya kena redha dengan apa yang berlaku. Saat2 macam ini, saya amat memerlukan kehadiran seorang suami di sisi. Tapi apakan daya, hubby di Johor dan saya pulak di Perak. Lagipun sekarang ni hubby berada di Jengka, Pahang. Ayah kepada kawan sekerja yang sama2 graduate dari Korea dulu telah kembali ke rahmatullah. Takziah kepada Amir dan keluarga. Moga roh ayahnya ditempatkan bersama2 orang yang soleh.

Saat dan ketika ini saya masih menangisi kehilangannya. Ya Allah, kuatkanlah semngatku untuk menghadapi segala cubaan dan dugaanMu!!!

Monday, November 29, 2010

Putu Perak


Susah ye kalau dah teringin sangat nak makan sesuatu yang sukar dicari. Saya ni tengah teringin sangat nak makan PUTU PERAK ni. Kena pulak hari tu saya terbaca cerita putu ni dalam Kosmo! Siap saya simpan keratan akhbar tu. Tapi sayangnya tak ada pulak contact no untuk dihubungi. Mana nak cari ya??


credit gambar dari google...

Sesiapa yang ada membeli akhbar Kosmo! keluaran hari Selasa, 23hb November, di sisipan 2 ada ceritanya. Putu Perak ni sekarang diusahakan oleh Zie's Taste Cake & Pastry di Cenderung Balai. Jauh tu.....!

Dulu, kat kampung saya ada seorang makcik ni (Makcik Peah) yang memang mebuat putu ni untuk jualan. Tapi sekarang ni Makcik Peah dah tak ada kat kampung tu. Dengar cerita sekarang ni Makcik Peah ada di Sabah. Allahhuakbar!

Dan kata Kosmo tu lagi, putu ni boleh juga didapati di R&R Ulu Bernam arah selatan. Maknanya saya kena balik ke Perak, lepas tu on the way nak balik ke Johor baru dapt singgah kat R&R ni. Itupun kot ada putu tu masa tu. Kalau tak ada???????????? 
.
.
.
Wwwwaaaaa...........!!!!!!!!!!


Sedikit informasi proses pembuatan putu ni (dipetik dari Kosmo) :
Bahan asas : tepung beras, tepung pulut dan kelapa. Gula dan garam sebagai penambah perisa.
Mula2 beras akan direndam semalaman sebelum ditoskan. Lepas tu dikisar kasar. Lepas tu dikukus selama 40minit. Lepas tu kisar lagi sampai jadi tepung dan dibiarkan sejuk selama sekurang2nya 12 jam. Dah betul2 sejuk, tepung beras akan digaul dgn tepung pulut dan dikisar lagi hingga sebati. Campurkan gula pasir untuk jadikannya manis sikit. 
Lepas tu adunan tepung ni dimasukkan ke dalam acuan, separuh je. Masukkan inti kelapa + garam, dan tutup dgn adunan tepung tadi. Kukus sampai masak.

Sunday, November 28, 2010

Ubikayu Lagi...




Hujung minggu lepas kami balik ke Muar. Masa balik ke sini, hubby bawak balik banyak jugak ubikayu. Dari hari Selasa sampailah ke petang tadi, asyik makan ubikayu je. Ubikayu goreng kunyit la, ubikayu rebus makan dengan sambal ikan bilis la, ubikayu lenyek la...

Hari ini Adik dah komplen...
Mak, makan apa hari ini? untuk sarapan tadi...
Makan ini la.... sambil tunjukkan juadah yang sedang saya makan
Asyik ubiiiiii jeeeee......
Tengahari nanti pun mak nak masak ubi jugak.


Tapi tengahari tadi tak le masak ubikayu lagi! Hubby bawak anak2 ke majlis jemputan perkahwinan kawan dia. Saya tak ikut sama sebab "tengah angin"...hehehe. Sedap mereka makan nasi beriani...

Menerima Kunjungan


Semalam saya menerima kunjungan daripada adik saya dan keluarganya. Dia balik ke rumah mertua di Felda Penggeli. Adik iparnya melangsungkan perkahwinannya semalam di rumah pengantin perempuan di JB. Dah selesai majlis baru dia ke rumah saya. So saya pun menyediakan sedikit juadah untuk mereka nanti. Ringkas jer. Sekadar Agar2 Karamel dan juga ubi rebus bersama sambal tumis ikan bilis. Lepas tu saya buat juga Kek Batik seloyang....


 Potongan terakhir....nasib baik sempat snap!

 Ubi kayu rebus...

 Sambal tumis ikan bilis...

 Bahagian saya...

Kek Batik...

Sepetang Di Tanjung Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah cerita tertunggak minggu lepas. Hujung minggu lepas kami balik ke Muar. Hari Isnin tu cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, jadinya dapatlah kami berada di kampung selama 2 hari. Kami balik selepas Maghrib hari Sabtu tu. Terpaksa balik hari Sabtu sebab meyiapkan tempahan dulu.

Ahad pagi tu, hubby menolong adik2nya memotong kelapa sawit. Hero2 saya pun turut sama. Sekadar tolong mengutip buah2 yang gugur. Sebelah petang pulak, kami keluar jalan2 ke Tanjung Emas. Jom kita tengok gambar2 kami jalan2...


 Pemandangan di sepanjang jalan ke Muar...


Mula2 kami singgah di Taman Tanjung Ketapang. Kawasan ini dah banyak dibaikpulih. Apa keistimewaan taman ini??? Cuba tengok di bawah ni...

 Ada satu lokasi di mana terdapat banyak monyet dengan berbagai aksi. Monyet2 ni tidak takut langsung dengan kehadiran manusia....

 Gaya selamba sang monyet....

 Takut2 berani nak berposing dengan si monyet...


Selepas penat berjalan2, kami singgah di Medan Selera Tanjung Emas. Kawasan makan yang bersih dan teratur. Harga2 makanan amat berpatutan dan jauh lebih murah dari harga makanan di JB ataupun Pasir Gudang.

Antara pemandangan di sekeliling medan selera...

 Antara gerai2 yang terdapat di medan selere tersebut...


Jom tengok apa yang kami makan pulak......

 Rojak buah, ABC, nasi goreng, cendol dan juga mee bandung....

 Percaya tak harga makanan yang kami makan untuk 7 orang berharga cuma RM27.00 sahaja. Murah kan????


 Adik mengejar burung2 merpati yang tengah lepak2 kat situ...

 Kepada pengunjung2 di sekitar Tanjung Emas, adalah dinasihatkan supaya anda mengunci dan menutup tingkap kenderaan anda sekiranya anda memakir kenderaan anda di sekitar kawasan tersebut. Sebabnya......tengok gambar bawah ni....!

 Si monyet ni cuba membuka tingkap salah sebuah kereta yang dipakirkan di situ. Kereta tu berada di belakang kereta kami. Nasib baik....!


Lepas tu kami singgah pulak di jeti berhampiran...Jeti Tanjung Emas.




 Dah penat Adik bermain di taman permainan berhampiran, kami pun bergerak meninggalkan Jeti Tanjung Emas...





 Dalam perjalanan balik, kami singgah pulak di Pantai Leka. Kat sini ada perkampungan nelayan, ada taman permainan kanan2 dan juga Menara Tinjau Parit Jawa...