Wednesday, September 7, 2011

Pencen Dan Bersara


Setelah sekian lama tidak bersiaran, tiba2 bersiaran dengan tajuk yang agak memusykilkan. Adakah saya akan bersara dari berblog? Atau dengan kata lain pencen dari menjadi salah seorang blogger yang tak berapa nak aktif sangat? Tapi kebiasaannya bila usia dah mencapai angka 55 ataupun 60 barulah layak pencen dan bersara. Betul tak? Itu angka untuk bersara wajib. Tapi kalau nak pencen awal pun...boleh jugak...!!!

Berkisah pasal pencen ni, saya ada satu kisah yang boleh dikategorikan dalam LAWAK SEPERJALANAN... Lawak Seperjalanan sebab kisah ini terjadi semasa dalam perjalanan balik petang semalam....

Semalam (6hb September 2011) bermulalah jadual anak2 yang agak ketat. Tahun ini 3 orang anak saya akan menduduki peperiksaan penting di peringkat masing2. Ayong dengan SPMnya, Abang Ngah dengan PMRnya dan Abang Yang pulak dengan UPSRnya.

Peperiksaan percubaan SPM telah pun bermula semalam sehinggalah 19hb September nanti. Dalam masa yang sama, tempat Ayong tuisyen tu pun ada buat kelas intensif untuk pelajar Tingkatan 5. So jadual Ayong jadi sangat ketat. Manakala Abang Yang yang akan menduduki UPSR pada minggu hadapan (13hb September hingga 15hb September), pihak sekolah juga sedang menjalankan Program Pecutan Akhir. Bermula dari semalam hingga ke hari Khamis ini, mereka ada kelas hingga jam 3:30 petang. Bermula hari Jumaat hingga hari Rabu minggu depan, kelas mereka akan dilanjutkan hingga ke jam 5:00 petang. Untuk kelas dari semalam hingga hari Khamis ini, makan tengahari tidak disediakan oleh pihak sekolah. Maknanya anak2 kena bawa bekal sendiri ke sekolah. Kalau tidak pun, suruhlah ibubapa hantar makanan waktu tengahari tu.

Dari sinilah kisah PENCEN ini bermula...
Nak dijadikan cerita, petang semalam selepas saya menjemput Abang Ngah dari sekolah sekitar jam 2:30 petang, kami terus mencari kedai makan di sekitar taman perumahan ni. Di Kebayan Pasir Putih tu adalah 2,3 kedai je yang beroperasi. Cadang nak ke kedai nasi beriyani tu tapi masih belum beroperasi. Terus ke kedai Kak Pah...pun masih tutup lagi. Akhirnya kami ke Medan Selera di Taman Air Biru. Saya menuju ke kedai yang saya suka beli Nasi Ayam Gorengnya...kedai Hajjah Zaliha. Tapi semalam bukannya saya nak beli Nasi Ayam Goreng sebab saya dah pun menyediakan juadah makan tengahari di rumah. Hehehe...saya menempah 50 bungkus Nasi Ayam Goreng untuk tengahari ini. Mak aiihhhh...banyaknya!!! Ya...saya dan suami ada hajat sebenarnya. Nantilah...cerita lain kali.

Dalam perjalan balik, kami bertembung dengan bekas rakan sekerja saya semasa di Kiswire dulu. Sampai di simpang lampu isyarat, kami sempat berbual melalui tingkap je. Kebetulan lampu tengah merah dan kebetulan pulak kami berhenti sebelah-menyebelah. Sempatlah bertegur-sapa dan mengucapkan Selamat hari Raya. Selepas lampu isyarat bertukar menjadi hijau, kami meruskan perjalanan menuju destinasa masing2. Sambil tu saya berbual2 dengan Abang Ngah.

Abang Ngah : Mak kenal ke dia?
Emak : Kenal...sama2 kerja dengan mak dulu. Tapi dia dah bersara. Umur dia dah lebih 55 tahun.
Abang Ngah : Bersara tu sama dengan pencen, kan?
Emak : Ha'ah...
Abang Ngah : Orang pencen ada gaji kan?
Emak : Kalau kerja dengan kerajaan dan ambil skim pencen, adalah gaji tiap2 bulan. Tapi kalau kerja dengan swasta, mana ada gaji...!

Kemudian masing2 mendiamkan diri seketika....

Abang Ngah : Sebut pasal pencen ni, Ayi ada satu soalan nak tanya...
Emak : Apa dia?
Abang Ngah : Ayam pencen tu ayam tua, kan??? (dengan tersenyum kambingnya...)
Emak : Kah kah kah kah....(ketawa dengan tidak sopan langsung...ketawa hingga keluar airmata...)

Abang Ngah tetap dengan senyum kambingnya...

Emak : Kenapa tiba2 tanya pasal ayam pencen?
Abang Ngah : Entah...tiba2 teringat sebab kita cakap pasal pencen tadi...
Emak : Ha'ah la...macam orang jugak...dah tua baru pencen! Ayam pun samalah jugak... Tu sebab ayam tua tu kita panggil ayam pencen.....!

Abang Ngah memang suka bertanya soalan yang kadang2 tidak terlintas dek akal kita...dan yang pastinya kebanyakan soalannya mesti mebuatkan kami ketawa ataupun geleng kepala ataupun menepuk dahi dulu sebelum menjawabnya...

2 comments:

Azian Elias said...

wahh..berderet tu peksa.. INSYALLAH baik2 hendaknya.,

Unknown said...

sama mcm anak zana, suka tanya soalan yg ibu dia garu2 kepala, malas nak layan kdg2 tu sebab dia saja nak tengok ibu dia boleh jwb ke tak.....

anak2 skrg bijak...