Tuesday, August 23, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan - 22hb Ogos 2011


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-18...!!!!

Tak salah kan untuk wish pada diri sendiri...! Kadang2 tu kita tak perlu untuk mengucapkan sesuatu dengan perkataan. Cukup sekadar dengan perbuatan. Tapi janganlah pulak perbuatan kita tu disalahertikan.

Memandangkan tahun ni ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada bulan Ramadhan, tak ada la nak potong2 kek ke, tiup2 lilin ke, bunga2 ke... Tahun ni taukeh bunga tu rugi sikit sebab hubby tak bagi bunga kali ini. Tapi taukeh kedai handphone tu pulak yang tersenyum lebar....!

Ahad lepas kami ke Jusco Permas Jaya selepas menghantar tempahan cistat di Taman Mawar. Kami pergi selepas Zohor. Tujuan asalnya nak mencari baju kurung raya yang belum dapat lagi untuk Ayong dan saya. Dan nak cari baju2 untuk "3 Muhammad" tu...seluar jeans dah beli awal2, gengnya baru nak cari. Alhamdulillah...baju2 mereka senang jer nak dapat. Tapi baju kurung tak ada pulak kat situ. Tahun2 lepas ada banyak kiosk kat tengah2 tu yang jual banyak baju kurung. Belum ada rezeki kami la tu...

Lepas tu Ayong ajak masuk Watsons. Masa tu hubby dah hilang dari pandangan. Tak tau dia ke mana. Bila saya called, katanya di Galaxy S. Saya pun keluar dari Watson dari mengintai2 manalah kedai Galaxy S tu. Jenuh melilau mata ni tapi tak nampak pun kedai tu. Rupa2nya dia masuk ke kedai Samsung yang ada jual Galaxy S... Bila saya dan Ayong pergi ke kedai tu, nampak hubby tengah pegang Galaxy S II. 

Rupa2nya hubby nak buat surprise konon untuk saya...tapi tak jadi sebab masa salesman tu nak configure, dia perlukan e-mail address & password saya. Hubby kantoi kat situ la...!





Inilah dia Samsung Galaxy S II yang kini telah menjadi milik saya. Puas juga membelek satu persatu untuk memahirkan diri menggunakannya. Memang canggih!


 Semuanya di hujung jari je! 


Untuk hubby, saya belikan jam tangan Casio G-Shock ni.



"YaAllah...bersyukur aku kepadaMU di atas segala limpah rahmatMU...
YaAllah...Engkau peliharakanlah perhubungan kami suami isteri...
Engkau berkatilah hidup kami di dunia ini...
Engkau ampunkanlah segala dosa kami YaAllah...
Engkau jadikanlah kami insan yang bersyukur...
Insan yang beriman...
Berikanlah kami hidayahMU...
Tunjukkanlah kami ke jalan yang benar dan yang KAU redhai...
Moga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir nyawa kami...
YaAllah...sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui...
Aminnn...YaRabbalalamin...!"

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Amin, tahniah, Kak Ita. Kak Ita, nanti install fashion story, leh men game jadi neighbour kedai sy, ya.. hehehe.

Luqies said...

Salam Kak Ngah,

TAHNIAH atas ulangtahun perkahwinan yang ke-18.

Alhamdulillah, dapat pula hadiah Samsung Galaxy S II lagi...

Moga sentiasa dirahmati Allah SWT di samping anak2 pengubat jiwa.

Semoga sentiasa berbahagia di samping suami tercinta hingga ke akhir hayat.

Insya-Allah.

Salam TAHNIAH daripada Ibrahim SQ Ali, Mimi Masura dan anak2 di Seremban, Negeri Sembilan.

Sofea said...

happy anniversary ita..semoga ikatan berkekalan hingga ke syurga..:)

Chik Mimi said...

Aminnn ,tahniah kak ita semoga kasih berpanjangan

geez said...

Tahniah.....Ulangtahun perkahwinan saya sehari selepas akak...... tp baru yg ke-4 hehehe......