Wednesday, April 1, 2015

Apam Pisang Gebu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hampir2 jadi arwah dah blog ni. Dah lebih sebulan tak dikemaskinikan. Kesuntukan masa sekarang ni. 
Sapa2 ada pisang lebih tu, kalau dah kehitam2an sikit pun tak apa, jangan dibuang. Jom kita buat "penganan" daripada pisang ni. Adunan yang sama boleh dikukus ataupun dibakar. Dikukus lebih moist daripada dibakar. Saya suka yang dikukus. Lembut. Gebu. Lembab. Nak kukus dalam lloyang besar pun boleh...nak kukus dalam saiz muffin pun boleh...nak kukus dalam acuan lompang yang kecil2 tu pun boleh! Pilih la sendiri ye... Jom tengok resepi.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
8 - 10 biji pisang lemak manis
1 cawan gula
3/4 cawan minyak

Cara-caranya :
Panaskan kukusan.
Ayak tepung, soda dan baking powder bersama. Ketepikan.
Kisar semua bahan lain hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau rata secara kaup-balik.
Sudukan ke dalam loyang kecil2.
Kukus selama 15 minit.
Nota :
Pisang boleh gunakan selain daripada pisang lemak manis. Kuantitinya bergantung kepada saiz pisang. Contoh yang saya gunakan ialah 5 biji pisang berangan atau yang bersaiz lebih kurang dengannya.
Pisang ini juga boleh dilecek sahaja tanpa dikisar. Jika dilecek, bahan2 lain selain daripada campuran tepung tadi boleh dikacau / dipukul dengan hand whisk sahaja. Kemudian campurkan dengan tepung dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan kacau rata.
Selamat mencuba!

4 comments:

Unknown said...

Salam Azita...lamanya tak buat apam pisang...tgk Azita buat apam pisang, teringin pulak.

NEKCIK said...

Alegik tol nekcik kalau nampak apam apam nih..terus jer leleh air liorrr

Azita Zain said...

Zana :
Apam pisang ni paling sempoi. Tak perlu nak timbang2. Sukat guna cawan je. Tak perlu pukul2 bagai...

Nekcik :
Buat le Nekcik. Senang bebeno. Ringkas je. Yang penting...memang gebu dan sedap!

Unknown said...

wow lezatnya bikin nafsu makan meningkat,,...






















Jelly Gamat Gold G